Kita tidak boleh mencintai orang lain
sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri
sebelum mencintai Allah.
Sebuah hadis : pada suatu ketika seorang
Arab Badwi bertemu dengan Baginda Rasulullah dan lalu bertanya satu soalan yang
agak di luar fikiran. Beliau bertanya kepada Rasulullah bilakah berlaku kiamat?
Rasulullah hanya mendiamkan sahaja soalan itu dan apabila selesai segala apa
yang ingin di sampaikan oleh Rasulullah barulah Rasulullah kembali bertanya
siapa insan yang bertanyakan soalan itu.
Lalu Orang Arab Badwi itu pun menjawab dia
yang bertanyakan soalan itu kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab pertanyaan
itu dengan satu pertanyaan.
Lantas Rasulullah bertanya semula, apa yang
engkau siapkan untuk menghadapi kiamat itu?
Maka orang Arab Badwi itu pun berkata
dengan terus terang, saya belum menyediakan ibadah dengan banyak ataupun dengan
solat yang banyak tetapi saya hanya menyediakan hati yang sangat cinta kepada
engkau Ya Rasulullah.
Lantas Rasulullah menjawab, seseorang itu
akan bersama di akhirat dengan orang yang dicintainya di dunia
Siapa yang kita cintai di dunia ini, kita
akan bersama dengannya di hari akhirat.
Jangan
sekali-kali kita nodai cinta yang dikurniakan oleh ilahi. Cinta itu umpama
hadiah dari Allah. Tapi wajarkah kita mencintai hadiah itu dari si pemberi
hadiah yakni Allah? Tanyalah hati kita. Hati yang penuh dengan rencah rasa
cinta kita. Utamakanlah cinta kita kepada Allah dan jangan sekali-kali kita
meminggirkannya. Ingat, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Cinta
itu pasti diuji dan akan diuji tapi terpulang untuk kita mencorakkannya. Rantaikan
ke syurga atau sebaliknya. Kesabaran itu perlu ada kerana fitrah yang dikurnia
ini bukan sekatan tapi kawalan!
Cinta kalau bahasanya hati, itulah cinta
hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi itulah kasih
sejati
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah
tradisi janji
Sayang kalau bahasanya cinta, itulah dia
bahagia
Setia kalau dasarnya yang Esa itulah tujuan
utama
Syurga itu mahal kerana cinta itu perlu ada jalan menujunya
1 comment:
Info yg bagus,,tqq...dan cita kartun tu dah 5 kali tgk..!
Post a Comment