Setiakah aku cinta pada NYA? Sejauh mana
rasa dan perasaanku untuk kekal mencintai NYA? Terkenang bila di uji dengan
gejolak hati aku kaku memilih antara intan dan batu. Aku bungkam mencari antara
kilauan dan kegelapan. Semua atas ujian buat diriku untuk mengenal dengan lebih
dekat siapa aku yang sebenarnya. Aku cuba menepis semua perasaan lalu. Aku tidak
mahu lagi mengulangi kesilapan-kesilapan dulu. Cukuplah Dia yang maha tahu
tentang banyaknya dosa-dosaku dahulu.
Aku tahu akan sekian kekhilafanku tapi tika
tiba ujian dari NYA , aku seakan tidak mampu. Sebenarnya aku tahu aku mampu.
Ya. Aku mampu. Tiap kali diri diuji, satu kesedaran bangkit, merelakan bahawa
aku harus menerima setiap apa yang ada di dalam kehidupanku ini. Dia sudah
merencanakan sesuatu yang indah buatku. Aku percaya. Aku harus ada rasa sabar
yang mendalam. Selagi mana Dia belum mengizinkan, aku harus bersabar dan terus
bersabar. Dia sebenarnya telah lama memakmulkan doaku untuk aku menjauhi segala
perkara maksiat, mungkar dan mazmumah. Allah. Syukurku padamu.
Alir air dari kelopak pancainderaku masih
lagi ada. Aku harus menghargai dan aku perlu terus percaya pada diriku. Siapa aku
tanpa keredhaan NYA. Walau aku dihenyat di lautan kebencian yang paling dalam,
tetapi aku tahu, aku tidak akan sekali-kali dibenci oleh NYA. Takdir bukan
pemutus buatku tetapi aku perlu mencari tadbir untuk aku menerus hidupku. Akan ku
bekal dengan pengalaman lalu buat iktibar dalam jiwa.
Bukan nanti tetapi sekarang. Peluang yang
ada ini harus aku gunakan. Menjadi yang lebih baik, menjadi anak, pelajar,guru
dan suami yang lebih baik. Dan sentiasa tahu bahawa aku adalah hamba Dia.
Andai bisa
ku lihat mentari di sana
Takkan mungkin
aku merasa gelita
Jika bisa
aku berlindung di balik cahaya
Sudah pasti
akan ku lakukannya
Tetapi ku
tahu Dia tidak mengizinkannya
Dia memberi
cinta NYA untuk ku cintai
Dia
sentiasa memberi dan tidak pernah henti
Tapi aku..
Aku yang cuba
berlari
Berlari dari
meraih cinta NYA
Mencari
hanya sementara
Buta menilai
hakikat pahit
Aku tega
tanpa kata
Di mana
wahai jiwaku seorang hamba
Hamba pada
yang Esa
Aku hanya
satu bukan beribu
Penciptaku
juga Satu bukan dua bukan tiga
Sedalam
mana rasa ini
Makin ku
hanyut makin jauh aku lemas
Nafasku kian
pergi
Hanya tinggal
jasad yang menunggu mati
Allah,
sempatkah aku?
Adakah masih
punya ruang dan waktu.
Untuk aku
laksana apa yang masih terbuku
Menjadi seorang
hambamu yang tahu erti Kau yang Satu
Menjadi permata
buat ayah dan bondaku
Menjadi pejuang
penerus rantai agamamu
Menjadi daie
kepada semua makluk yang bernyawa
Menjadi penguat
pada sebuah rumah tangga
Sempatkah………..