Labels

Pages

Followers

Showing posts with label Gosip Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Gosip Ustaz. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Video Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus~ Barakallah..




Wanita: Awk boleh berpoligami, tapi maaf bukan saya.
Lelaki : Kenapa bukan awak?
Wanita : Saya tidak sanggup berdosa dengan awak dan Allah, saya boleh terima tetapi bagaimana hati dan iman saya. Saya bukan menghalang tapi maaf bukan saya.
Lelaki : Itu sunnah bukan?
Wanita : Ya, saya takut ia bertukar menjadi fitnah buat diri saya. Bukankah monogami (berkahwin satu) juga sunnah?
Lelaki : Benar..Kedua-duanya sunnah. 

p/s : sekadar coretan untuk direnung bersama, layarkanlah bahtera perkahwinan dengan ilmu bukan nafsu. Insya Allah pasti bahagia!!

***************
*Masih belum terlambat ana mengucapkan selamat pengantin baru kepada Big Boh kita al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Ada yang mengeji ada yang memuji tapi percayalah bahawa Allah itu maha itu akan urusan hambanya dan Allah juga telah merancang sesuatu terhadap kehidupan hambanya. Mungkin ramai yang sensitif apabila bercerita soal poligami terutamanya golongan wanita. Walau bagaimanapun, kita harus sedar ia juga merupakan hukum Allah dan harus difahamkan dengan betul dan baik. Mungkin apabila artis yang melangsungkan poligami tidak menjadi isu besar tetapi apabila soerang ustaz yang melakukannya ada yang mengatakan sebaliknya. Pandangan ini harus diubah, siapa kita hendak menilai mereka. Cukup sekadar berdoa untuk kebahagiaan mereka.

Poligami itu sunnah dan monogami itu juga sudah. Pilihan di tangan kita. Jika mampu pilihla yang ramai jika tidak cukup sekadar satu. Bahagiakanlah hati isteri kita. =)


Saturday, November 3, 2012

Ada apa dengan Hafiz Hamidun & Husairi Hanafi



Salam pertemuan buat semua. Alhamdulillah dapat kita bersua kembali. InsyaAllah pada hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua berkenaan dengan satu makanan rohani yang paling baik buat kita. Apa kena mengena dengan tajuk ye? Saya yakin sahabat semua kenal dengan insan yang bernama Hafiz Hamidun ini. Beliau merupakan bekas kumpulan nasyid UNIC dan kini bergerak solo mengembangkan sayap dan dakwahnya. Marilah sama-sama kita doakan moga beliau dipanjangkan umur diberikan ilham dari yang Esa untuk terus berkarya dalam agama Allah ini.

Sebenarnya saya agak malu untuk membuat entri ini tetapi disebabkan saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Jadi saya gagahkan semangat untuk menaip titipan kecil ini. Maaf, kali ini tiada bahasa bunga yang ada cuma nasihat untuk semua.

“Husairi muka awak macam Hafiz Hamidun la..”Seorang hamba ALLAH berkata kepada saya

“Takdala, Hafiz Hamidun yang macam saya.Hahahaha. Tuan, siapalah saya ini jika hendak dibandingkan dengan beliau. Cuma dalam bola sepak liga perdana Inggeris kami mungkin bermusuh, beliau menyokong Manchester United dan saya menyokong Liverpool. Beliau seorang yang penuh ilmu dan bakat saya tiada apa-apa dan sekadar biasa-biasa sahaja” Jawab saya skema.

Saya agak kehairanan kerana muka saya disamakan dengan muka beliau, saya rasa beliau kacak sikit dari saya tetapi saya kacak banyak dari beliau.=). Maaf  Akhi Hafiz, ana sekadar bergurau, manusia itu tidak pernah diciptakan hodoh tetapi diciptakan berbeza kecantikan dan kehenseman.:D

Mudah-mudahan saya dapat dipertemukan dengani insan ini. Teringin rasa di hati untuk menjadi penulis lirik lagu-lagu dakwah. Tapi mungkin itu hanya hayalan saya. Sebelum saya menutup bicara ini, ingin saya kongsikan link untuk sahabat yang berminat mendengar Zikir Terapi Hafiz Hamidun. Sebenarnya album ini sudah dikeluarkan pada tahun 2011 tetapi, Percayalah! Pertama kali anda mendengarnya anda pasti akan jatuh cinta! Lebih hebat dari tangkap leleh! Lebih mantap dari rock jiwang! Kerana apa kerana semuanya memuji Allah. Allah yang maha indah. Alunan ini juga indah.

Antara zikir yang ada di dalam Album beliau itu seperti –

01.         Hafiz Hamidun - Astaghfirullah 
02. Hafiz Hamidun - La Ilaha Illallah 
03. Hafiz Hamidun - Subhanallah 
04. Hafiz Hamidun - Taubatan Nasuha 
05. Hafiz Hamidun - Hasbi Rabbi 
06. Hafiz Hamidun - La Hawla Wa La 
07. Hafiz Hamidun - Alhamdulillah
08. Hafiz Hamidun - Ya Zaljala 
09. Hafiz Hamidun - Ya Latif 
10. Hafiz Hamidun - Allah 
11. Hafiz Hamidun - Lawkana Bainana
  
Download Zikir terapi DI SINI (DOWNLOAD) atau di sini (DOWNLOAD)

Monday, September 17, 2012

Sumpahan JKK menghantui Ustaz Azhar Idrus!


Satu video panas akan ditontonkan kepada anda. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar menunjukkan salah satu makhluk istimewa kurniaan Allah ini. Saya agak terhibur apabila melihat pemuda ini begitu alergik atau alah kepada beberapa perkataan yang didengarnya. Ibarat kata UAI pemuda ini “one only…spesis yang terakhir”

Nak tahu ke apa perkataan yang beliau alah tue. Hehehe..dengarla sendiri.. bila dengar jer..secara automatik suaranya akan bertukar. Entahlah sama ada beliau begitu trauma atau takut dengan perkataan tue..Mungkin dia tidak boleh mendengarnya dan katanya bila dengar perkataan tue jadi automatik suaranya berubah (suara macam mengilai). Agak-agaknya kalau semua penduduk kampung alah pada perkataan dan pada parti politik itu gamatlah mesyuarat kampung nanti.Hehhehe

Tajuk entry macam UAI yang kena tetapi bukan UAI..pemuda nie yang kena! Segala perkataan yang muak untuk didengar pasti beliau akan bertukar suara. Saksikan. Tontonan yang lucu tetapi punya maksud yang begitu mendalam. Nilai dan fikir!

Monday, September 3, 2012

Kereta Subaru Ustaz Azhar Idrus bertukar Ferrari ?


Salam pertemuan buat semua. UAI tidak asing lagi pada kita. Kecoh sekarang nie tentang kereta baru yang di pandu oleh UAI. Kereta Scuderia F1 460 tue. Harga lebih 2 juta beb! Tapi betulke UAI yang beli kereta nie atau ada yang sponsor? Jawapannya ada di dalam video nie. Betolke ada?


UAI dan team2 dia berlakon tue..filem pendek berkisar tentang hari raya dan kereta Ferrari nie turut sama terlibat di dalam filem nie. Lakonan yang ringkas dari UAI tapi tetap memberikan mesej yang berguna kepada kita. Antaranya walau hebat dan kaya mana pun kita, jangan sesekali kita berlagak sombong sesama manusia. Kedua hormatilah orang tua dan ketiga masalah dapat diselesaikan bukan dengan pertelingkahan tetapi dengan kedamaian dan kesabaran. Hehehe. Apa yang menarik, bukan Micheal Schumacher yang memandu tapi UAI da. Fuh! Saksikan..

Mungkin lepas nie golongan Ustaz akan menjadi pelakon terkenal! Siapa tahu. InsyaALLAH. Dakwah itu perlu kreatif dan bersesuaian dengan zaman. Jangan kita malu untuk berdakwah. Pahalanya begitu banyak. Jadi apa tunggu lagi..sebarkan agama Allah ini. Mana tahu..ia menjadi bekalan untuk kita menyelamatkan diri dari api nereka kelak.Wassalam.

Nie kot kereta betul UAI.. ( SUBARU IMPREZA)..hehehe
Atau yang nie..(WOLKSWAGEN POLO)

Tuesday, August 14, 2012

Abby Abadi bergaduh dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI)?


Saya sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan untuk berziarah ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersempena dengan majlis Santai Anak Muda Bersama Selebriti Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus. Mujur ada sedikit rakaman di you tube untuk mengubat kekecewaan saya ini.

UAI sememangnya seorang tokoh ilmuan yang tidak asing lagi di bumi Malaysia. Penyampaian yang penuh kreatif, padat dengan penjelasan hukum agama dan disampaikan mengikut rentak semasa telah menarik minat ribuan anak muda. Tahniah ustaz. Ana salut enta! Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat entry berkenaan dengan UAI ini tetapi seakan hilang idea. Moga ada titipan untuk UAI nanti. Walau saya bukan penulis buku tetapi saya juga ingin sama berdakwah !

Majlis santai anak muda ini telah mempertemukan artis dan juga golangan ulama. Saya begitu tertarik dengan ucapan mereka. Mohon doa semua moga kita mereka mampu berubah kepada yang lebih terbaik. Abby abadi nama yang begitu popular sekiranya kita melihat rancangan Gerak Khas. Rancangan ini memaparkan kehebatan polis di Malaysia. Lihat sahaja tidak sampai beberapa minit penjenayah sudah dapat diberkas. Hebat!

Apa yang mengejutkan saya apabila melihat sedutan video rakaman program ini ialah apabila Abby bertanyakan berkenaan dengan caranya berbalah dan menegur rakannya yang masih belum memahami Islam. UAI dengan tenang menjawab, “Tahniah kepada artis yang berhijrah dan teruskan perjalanan…”bak kata UAI.. “NOMBOR SATU YANG KITA JAGA, JANGAN KITA HENTAM KAWAN-KAWAN YANG SAMA-SAMA DENGAN KITA SEKARANG MASIH BELUM BERHIJRAH.” Kata UAI lagi.

Tiba-tiba Abby seakan rasa diri diperli dan difitnah dan terus berkata “Ustaz nak fitnah saya ae? Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz, itu tuduhan.”

UAI dengan tenang menjawab “Tak..tak..tak..ini bukan untuk Inspektor, eh silap ini untuk umum..siapa sahaja…bukan bermakna artis nie hanya penyanyi atau pelakon..”

Bagi saya, tidak perlulah kita cepat melatah. Hormatilah pandangan ulama. Kita sebagai public figure harus tunjukkan perubahan kita. Berubah bukan kerana glamour, bukan kerana rezeki di sana sudah tiada dan berhijrah ke rezeki di sini. Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada semua artis yang berubah kerana Allah, bukan kerana nama atau popular.

Anda nilailah sendiri…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...