Labels

Pages

Followers

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Cerita Cinta buat Atuk. Al-Fatihah =')


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Syukur Allah masih memberi kita nyawa untuk terus berada di dunianya ini. Dunia yang penuh pancaroba juga penuh racun di dalamnya. Maha suci Allah yang masih memberikan kita nikmat yang tidak terhingga yakni nikmat sihat dan bahagia. Mari kita renung sejenak seandainya nikmat itu, Allah menariknya kembali. Astaghfirullah, berat rasanya untuk kita terima. Allah menarik nikmat sihat dan Allah memberikan kita sakit. Itu adalah ujian!

Makanan dan minuman penyambung hayat kita untuk meneruskan kehidupan. Maha suci Allah yang turut memberikan nikmat kekenyangan buat kita semua. Bayangkan seandainya jika sudah kehilangan nikmat itu yakni nikmat makan. Allahu Akbar…Masih segar diingatan saya tatkala mengenangkan kisah cinta saya bersama Allahyarham nenda tercinta yang baru sahaja pergi menghadap Pencipta. Saya redha dengan suratan ini. Allahyarham nenda selalu berpesan jagalah dan hargailah nikmat yang Allah berikan kepada kita. Andai Allah menariknya kita pasti sukar untuk mendapatkannya kembali.

Saat Allahyarham nenda diuji sakit, teringat kata-katanya… “Allah dah tarik nikmat sihat dan nikmat makan atuk, Atuk redha, sebagai hamba Allah kita kena senantiasa bersyukur kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ini sudah janji atuk yang telah Allah takdirkan. Apa pun keadaan Allah yang kita perlu utamakan

Pesanan itu, sentiasa subur dan harum di hati saya. Atuk juga berpesan..jagalah kesihatan kerana penyakit ini datangnya seperti angin..cepat! tetapi kesembuhannya seperti semut yang berjalan di laluan yang panjang. Mengambil masa yang lama. Allahu Akbar, nikmat sihat ini yang amat kita impikan. Benar kata atuk, jika sakit..harga kesihatan itu kita rasakan teramat mahal!

Allah rindunya pada Allahyarham atuk, rindu itu tiba-tiba datang melamar saya. Air mata merisik tanpa henti. Hanya kalam indah dari Allah saya jadikan bekal buat atuk di sana. Allah jaga atuk saya. Insya Allah.
Sakit itu penghapus dosa, benar! Tapi, adakah bila kita sakit baru kita rasa kita hamba yang berdosa?? Sekali lagi persoalan atuk membuat hati saya lara…lara bukan bererti kecewa lara kerana kini saya tidak dapat lagi mendengar nasihat yang paling berguna dari atuk.

Atuk berpesan..jangan bila kita sakit baru kita hendak mengingat Allah. Allah itu senantiasa di hati dan diingati bukan sekali tapi setiap hari dan selama-lamanya. Istighfar selalu.. tambah atuk..Allah rindunya hati ini kembali bertaut, namun apakan daya sudah suratan takdir dariMU yang maha merencana. Terima kasih Allah dikau menghadirkannya buat kami sekeluarga. Terima kasih yang Allah dikau meminjamkannya walau sementara cuma.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan peluang untuk saya menjaganya di kala beliau dalam keuzuran sehinggalah beliau bertemu takdir dan suratan hidupnya. Maha suci Allah juga yang memberikan saya peluang untuk menguruskan jenazahnya buat yang terakhir kalinya. Wajah itu dahulu, yang senantiasa tersenyum dan memberi keriangan saat saya ditimpa kehampaan, wajah itu yang dulu senantiasa mengirimkan saya doa kekuatan saat saya berada di landasan kesedihan. Allah, sekejap benar masa itu berlalu. Terlalu pantas dan amat pantas. Maha suci Allah juga kerana sempat memberikan saya ruang untuk menjaganya sebelum matahari tinggi memancar. Waktu fajar yang merupakan fajar terakhirnya untuk melihat dunia.

=========================================

Atuk, abang takkan pernah lupa segala pesanan atuk kepada abang. Atuk, abang mohon sejuta kekhilafan andai tidak dapat menjadi cucu yang terbaik. Abang dah mencuba sedaya abang untuk menjaga atuk. Maafkan abang atuk, jika atuk terguris. Tapi percayalah atuk, abang tak pernah sesekali akan melupakan atuk. Al-Fatihah dari abang senantiasa menjadi peneman buat atuk pada setiap malam. Atuk, abang minta maaf andai terlupa atau sengaja melupakannya untuk membaca kalam Allah itu. Insya Allah atuk, abang senantiasa berikan atuk bekal buat di sana. Abang masih ingat saat atuk menyuapkan makanan kepada abang saat abang masih kecil, atuk akan pastikan abang kenyang. Atuk risau jika abang tak makan. Walau makanan kurang tapi Atuk tetap berkata ‘ada lagi.”Atuk…terima kasih mendidik abang sehingga abang berjaya sampai ke tahap ini. Atuk, maafkan abang tak dapat tunaikan janji abang untuk atuk melihat siapa pasangan hidup abang. Maaf atuk, abang masih tidak tahu siapa jodoh abang dan bila ia tiba abang pasti akan menunjukkannya tapi……atuk…

Atuk, maafkan abang atuk..dulu abang pernah berjanji…gaji pertama abang…akan abang kongsikan dengan atuk..tapi maafkan abang..atuk.abang tidak sempat…atuk pergi sebelum abang mendapat kerja. Insya Allah, atuk akan merasa bahagiannya juga.

Dari kecil sampai abang dewasa atuk tidak pernah meninggikan suara..nasihat atuk penuh hemah bicara atuk senantiasa terselit dakwah. Allah ..rindu sekali lagi datang melamar…

Atuk, abang masih ingat dulu ketika abang merajuk dengan mak, atuk yang datang memujuk. Atuk pesan…jangan sesekali berkecil hati dengan ibu kita kerana di situ syurga kita. Ibu itu suci hatinya, tulus jiwanya. Dia sayang pada kita. Terima kasih atuk mendidik abang tanpa rasa jemu.


Atuk, sekarang atuk sudah kembara di alam sana meninggalkan alam nyata. Abang yakin, atuk bahagia di sana, Dalam mimpi abang, atuk senantiasa tersenyum..sentiasa…Andai dapat di ulang masa..tapi sudah tertulis…atuk tunggu abang di syurga ya. Insya Allah jika Allah izinkan kita semua pasti akan ke sana. AL-FATIHAH BUAT ABDUL MAJID B.DAHAMAN (13/1/2014)





Saturday, January 25, 2014

Izinkan hatiku bicara: Mekarnya Kasih Tuhan pada Kita




Siapa kita di mata manusia bukan menjadi soalan utama tetapi siapa kita dan apa tujuan kita di mata yang Esa itulah yang menjadi persoalan utama dalam detik kehidupan ini. Allahu Akbar, terkadang kita selalu menasihati orang lain bahawa ujian itu tanda Allah sayang dan kasih pada kita tetapi apabila kita diuji baru kita rasa teruji dan adakah kita juga percaya bahawa Allah sememangnya cinta dan kasih pada kita dan oleh sebab itu Allah mendatangkan ujiannya.

Ujian ini sangat getir, pahit dan sulit buat diri saya yang penuh hina dan dosa ini. Allah Maha Benar dan Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Tahun 2014 ini merakam seribu sejarah yang tidak akan diulang semula. Takdir dan ketentuan itu akhirnya hadir,insan yang paling saya sayang akhirnya kembali bertemu cintanya di sana. Allahu Akbar, berat benar rasanya hati untuk melepaskan ‘dia’ pergi tapi apakan daya takdir dan janjinya itu sudah pasti. Tanggal 11 Rabiulawal 1435h bersamaan 13 Januari 2014, Allahyarham datuk saya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Di pagi yang hening itulah kali terakhir saya dapat menatap wajahnya dan menjaganya. Entah kenapa berat benar rasanya hati untuk mneruskan pekerjaan pada hari itu. Tapi apakan daya. Hati pergi dengan rasa sangsi dan sayu. Kali terakhir Allah memberikan saya peluang untuk menjaganya walau hanya sekejap cuma. Terima kasih Allah di atas kesempatan ini. Saya redha dan pasrah di atas apa yang Dikau janjikan ini.
Saya bertanya pada diri. Mampukah saya menjadi seorang anak yang baik? Mampukah saya menjaga ayah dan bonda saya di hari tua mereka nanti. Ya Allah, jauhkanlah saya daripada menjadi anak yang derhaka. Wahai Allah, sempatkanlah saya untuk membalas jasa mereka yang tidakkan terbalas ini . Ya Allah hadirkanlah rasa cinta saya yang ikhlas kepada mereka.

Entah kenapa entah mengapa hati saya terguris apabila melihat anak-anak kecil riang menyambut nenda mereka dengan panggilan “tok wan”. Kini, panggilan itu tiada lagi buat saya. Saya bukan seorang cucu yang baik tetapi saya akan berusaha menjadi cucu yang terbaik buat nenda saya yang saya cinta. Dari kecil hingga saya dewasa mereka mengajar saya menjadi seorang ‘manusia’. Saya tidak akan menjadi seperti saya yang sekarang ini tanpa berkat doa mereka.

Saya kehilangan salah satu doa dari insan yang terpenting dalam hidup saya. Doanya membawa saya ke puncak jaya. Kini saya tidak mampu lagi berkata.. “tok wan, doakan abang ya.=)”

Kini saya yang harus dan wajib mendoakannya. Insya Allah tok wan. Abang akan hadiahkan kuntuman mekar doa buat tok wan di sana. =’). AL-FATIHAH

Pada kawan-kawan semua, jagalah baik-baik orang yang kita cinta. Mereka rezeki dan barakah kita. Jangan pernah lupa berdoa untuk mereka.

Saya titipkan lagi ini buat anda semua. Hayatilah..wahai insan yang bernama anak


hai ibu bapa kami permata anda semua, tidak jemu berdoa..agar sejahtera terpelihara.=')

Saturday, March 2, 2013

Awak Sayang Saya Tak?



Salam pertemuan buat pembaca sekalian. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk berkongsi sedikit cerita dengan sahabat semua. Hari ini saya merasakan hari yang ada sejarah buat saya. Memberi senyum sinis sambil hati mencorak rasa manis. Ish sastera bunyinya. Jangan risau dengan bahasa yang saya gunakan. Insya Allah saya yakin sahabat pembaca sekalian masih memahami bicara saya ini.

Hari ini, saya berkesempatan menghadiri sebuah program yang saya rasakan hebat dalam bahasa sekrang Gojes..Hehehe..Rupanya Allah mengaturkan saya tentang sesuatu pada program ini. Bagi kita mungkin biasa-biasa sahaja tetapi ada yang luar biasanya. Pahit di awalnya tapi manis diakhirnya..moga terus berkekalan.

Kami dipecahkan di dalam kumpulan kecil. Kembali menggamit kenangan dulu-dulu. Bermula dari ini ada cerita yang masih tersimpan. Hehehehe. Permainan dimulakan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi.(abang ke? Kakak ke?) . Selang aktiviti seterusnya..kini tiba dengan permainan yang baru. Mereka namakan permainan ini “Awak Sayang Saya Tak?”. Agak terkedu dan terkejut saya mendengar nama slot permainan ini. Susah juga untuk memahaminya. Biasalah bagi pasangan yang sedang, pernah atau akan bercinta pasti akan melalui frasa ayat ini. Tetapi saya…ehmmmmmmmmmm…

Fasi-fasi meminta kami berada di dalam bulatan yang besar. Jangan risau walau berada di dalam bulatan yang besar kami masih menjaga batasan pergaulan antara yang bukan mahram kami. Aktiviti nya mudah setiap orang yang dipilih harus bertanya kepada seorang rakannya yang berada di dalam bulatan itu dengan soalan ~ “Awak sayang saya tak?”. Sekiranya mereka menjawab ya nyatakan sebabnya dan sekiranya tidak juga harus menyatakan sebabnya. Dan adalah arahan yang seterusnya.

Saya terfikir sejenak. “Alamak bagaimana kalau ada budak perempuan yang datang dekat aku pastu tanya aku macam tue. Ish3”. Perasannya saya. Macamlah ada orang yang akan bertanya soalan begitu kepada saya. Ya. Bagaimana agaknya jika sahabat berada di dalam permainan ini? Permainan dimulakan! Setiap kesalahan ada dendanya. Fasi memanggil seorang wanita bertudung litup, ayu gayanya persis Muslimah solehah. Dia terpinga-pinga. Terkedu dan seolah-seolah tidak tahu membuat apa. Dia mengelilingi bulatan itu mencari ‘sahabat’ untuk di soal dengan soalan itu.

Muka saya masih selamba. Cuma kesian kepada gadis itu. Nanti mungkin ada yang berfikiran negatif kepadanya walau hakikat ia cuma permainan. Saya ulangi ia hanya permainan. Dia melangkah dan terus melangkah…dan akhirnya langkahnya terhenti. “Saya pilih dia.” Kata gadis itu tersipu-sipu malu. Suasana terdiam. Gadis itu terus mengajukan soalannya… “Err….awak sayang saya tak.”.

“Gulp”. Bagaimana untuk menjawab soalan ini, sedangkan kita tidak langsung mengenali dia. Bersahabat belumpun berkenalan. Suami isteri? Jauh sekali. Saudara seagama.Ya. “Heeeeeeee..” Hanya senyum panjang yang terukir di pipi. Andainya ada jawapan pada persoalan itu sudah tentu akan dinukilkan. Sahabat yang lain memerhati.

**********

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

~Kadang-kadang pasangan bercinta selalu bertanya kepada pasangan mereka di antara mereka yang siapa yang lebih di sayangi atau dicintainya, awak ke atau saya? cth suami isteri.

Tapi apabila soalan ini ditujukan kepada para hukama, mereka menyatakan bahawa siapa yang lebih cinta dan sayangnya kepada Allah, maka dialah yang lebih cinta kepada pasangannya.~


Monday, February 11, 2013

Sebuah Kenangan yang takkan...



Keindahan semalam hanyalah sebuah igauan yang sudah sirna. Melangkah pergi kian jauh dan terus menjauh dan takkan berulang lagi. Mungkin dulu hanya sekali dan dua kali dan tidak lagi untuk buat kesekian kalinya. Lesu langkahnya mengusir kesilapan semalam dan dia terus memanah awan….

“Apa yang telah aku lakukan dulu?”

“Kau silap..kau yang tidak pernah bersyukur, kau silap”

“Tidak…aku dah buat apa yang perlu aku buat”

“Apa yang sebenarnya kau buat? Kau sentiasa tinggikan ego kau dan kau tidak pernah faham tentang perasaan, kau tak pernah hadam erti sebuah ikatan.”

“Aku minta maaf....maafkan aku.”

“Ahh..sudah tiada berguna lagi maafmu itu. Kau selalu buat kesilapan yang berulang”

“Aku tak bersalah… bukan..bukan salah aku sepenuhnya..takdir yang buat aku jadi begini.”

“Sudah! Berhenti menyalahkan takdir..kau yang salah mentadbir hatimu. Sekarang kau terima pembalasannya.”

“Aku tak peduli aku nak ubah kembali apa yang terjadi dulu..”

“Tak perlu kau ubah..cukup kau hargai apa yang telah kau ada sekarang. Faham?”

“Tapi…”

“Kenapa? Tidak sama? Carilah persamaan di sebalik perbezaan itu. Sempurnakan apa yang belum sempurna.”

“Bagaimana?”

“Lihat pokok kelapa itu. Kalau buahnya tiada masihkah ia berguna dan sempurna?”

“Err…mungkin.”

“Sememangnya ia masih berguna. Batangnya boleh dibuat titi, daunnya boleh dijadikan lidi, tingginya ia menutup panas di bumi.”

“Aku faham sekarang.”

“Kenangan yang takkan diulang semula. Kau harus abadikan dia. Usah disesali dengan masa lalu mu itu kerana masa yang ada di hadapan mu itu harus kau hargai dan kau sayangi”

##########

Kringgggggggggggggggggggggggggggg!!!!Kringggggggggggggggggggg!!!

5.30 AM
Astagfirullah..Aku bermimpi rupanya.


~sedikit kelainan di dalam entry kali ini, moga ada unsur dakwah di dalam penulisan ini.=)

Saturday, September 29, 2012

Akhirnya, Kita bertemu jua...


Salam, Alhamdulillah kesempatan yang ditunggu-tunggu akhirnya bersua juga. Allah pertemukan saya dengan idola saya. Jika dahulu saya hanya membaca karya-karyanya dan hanya mampu membayangkan sahaja gaya penyampaiannya dan jika dahulu mata hanya mampu melihat sosok tubuhnya di kaca televisyen dan telinga hanya mampu mendengar lunak suaranya di corong radio. Kata-katanya terpancar hikmah, susunan bicaranya penuh berhemah dan memberi kuasa pada hati yang lemah.

Setiap kali membaca karya-karyanya saya berbisik di dalam hati, mudah-mudahan suatu hari nanti saya dapat berbicara dan bersua muka dengan insan yang saya hormati ini. Allah memberikan suatu ilmu yang luar biasa kepadanya. Lisannya mudah diterima, nasihatnya mekar untuk dibaja. Saya berdoa moga dapat dipertemukan dengan insan ini. Susun kata dari karyanya begitu mudah meresapi ke jiwa saya. Bermula dengan memahami kitabnya –Nota Hati Seorang Lelaki akhirnya saya sudah jatuh cinta dengan kitab beliau yang seterusnya sehinggalah yang terbaru ini –Cinta Kerana Allah.

Saya juga bersyukur kerana mampu memperkenalkan karya-karya idola saya ini kepada sahabat saya. Alhamdulillah mereka juga terpengaruh. Moga ada bekal saya di sana nanti. Ameen. Allah itu maha kaya, Maha Pemurah dan Maha segala-galanya. 28 September 2012, Jumaat penghulu segala hari. Impian yang dinanti-nanti akhirnya dipenuhi Ilahi. Saya berpeluang menghadiri slot bicara ilmu yang disampaikan sendiri oleh beliau. Syukur, kerana akhirnya Allah berikan kesempatan untuk bertemu dengannya.

Namun hati saya gusar, adakah saya hanya dapat melihat beliau berbicara dikejauhan sahaja. Saya santuni diri mendengar setiap inci bicara dari beliau. Saya amati setiap kata-kata beliau. Saat berlalu saat, minit beransur minit dan jam berlari laju hingga ke akhir bicaranya. Tamat sudah bicara dari beliau. Allah, begitu banyak ilmu yang diberi. Moga dapat meresapi di dalam diri. Hati berbisik, ini mungkin peluang pertama untuk saya bertemu dengan beliau.

Saya berdoa dalam hati. ‘Rabbi Yassir Wala Tuassir’. Mudah-mudahan dapat bertemu dengan tokoh ini. Seusai menyampai bicara, beliau bergegas ke meja ‘meletak tanda’. Beliau dikejar oleh dua orang pemuda dan mereka sempat merakam gambar dengannya. Alahai cemburu rasa dijiwa. Takdir Allah, saya bergerak langkah ke arahnya dan disambut dengan senyuman manis. Bagai berjumpa para ulama. Senyuman penuh ilmu wajah berseri cerminan lelaki firdausi.

Dua keping potret dapat dirakamkan! Beliau memegang bahu saya. Seperti anak dan bapa bertemu kali pertama akrab seperti sudah lama bersua. Saya melafaz bicara

“Ustaz, ana nak jumpa ustaz boleh? Nak minta tandatangan dan sedikit ilmu ustaz.”

“InsyaAllah. Boleh..” Jawab beliau.

Saya begitu teruja, lebih teruja dari bertemu raja. Dia duduk ke meja melakar tinta. Sekejap sahaja dikerumuni oleh penagih ilmu seperti saya. Kitab beliau silih berganti menyalin tinta. Agar semua dapat merasa. Saya sabar menanti. Kini giliran saya. Malu untuk mengeluarkan kitab-kitabnya dari beg besar saya. Tapi saya gagahkan juga lalu terpancarlah kata-kata dari beberapa orang kaum hawa..
“MasyaAllah banyaknya die kumpul buku ustaz..”

Saya hanya diam. Dan hanya membiarkan mereka. Sempat juga saya mempromosikan buku beliau kepada mereka. Mungkin ada sebuah buku kecil (Duhai yang Tersayang) berjaya mendapat hati mereka. Saya hulurkan semua buku itu kepada Insan tersebut. Melihat saya yang menghulurkannya beliau lalu berkata

“MasyaAllah, awak kumpul semua buku saya. Saya suka sangat. Mudah-mudahan ada ilmu yang berguna. Doakan moga saya panjang umur dan sihat tubuh badan ye.”

“Syukran Ustaz. InsyaAllah, mohon doa dari Ustaz juga ye, moga saya dapat menjadi seperti ustaz.” Jawab saya

“Husairi, ambik kos ape?”

“Gulp..” Saya terdiam, bagaimana beliau boleh mengetahui nama saya. Rupa-rupanya di dalam buku itu ada tertulis nama saya.

Seusai menandatangani perjanjian.. maaf, buku beliau. Sekali lagi saya berkesempatan untuk merakam sebuah potret dengan beliau. Kemudian beliau memeluk saya seeratnya dan memegang kopiah saya. Bagai ada doa yang dibaca beliau. Saya terasa ada resapan ilmu dan semangat beliau. Allah, mudah-mudahan saya dapat menjadi seperti beliau.

Sempat saya berbicara. “Ustaz saya mohon izin menggunakan kata-kata dakwah ustaz di blog dan karya saya.”

Beliau lalu berkata “ Silakan Husairi. Teruskan, teruskan berdakwah, teruskan berkarya. Moga Allah merahmati kita.”

Mudah-mudahan kami akan bertemu lagi atau dapat sama-sama berganding bahu menyampaikan ilmu agama ini. Ameen..=)

Antara gambar yang sempat dirakamkan bersama beliau. Terima kasih Ustaz Pahrol Mohamad Juoi….










Saturday, March 19, 2011

Husairi Hanafi dan ……


Salam buat sahabat semua..sudah lama yer a.mat xm’update blog nie…sibuk bebenor..hehehe..maklumla ada koje sket..xpe2…untuk entri kali  nie santai jer…tapi tajuk cam ada something jer..hahaha..mmg pun…nanti I tunjuk kat u allz…yer..huhuhu..sebenarnya a.mat ada titipan gambar untuk korang semua..almaklumla…semenjak bergiat dalam bidang sound system merangkap ajk teknikal kolej..macam2 program kena handle…ingat senang ke jadi sound engineer..ceewaah… last2 kitorang kena sound plak masa post-mortem..kah..kah..kah..xpe2…manusia kan xlepas dari kesilapan..my kolej ada buat program pesta buku dan informasi..so ramai gakla artis n personality tv yang datang..best oooo..banyak ilmu yang a.mat dapat…jadi ajk teknikal nie..dapat sembang2 dengan artis..kot ..yerla..lagu diorang yang nak nyanyi tue a.mat la n the gangla yang tlg mainkan ..bergetau2 jari jemari ku ini…takut tersilap tekan..hahha…tapi sepanjang pesta buku tue..mmg bestla…far-east,rabbani,akil hayy semua sporting..gempak seh…

Ingat artis jer…sporting..personaliti tv macam us.zulkarnain,ustaz wan akashah n ustazah siti nor Ba’yah..lagi la sporting..hahahaha..pengalaman pertama bekerja dengan artis..hahha..walaupun xda gaji..tapi tetap sempoi..so pesanan a.mat jadilah seorang mahasiswa dan mahasiswi yang aktif..n pandai seimbangkan pelajaran dan kegiatan lain…baru gempak..sibuk dengan hal kolej bukan bermakna kita xleh tumpu dengan study..market sekarang bukan nak orang pandai jer..tapi punya softskill( kemahiran insaniah tau)..cer kita bayangkan..tahun 2010 saje..lebih kurang 32000 orang graduan xdapat kerja..ish3…takut3…

So kena pikirla..terlibat dengan macam2 program dah jadi nilai tambah kat korang..jadilah mahasiswa yang serba boleh..jangan jadi mahasiswa yang kuat politik kampus tapi kerja n perangai LOBOS….ooppppS!!!!..nak jadi pemimpin bukan leh retorik sana retorik sini..nanti nak kena jawab KAT SANA…peringatan untuk diri a.mat sendiri..xperla..semoga korang semua sedar..bercinta-bercinta jugak tapi jangan lebih2 yer..siap boleh berkongsi harta lagi..mak bapak penat cari duit..siang malam berdoa..tapi anaknya……….erm…sabor jerla…kadang2 diri tue xsedar..status sederhana tapi dressing mengalahkan anak Donald Trump..ish3…mak ayah kat kampung jenuh cari pitih..tuepun nasib ada pak sedara kita yang sanggup tolong (PTPTN)…ala yang dapat biasiswa pun kadang2..macamla baik sangat…lagi la joli habes…heee….nie bukan I mereka2 cerita yer..

Sedar tak yang kita nie adalah asset negara yang paling bernilai pada masa depan??? Tapi masih bernilai ke lagi kalau maruah senang jer nak di ambil oleh kaum buaya…erm..a.mat bukan marah tau…nasihat..diri nie pun bukan betol sangat..hehehe…apa2 pun a.mat sentiasa doakan moga pembaca2 sekalian mampu berubah dan punya kesedaran awam yang tinggi..kita dah lama terbelenggu dan  terpenjara dengan JIWA ABDI/JIWA HAMBA…..banyakkanlah membaca…bahan ilmiah…untuk ilmu kita..xla nanti bila berdebat kita digelar raja putar alam atau raja pusing langit..eh nie macam lari tajuk jer..uhuhuhuhu..xpa2 kita santai2 jer yer…asyik cite cintan jer…kita tukar sket yer..sori yer kawan2 kalau ada yang terasa..ni hanyalah sekadar luahan dari insan yang sama2 belajar…ok la..masuk tajuk balik….nie a.mat nak kasi tengok gambar…Husairi Hanafi dan………………




Ni gambor waheeda…


Ha,,ni dengan kumpulan Far EAST..lagu 4vorite a.mat SAAT LAFAZ SAKINAH..cer korang dengar yer..ihihihi.

kawan2 dengan ustazah siti nor Baayah..


Nie plak….kah..kah..kah..


Ok nie gambar a.mat dengan Ustaz Zulkarnaian..ala yang selalu kua kat astro oasis tue..xkenal ae???xperla



Ha ni plak dengan gambor akil hayy..dia bawak waheeda..sekali..layan gak ceramah akil hayy tue..siap ada tajuk lagi facebook..bijak sana bijak sini..tq syeikh..




Ok fine..ni dengan ustaz wan akashah plak..tapi xsempat nak gambor dengan ustazah siti nor Baayah..hihihii takut si dia jeles…..:P…



dengan tokan nasik lemak ROYAL..


Nie plak gambor dengan kumpulan Rabbani..muka diorang cam garang jer..tapi masa perform..semua pelawok3…hahha..




Tapi semua artis yg datang kat situ smua dilanda oleh virus Hantu Kak Limah..hahha..pasni jadila kak limarisme dikalangan artis Malaysia..yerla..yg tue jer modal nak menghiburkan penonton..haha..ok la kawan2 moga terhibur yer..anggapla en3 nie sempoi jer..Come on man…bak kata prof nan..hahaha..nantikan kemunculan en3 ceritera cinta yang lebih ganas sadisnya..k..Wassalam..

Friday, January 21, 2011

alamak.. a.Mat dapat award lagi..

salam petang ditujukan buat kawan-kawan semua..rasa terharu menyelubungi diri..kerna a.mat dapat award lagi..terima kasih tq syukran jazilan di ucapkan kepada pemilik blog-http://aida-myasara.blogspot.com/ kerna sudi menghadiahkan a.mat award..hehe..malam nie bolehla bersilat dengan bersemangat..huhuhu..ok terima kasih banyak2 yer..kawan..terbaik!!!!!!!!!!!!!!!
 nie di antara kata2 pemilik blog itu..copy paste..jer..haha :


5 ORANG JUA YANG DIDAPATI LAYAK JUA MENERIMA AWARD INI...
(Tengok siapa yang kenaaa.....?!!)
aku pilih blogger ini sebab n3 mereka sempoi plus santai aku siap makan kuaci lagi...
antaranya :


Tuesday, January 11, 2011

Award TERBARU ABG MAT..SPECIAL EDITION..

Salam..petang buat sahabat semua..tengah2 tension..dengan kerja..tetiba ada jugak org bagi pengubat..haha..a.mat dapat award lagi..kali nie dari cik empunya blog-http://azyaleeya92.blogspot.com/..tq yer..sahabat..a.mat menjadi follower ke 222..haha...baik tu no nyer..jangn jeles yer...ok tq..kepada sahabat semua..sudi-sudikan lah..ziarah blog a.mat yer..meh sama2 kita berkongsi-kongsi..suka dan duka cewahhhh...hihihi..ok jumpa lagi..

ni..ler awardnyer...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...