Labels

Pages

Followers

Saturday, November 3, 2012

Ada apa dengan Hafiz Hamidun & Husairi Hanafi



Salam pertemuan buat semua. Alhamdulillah dapat kita bersua kembali. InsyaAllah pada hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua berkenaan dengan satu makanan rohani yang paling baik buat kita. Apa kena mengena dengan tajuk ye? Saya yakin sahabat semua kenal dengan insan yang bernama Hafiz Hamidun ini. Beliau merupakan bekas kumpulan nasyid UNIC dan kini bergerak solo mengembangkan sayap dan dakwahnya. Marilah sama-sama kita doakan moga beliau dipanjangkan umur diberikan ilham dari yang Esa untuk terus berkarya dalam agama Allah ini.

Sebenarnya saya agak malu untuk membuat entri ini tetapi disebabkan saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Jadi saya gagahkan semangat untuk menaip titipan kecil ini. Maaf, kali ini tiada bahasa bunga yang ada cuma nasihat untuk semua.

“Husairi muka awak macam Hafiz Hamidun la..”Seorang hamba ALLAH berkata kepada saya

“Takdala, Hafiz Hamidun yang macam saya.Hahahaha. Tuan, siapalah saya ini jika hendak dibandingkan dengan beliau. Cuma dalam bola sepak liga perdana Inggeris kami mungkin bermusuh, beliau menyokong Manchester United dan saya menyokong Liverpool. Beliau seorang yang penuh ilmu dan bakat saya tiada apa-apa dan sekadar biasa-biasa sahaja” Jawab saya skema.

Saya agak kehairanan kerana muka saya disamakan dengan muka beliau, saya rasa beliau kacak sikit dari saya tetapi saya kacak banyak dari beliau.=). Maaf  Akhi Hafiz, ana sekadar bergurau, manusia itu tidak pernah diciptakan hodoh tetapi diciptakan berbeza kecantikan dan kehenseman.:D

Mudah-mudahan saya dapat dipertemukan dengani insan ini. Teringin rasa di hati untuk menjadi penulis lirik lagu-lagu dakwah. Tapi mungkin itu hanya hayalan saya. Sebelum saya menutup bicara ini, ingin saya kongsikan link untuk sahabat yang berminat mendengar Zikir Terapi Hafiz Hamidun. Sebenarnya album ini sudah dikeluarkan pada tahun 2011 tetapi, Percayalah! Pertama kali anda mendengarnya anda pasti akan jatuh cinta! Lebih hebat dari tangkap leleh! Lebih mantap dari rock jiwang! Kerana apa kerana semuanya memuji Allah. Allah yang maha indah. Alunan ini juga indah.

Antara zikir yang ada di dalam Album beliau itu seperti –

01.         Hafiz Hamidun - Astaghfirullah 
02. Hafiz Hamidun - La Ilaha Illallah 
03. Hafiz Hamidun - Subhanallah 
04. Hafiz Hamidun - Taubatan Nasuha 
05. Hafiz Hamidun - Hasbi Rabbi 
06. Hafiz Hamidun - La Hawla Wa La 
07. Hafiz Hamidun - Alhamdulillah
08. Hafiz Hamidun - Ya Zaljala 
09. Hafiz Hamidun - Ya Latif 
10. Hafiz Hamidun - Allah 
11. Hafiz Hamidun - Lawkana Bainana
  
Download Zikir terapi DI SINI (DOWNLOAD) atau di sini (DOWNLOAD)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...