Pages

Wednesday, December 19, 2012

Cinta Ini Pasti Di uji


Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah.

Sebuah hadis : pada suatu ketika seorang Arab Badwi bertemu dengan Baginda Rasulullah dan lalu bertanya satu soalan yang agak di luar fikiran. Beliau bertanya kepada Rasulullah bilakah berlaku kiamat? Rasulullah hanya mendiamkan sahaja soalan itu dan apabila selesai segala apa yang ingin di sampaikan oleh Rasulullah barulah Rasulullah kembali bertanya siapa insan yang bertanyakan soalan itu.

Lalu Orang Arab Badwi itu pun menjawab dia yang bertanyakan soalan itu kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab pertanyaan itu dengan satu pertanyaan.

Lantas Rasulullah bertanya semula, apa yang engkau siapkan untuk menghadapi kiamat itu?

Maka orang Arab Badwi itu pun berkata dengan terus terang, saya belum menyediakan ibadah dengan banyak ataupun dengan solat yang banyak tetapi saya hanya menyediakan hati yang sangat cinta kepada engkau Ya Rasulullah.

Lantas Rasulullah menjawab, seseorang itu akan bersama di akhirat dengan orang yang dicintainya di dunia

Siapa yang kita cintai di dunia ini, kita akan bersama dengannya di hari akhirat.

            Jangan sekali-kali kita nodai cinta yang dikurniakan oleh ilahi. Cinta itu umpama hadiah dari Allah. Tapi wajarkah kita mencintai hadiah itu dari si pemberi hadiah yakni Allah? Tanyalah hati kita. Hati yang penuh dengan rencah rasa cinta kita. Utamakanlah cinta kita kepada Allah dan jangan sekali-kali kita meminggirkannya. Ingat, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

            Cinta itu pasti diuji dan akan diuji tapi terpulang untuk kita mencorakkannya. Rantaikan ke syurga atau sebaliknya. Kesabaran itu perlu ada kerana fitrah yang dikurnia ini bukan sekatan tapi kawalan!

Cinta kalau bahasanya hati, itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi itulah kasih sejati
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji

Sayang kalau bahasanya cinta, itulah dia bahagia
Setia kalau dasarnya yang Esa itulah tujuan utama
Syurga itu mahal  kerana cinta itu perlu ada jalan menujunya



1 comment: