Labels

Pages

Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Tips Menjemput Rezeki



Subhanallah, Walhamdulillah Wallahu Akbar…..

Sebelum kita meneruskan bacaan ini marilah sama-sama kita memuji Pencipta kita. Lafazkanlah zikir di bibir dan hati. Mudah-mudahan hati kita menjadi tenang. Zikir punca hadirnya rezeki, zikir juga punca ketenangan jiwa. Lafazkan kalimah yang mengingat Allah, pasti hati kita kembali indah.

                Saya yakin dan percaya, mesti ada di antara para pembaca yang pernah mengalami satu situasi yang begitu menguji hati dan perasaan anda semua. Contohnya ketika anda sedang memandu kenderaan, ada insan lain yang begitu slumber memotong kenderaan anda tanpa memberikan signal dan kadang-kadang memberikan hon menyuruh anda mempercepatkan kenderaan anda. Teruji bukan? Maka di dalam hati terdetiklah perkataan negatif seperti “tak guna betul orang nie, ci*&^5, B0&$, dan segainya. Sebenarnya perkataan itu adalah racun yang akan menukar kesihatan emosi yang ada di dalam diri anda. Bagaimana hendak menukarkannya menjadi positif?Sabar. Bisikkan pada diri dan tukarkan kalimah mengeji menjadi ungkapan memuji “ Astagfirullahalazim, hamba Allah tu mungkin di dalam kesulitan. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan urusannya. Mudah bukan? Hati yang mengawal emosi maka cucikanlah hati dengan lafaz yang senantiasa mengingat Ilahi. Ingat hati, jiwa dan raga kita adalah milik Allah. Kita mudahkan urusan orang pasti Allah akan mempermudahkan urusan kita. Yakin!

Rezeki itu perlu dijemput bukan di cari. Konsepnya mudah. Lihat sahaja semut, bagaimana hendak menjemput semut itu datang kepada kita. Letakkan benda yang manis seperti gula. Pasti mereka akan datang berbondong-bondong. Begitu juga rezeki. Letakkan ia betul pada tempatnya. Rezeki itu bukan dicari tapi dijemput! Bagaimana hendak menjemput rezeki ? Banyakkan memberi! Tiada lagi dalam sejarah atau catatan hikayat orang yang banyak bersedeqah akan menjadi rugi dan bankrupcy!

Kita mungkin selalu meminta tapi terkadang permintaan kita itu tidak ditunaikan. Ingat kembali bagaimana cara kita meminta. Benar kita berdoa tapi bagaimana adab ketika kita berdoa.? Jika adab tiada bagaimana Allah ingin memakbulkan doa kita walaupun hakikatnya Allah sudah mengetahui apa sebenarnya yang ingin kita pinta. Jagalah adab kita dengan  Allah. Pintalah. Yakinlah bahawa setiap permintaan kita itu akan dimakbulkan. Mungkin kadang-kadang permintaan kita itu belum Allah tunaikan tetapi yakin bahawa bukan Allah sengaja tidak tunaikan! Allah sengaja meminta kita supaya terus melakukan permintaan. Allah belum mengizinkan lagi. Sabar!

Berapa kerap kita melakukan solat sunat dhuha? Tepuk dada tanya diri anda. Itu juga merupakan ibu dalam menjemput rezeki. Lakukanlah. Afdhal 4 rakaat! Cubalah anda pasti akan merasai kelainannya.=)


Tuesday, October 22, 2013

PIKATLAH HATI PASANGAN ANDA DENGAN..........


Perkahwinan itu satu anugerah dari Allah yang mempertemukan antara sang teruna dan gadis. Anugerah Allah yang bernilai bahkan Rasulullah sendiri menyatakan bahawa apabila seseorang itu sudah berkahwin maka akan sempurnalah sebahagian imannya. Benar! Tapi perkahwinan itu bukan sekadar percintaan tetapi ia adalah pengorbanan dan persefahaman. Penuh ujian dan ranjau yang perlu dihadapi. Oleh itu, sebelum seseorang itu ingin melangkah ke alam perkahwinan, dia mestilah tahu disiplin ilmu yang pelbagai terutamanya ilmu agama. Perkahwinan bukan sahaja tempat halal untuk melepaskan ‘air’ yang ada di dalam badan tetapi ia adalah tanggungjawab besar yang memerlukan banyak pengorbanan.

Perkahwinan itu tidak cukup dengan hanya melafaz kata ‘cinta’ tetapi ia memerlukan pergerakan setiap anggota yang ada pada kita. Perkahwinan itu juga akan menguji perbezaan antara kita dan pasangan kita. Fasa mengenal ‘siapa dia  yang sebenarnya?’ dapat kita lihat apabila kita sudah berkahwin. Maka akan tersingkap segala yang disimpan di alam percintaan atau di alam menyorokkan keaiban. Walau bagaimanapun proses memahami perbezaan sesama pasangan amat penting untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Seandainya tidak  di jaga maka istilah cinta itu akan bertukar kepada ‘cerai’ atau ‘cah keting’ atau ‘c&%$;!a. Segala yang indah akan menjadi punah dan rosak binasa.

Oleh itu, sebelum perkara yang tidak sepatutnya berlaku mari sama-sama kita mencari secebis ilmu untuk menjaga hati dan mengambil hati pasangan kita supaya ada persamaan apabila berlaku perbezaan.

BUAT YANG BERNAMA LELAKI :

1.Sudah menjadi lumrah seorang lelaki mempunyai ego dalam diri dan senantiasa merasakan mereka adalah ketua dan ketua hanya perlu memberi arahan. Wahai kaum lelaki yang bergelar suami, perkahwinan itu merupakan fasa kita untuk menjadi lebih matang dan bertanggungjawab. Amanah dari seorang ayah dan Allah buat kita. Dasar percintaan harus ada kepercayaan dan persefahaman bahkan juga perlu ada tolak ansur. Rendahkan ego anda apabila berlaku perselisihan kata dengan isteri.

2.Perkahwinan itu memerlukan tiga aspek yang maha penting dan isteri anda amat memerlukannya. Aspek itu ialah “SENTUHAN, PELUKAN dan TELINGA.” Sentuhan itu bukan hanya pada body ke body tetapi perlu hati ke hati. Selami dan fahami suara hati mereka! Kedua berilah pelukan bukan pelukan yang merangsangkan tetapi pelukan yang memberikan kekuatan semangat untuk mereka kembali bangkit dari masalah mereka. Jadikan bahu anda sandaran mereka untuk meluahkan segala yang terbuku di hati. Ketiga, Telinga. Wahai kaum adam, terkadang apabila isteri anda meluahkan masalahnya dia bukan minta untuk diselesaikan masalah itu tetapi dia memerlukan teman untuk meluahkannya. Apabila sudah diluahkan dan anda teman pendengar yang setia dan prihatin pasti keadaannya kembali tenang. Percayalah kadang-kadang mereka hanya pinta untuk di dengar bukan diselesaikan. Dengarlah dengan penuh minat dan hargai mereka seadanya.

3.Sebagai suami kita jangan hanya pandai meminta. Isteri bukan kuli juga bukan orang gaji. Mari contohi teladan nabi ketika baginda bergelar suami penuh tanggungjawab dan berbudi pekerti. Jangan kita berkira dengan isteri. Berilah apa sahaja mengikut kemampuan kita asalkan kita dan mereka bahagia. Kita selalu sahaja meminta dari mereka tetapi kita jarang kita memberi kepada mereka. Tidak adil bukan. Apa yang penting?? Kerjasama. Isteri juga ada hati dan perasaan. Isteri bukan robot yang boleh diprogramkan atau di ‘remote control’kan. Oleh itu, banyakan memberi daripada meminta.

4.Perkahwinan perlukan kepercayaan. Oleh itu, kita harus percaya pada pasangan kita. Tidak cukup sekadar cinta. Ramai pasangan di luar sana yang mengalami penceraian disebabkan oleh “pudarnya cinta sesama mereka”-itu antara alasan popular yang digunakan mereka. Hakikatnya bukan pudar cinta tetapi lunturnya sebuah kepercayaan dan persefahaman. Dulu semuanya menarik kini semuanya seperti insan yang sakit! Perit!. Oleh itu proses memilih calon isteri kita harus tepat. Jika semuanya kerana Allah, maka kita yakin bahawa apabila kita bertemu pasti tidak jemu dan apabila kita terpisah pasti tidak akan sekali-kali gelisah.=)

5. Jangan kita pinta mereka berfikir seperti kita atau menjadi romantik mengikut cara kita. Mereka ada cara mereka menzahirkannya. Cara mereka dan kita berfikir tidak sama! Tetapi kita boleh sama-sama bekerjasama dengan mereka. Kita sebagai suami harus memahaminya. Bukan menghukum tetapi bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Itulah hakikat mereka. Insan yang penuh perasaan dan berjiwa sensitif. Harus pandai memujuk dan mengambil hati mereka.

====================================


 p/s: Untuk kaum wanita juga ada tipsnya bagaimana memikat hati pasangan anda. Insya Allah akan saya tuliskan jika ada yang berminat.=)

Friday, September 14, 2012

Awas! Kawasan Kemalangan.....


'Berhati-hati di jalan raya'. Ungkapan ini selalu kita dengar. Tapi pernahkah kita amalkannya. Bagi yang mengamalkannya tahniah saya ucapkan. Walau bagaimanapun, ada juga yang sudah berhati-hati ketika memandu kenderaan mereka tapi ada pula insan lain yang cuai dan menyebabkan mereka turut sama terlibat dalam kemalangan. Ya, malang tidak berbau.

Lihat sahaja di negara kita kadar kemalangan semakin meningkat setiap tahun. Tidak pernah berkurang. Mengapa hal ini boleh berlaku? Salah jalan raya? Tidak..kerajaan sudah melebarkan jalan raya dan membina banyak jalan-jalan baru. Tapi sedarkah kita walau besar mana pun saiz jalan raya itu dibuat tetapi kenderaan di negara kita tetap akan bertambah dan tidak akan berkurang. Apa yang berkurang ialah tanah dan bukit yang digadaikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab! Kesedaran di dalam diri kita sendiri amat penting. Kita yang boleh membetulkan dan mengubahnya.

Di dalam Islam kita diajar banyak cara untuk mengelak berlakunya kecelakaan contohnya di dalam kemalangan jalan raya. Pakar-pakar kenderaan juga turut memberikan pelbagai nasihat untuk menjaga kenderaan kita begitu juga dengan agama kita. Kita diajar dengan doa. Bacalah doa menaiki kenderaan ketika mana kita ingin memulakan perjalanan. Andai kita gugur di atas jalan dan nyawa sudah bertemu tuhan , sekurang-kurangnya kita sudah ada menyebut nama Allah dan masih mengingati agama kita.

Bahaya dijalan raya ini begitu hebat. Sudah banyak nyawa yang terkorban sehinggalah Rahmat pun turut mencipta sebuah lagu yang bertajuk ‘Pusara di Lebuh Raya’.  Sayangilah orang yang tersayang ketika mana kita di dalam perjalanan. Pandulah sehematnya jangan cuai, jangan lalai! Sebagai pengajaran buat kita semua saya menghadiahkan anda sebuah tontonan video kemalangan jalan raya yang berlaku di China dan Taiwan. Ada yang ngeri dan ada juga yang menyayat hati. Jadikan ia pengajaran buat diri.



Apa guna kita mempunyai kereta dan motosikal yang mewah andainya langkah kita di titian sirat nanti lemah! Tiada guna kita mempunyai pangkat hebat yang boleh memacu kenderaan kita tanpa sekatan tetapi kita akan tersekat apabila berdepan dengan Tuhan. Sekadar renungan..Selamat menonton.

Monday, August 27, 2012

Bayi Anda Sering Menangis? Ini Ubatnya..


Salam, Hari nie abang Mat Ingin berkongsikan berkenaan dengan tips untuk merawati masalah  bayi menangis tanpa henti. Terdetik rasa di hati untuk membantu para keluarga yang mempunyai bayi yang sering menangis. Abang Mat pun ‘google’ la untuk cari tips-tipsnya. Moga dapat membantu ye.

Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah bayi mereka yang menangis selama berjam-jam lamanya. Kita boleh mengamalkan kaedah ini. Allah sebagai rujukan kita. Kita berikhtiar dan semua kesembuhan di tangan Allah. Apa yang penting kita yakin dengan bantuan dari Allah. Berdoalah pasti Allah akan perkenankan.

Okay langkah pertama ialah bacakan 2 ayat terakhir surah Qursy- “Walaya’uduhu hifzuhuma wahuwalaliyyul adzim” di tepi telinga bayi sebanyak 33x dan tiup selama 10 saat pada seluruh muka dan ubun-ubunnya.

Langkah kedua ialah laungkan azan dengan kuat sebanyak 3x

Langkah ketiga pula ialah bacakan ayat ke 9 surah Yassin sebanyak 7x dan tiup pada tapak tangan kanan dan sapu seluruh mata bayi dan niatkan “ supaya ditutupkan penglihatannya  kepada alam jin

Surah Yassin ayat 9 atau rujuk di sini dan di sini .

 


InsyAllah. Moga dapat membantu. Berserah pada Allah. Abang Mat juga ada memberikan tips lain untuk mengelakkan bayi anda menangis. Tips kedua ialah seperti di dalam video ini. Kita cuba ikuti langkah yang terdapat di dalam paparan ini. Mana tahu berkesan. Cubalah! Hehehe

Andai bayi anda masih menangis, cuba pula kaedah yang terdapat di dalam video ini. Menarik! Selamat mencuba ye.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...