Labels

Pages

Followers

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Mahasiswa yang BODOH atau DIPERBODOHKAN???




Hari ini hangat dikatakan seorang pelajar universiti yang begitu lantang mengutarakan pendapatnya. Beliau dihentam dari segenap segi. Beliau seorang anak muda berketurunan India. Sebelum saya meneruskan kata-kata ini. Saya berharap agar rakan-rakan pembaca tidak menyalah tafsir apa yang ingin saya perkataan. Jadikanlah ia sebagai isi untuk kita berfikir untuk sama-sama kita nilai dan bukalah pemikiran kita seluas-luasya. Saya bukan hendak berbicara soal politik tanah air kerana saya tidak arif tentang politik di Malaysia ini. Saya juga tidak mahu berbicara dengan emosi kerana saya takut isi yang saya ingin sampaikan kepada pembaca nanti menjadi lari dan terhenti.

Heboh video ini di Youtube, Facebook, Twitter dan laman sosial yang lain yang menyatakan kebiadaban seorang mahasiswi wanita ini. Beliau berbicara soal kepentingan mahasiswa di garap dengan fakta dan pemikiran beliau. Saya yakin beliau banyak berfikir dan membaca dan tidak menyerap sebarang fahaman tanpa berfikir terlebih dahulu. Benar negara kita adalah negara demokrasi dan kita bebas bersuara tapi ingat bukan bebas ‘sepenuhnya’. Gadis India ini antara mahasiswi yang berjaya bangun dari keramaian yang hanya tahu mengangguk dan bertepuk.

Namun, apa yang malang adalah apabila seorang wanita yang lebih berusia daripada gadis ini terus memotong dan mencatas hujah dan percakapannya. Adilkah begitu? Di mana hak beliau sebagai seorang mahasiswa untuk bersuara. Mikrofonnya di rampas dan percakapan beliau dihentikan. Kali ini saya melihat hujah antara ilmu dan emosi. Wanita yang menjadi pengerusi itu hanya bercakap sekadar emosi semata-mata. Dia meminta untuk di dengar tetapi dia sendiri tidak mahu mendengar, dia meminta untuk dihormati tetapi dia sendiri tidak tahu menghormati. Saya yakin dia bukan bangsa Melayu kerana bangsa Melayu ini penuh adab dan kesopanannya dan helahnya juga tinggi setinggi bintang di angkasa.

Apa yang lebih mendukacitakan saya adalah, keegoan seorang wanita yang merasakan bahawa dia berpendidikan tinggi. Beza antara A level dan Degree. Alahai sempitnya pemikiran seorang presiden ini. Jika dibandingkan dengan sijil memanglah dia hebat tetapi jika dibandingkan dengan pemikiran gadis India itu jauh lebih hebat. Ini pandangan saya. Siapa kita untuk menghina orang dikhalayak ramai dan menjatuhkan maruahnya dengan sesuka hati ini. Hanya kerana kita punya jawatan dan pangkat kita bebas melakukannya? Tidak dan tidak kerana mengikut hukum alam apa yang berlaku tidak akan kekal lama. Cuaca ada hujan, ada panasnya air laut juga ada pasang ada surutnya dan begitu juga kehidupan bukan selamanya kita berada di atas. Ingat!.

Ada apa dengan pelajaran tinggi jika ilmu komunikasi dan menghormati tidak beliau adaptasi di dalam kehidupan. Bahkan mempersoalkan gadis itu mengapa beliau perlu belajar di Universiti ini dan mengapa beliau masih perlu tinggal di negara ini. Angkuh dan penuh sombong wanita itu berkata. Di mana datangnya pemimpin jika tidak dari seorang warganegara? Maaf saya tidak menggunakan perkataan RAKYAT kerana rakyat itu bermaksud hamba. Jiwa yang masih rasa dijajah. Sebenarnya kita bukan rakyat tetapi adalah WARGANEGARA. Rakyat bererti hamba yang abdi yang sentiasa mengikut telunjuk orang atasan. Kita sudah merdeka tetapi jiwa kita masih belum. Siapa sebenarnya yang berkuasa di dalam sebuah negara? Yang berkuasa adalah WARGANEGARA. Mereka memilih kerajaan untuk memerintah dan kuasa ditangan mereka. Warganegara adalah raja. Bukan warganegara yang berkhidmat kepada kerajaan tetapi kerajaan yang harus berkhidmat kepada warganegara. Sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan prasarana dan kemudahan kepada kita. Itu memang kerja dan amanah mereka. Bukan untuk dikaut harta yang ada di dalam negara. Mengapa perlu diungkit? Mengapa perlu dimasukkan di dalam bait lagu? Mengapa perlu diminta untuk dihargai? Itu sememangnya kerja anda dan itu sememangnya amanah dari kami untuk anda yang perlu dilaksanakan.

Ada yang menyatakan kita harus bersyukur kerana di bumi Tanah Tumpah kita ini aman dan damai tiada langsung peperangan. Baik, saya nyatakan di sini amankah kita sekiranya kes bunuh, rogol, rompak, samun dan jenayah yang lain berlaku setiap hari. Tidak percaya dengan kata-kata ini lihat di Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan TV 1 bahkan turut ada rancangan khas seperti 999. Amankah kita sebenarnya? Kes ini meningkat saban tahun tetapi yang ditangkap bukan penjenayah,  golongan agama, pelajar yang inginkan haknya, golongan ilmuan dan cerdik pandai yang mendapat hukumannya. Penjenayah semakin ramai dan terus ramai. Soal akhlak apatah lagi, kita mengalami kebobrokan dan kebejatan yang amat serius. Kes pembuangan bayi hampir setiap hari. Itukah bangsa yang merdeka.

Natijah daripada memperbanyakkan program dansa daripada program agama. Pada fahaman kita program agama mesti dikaitkan dengan politik. Itu salah. Banyak lagi ilmu yang diperbincangkan dan salah satunya ada berkaitan dengan politik. Mengapa kita terlalu jumud dan takut. Kita buta menilai hak dan kita celik melihat batil. Mahukan pangkat dan nama, perkara itu kita pandang sepi sahaja. Inilah kehebatan kita. Hanya tahu menyalak apabila isu Kalimah Allah dan penghinaan Rasul dimainkan tetapi apakah sebenarnya tujuan kita. Adakah kita sebenar-benarnya faham tentang agama kita atau sekadar ikutan sahaja. Marilah kita fikirkan bersama. Islam itu cara hidup kita. Tiada langsung lari dengan agama. Mengapa kita tidak mahu bersama dengan orang yang punya ilmu agama mengapa kita lebih suka dengan orang yang punya nama?

Mari kita renung maksud mahasiswa. Mahasiswa terdiri daripada dua perkataan iaitu maha yang bermaksud tinggi serta siswa bermaksud orang yang menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Mahasiswa dicorak dan diwarnakan oleh suasana universiti yang didokongi oleh ahli-ahli akademik. Jika murni dan betul suasana yang dicorakkan itu, serta tepat landasan intelektualnya, maka baiklah mahasiswa yang dihasilkan, dan begitu pula sebalikknya. Sejak merdeka, bilangan siswazah universiti tempatan dan siswazah yang menamatkan pengajian di luar negeri bertambah pesat sekali. Kepesatan tersebut seiring pula dengan kepesatan ekonomi Malaysia yang secara purata menunjukkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Dalam suasana begini, keperluan untuk menyediakan tenaga kerja menjadi isu kritikal yang penting, dan tanggungjawab besar itu dibebankan kepada universiti tempatan. Oleh itu para mahasiswa pada masa kini haruslah mempersiapkan diri mereka supaya mampu berdepan dengan pasaran kerja yang semakin mencabar.

            Mahasiswa telah berada di dalam suasana keilmuan dan akademik dalam kehidupan mereka dan telah menjadikan mereka golongan intelektual muda yang mampu disandarkan harapan. Peranan mahasiswa di dalam bidang keilmuan haruslah dipandang tinggi dan mendapat perhatian semua pihak kerana mahasiswa memainkan peranan yang amat penting terhadap pembangunan bangsa dan negara. Walau bagaimanapun, hari ini telah dilihat semakin lesu dan hilang taringnya kerana kegagalan mereka menghayati dan menjiwai peranan mahasiswa yang sebenar. Berada di alam universiti bukanlah masa untuk bersenang lenang setelah berjaya di dalam peperiksaan awam tetapi, masih banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mahasiswa kini. Mahasiswa bukan sahaja perlu untuk menghabiskan pembelajaran mereka di universiti bahkan perlu mempersiapkan diri untuk ke alam kerjaya mereka di masa hadapan.

            Ada yang berpendapat bahawa sekiranya mahasiswa tidak suka dengan sistem pendidikan atau pentadbiran negara, sila keluar dari negara ini. Alahai begitu mudah memberi hukuman. Bukan tidak suka tetapi tidak bersetuju dengan apa yang ada. Bukan menentang tetapi hanya mempunyai perbezaan pandangan sahaja. Salahkan jika menyatakan pandangan. Konsepya mudah di dalam keluarga, kadang-kadang anak-anak ada menegur ibu atau ayahnya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka dan ibu bapa haruslah pandai mendidik anak-anak itu dan membuat sedikit perubahan supaya mendatangkan kembali sifat positif kepada anak-anak mereka. Kita selalu meminta untuk didengar tetapi adakah kita juga selalu mendengar apa yang orang kata?. Wajarkah apabila anak itu menegur ayah dan ibunya terus dia dihalau dari rumah.Ini Zalim. Bukan soal biadap bukan soal anak derhaka tetapi persoalan berkaitan dengan kesalahan.

            Sebagai seorang manusia yang waras kita fikirkanlah sejenak apa yang sudah kita dapat. Bukan tidak mensyukuri tetapi minta untuk diberikan dengan seadil-adilnya tiada langsung berkaitan kaya untuk kroni. Salam sayang dari saya. Saya tutup bicara ini dengan memetik kata-kata dari Buya Hamka, “Kalau hidup sekadar hidup, khinzir di hutan juga hidup, Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.”

Sedikit ole-ole untuk para pembaca.













Monday, January 10, 2011

Kenali Nur Hidayah Raffali


Salam pertemuan buat semua..haha..bahang AJL25 baru jer lepas yer..mesti ramai yang kuciwa dan mesti ramai yang terkesima dengan kemenangan dan kekalahan artis-artis pilihan mereka…a.mat rasa ada yang sampai menangis-nangis..coz artis pilihan diorg xmenang..xper sabo yer kawan2..tahun depan ada lagi hiburan nie..haha..berapa ramaila masa tue xsembahyang asar,maghrib dan isyak..hee…harap2 diorang sembahyang ler…ok apapun a.mat nak ucapkan tahniah ler kepada ukhti Ana Nur Hidayah bt. Raffali yer..kerna menjuarai AJL..kalau enti pakai tudung lagi cantik..dan lagi kitorg sokong..a.mat sebenarnya bukanlah pndai sangat berbicara soal artis nie..tapi kenapa hati berat mengatakan yang lagu TOLONG INGATKAN AKU..leh jadi juara….wah gituuu!!!!hahaa..menang AJL nie dapatla dalam RM35000..ha..dah boleh beli saga baru tue..hihihi..ok la mungkin rezeki ana tue..ok nie mungkin korang nak tahu biodata ana.. maafler kengkawan nak cari gambor dia pakai tudung xjumpe2..xper nanti a.mat try searching yer..haha..nie a.mat ada sediakan ..tak kenal maka xcinta..hah???????kah3….

NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA GLAMOUR: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik

KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza


LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Me

nie ada lagu beliau..layan jer lah..

tolong ingatkan aku
kalau berpacaran

Sunday, January 9, 2011

AKU DIA DAN ACER..



Salam pertemuan untuk sahabat..ok tajuk a.mat kali nie..mcm pelik jer..hhehe..xper..korg jgn risau ae..nanti abg mat terangkan satu persatu tentang tajuk tue..ok xnak cerita panjang..aku tue untuk diri abg mat sendiri..dia tue adalah blog milik abg mat..bingkaibiru…hehee..dan acer tue jenama laptop a.mat..a.mat xda duit nak beli yang mahal2…asal boleh guna sudah..

Ok kepada rakan2 blogger yang menggunakan laptop jenama yang sama dengan a.mat tahniah diucpkan..hari nie abg mat na cerita tentang sejarah acer nie..kita nie jangan tau guna jer..kena la tau sejarah dia sikit2 yer..ACER adalah sebuah syarikat  Taiwan yg mengeluarkan pelbagai peralatan yang berkaitan dengan computer dan banyak lagi..syarikat ini memiliki ACERLAND iaitu rantaian kedai runcit yang terbesar di Taiwan.dan ibu pejabatnya berpusat di Bandaraya Hsichih, Taiwan.

Acer pada asalnya diasaskan dengan nama Multitech oleh Stan Shih dan isterinya, Carolyn Yeh,serta lima orang yang lain.syarikat itu bermula pada tahun 1976 dengan 11 pekerja dan modal sebanyak US Dolar 25,000. Pada asalnya, Multitech merupakan sebuah syarikat pengedar bahan2 elektronik dan perunding dalam penggunaan teknologi mikropemproses. Ia kemudian dinamai semula sebagai acer pada tahun 1987.

Pada tahun 2000 acer mengasingkan operasi pengilangannnya sebagai Perbadanan Wistron untuk menumpukn perhatian kepada perniagaan penjenamaan.hari demi hari tahun demi tahun acer telah berkembang ke seluruh dunia..kini ACER ditempatkan sebagai penjual computer peribadi berjenama yang KETIGA terbesar di dunia.di Malaysia merupakan pilihan no 1 rakyat..hehe..untuk rakan blogger yg guna laptop lain..korg carila sejarah laptop korg sendiri yer…tak kenal maka x cinta..hihihi..jumpa lagi!!!

Thursday, December 30, 2010

LAGI AWARD UNTUK ABG MAT

Salam sejahtera..buat anda semua..kali ni abg mat nak ucapkan terima kasih kepada brother blogger..iaitu brother syam..@http://shamdisini.blogspot.com/2010/12/100-blogger-terceria-part-ii.html..yang telah sudi memberikan a.mat award nie..terharu ni..demam bolasepak baru jer kebah,,dapat plak award..tq yer bro..


nie plak abg dapat dari http://1ummah-ki.blogspot.com/...



HIKAYAT percintaan MAS DAN INA..(^_^)-(*_*)



Salam keheningan malam untuk semua..harap-harap anda semua sihatla...hendaknye..yer..amboi.amboi,amboi…(azwan ali stail) mentang-mentangla team Malaysia menang malam nie..seronok korang yer..apa-apapun..abg mat nak ucap tahniah yang tak terhingga kepada semua kontijen bolasepak Malaysia yang telah menjuarai AFF SUZUKI CUP 2O1O..Syabas!!!! di ucapkan…

Ha….saper mas dan ina nie??? Kalau korang tengok bolasepak korang tau ler..pasangan kekasih nie..hihihii…diorang nie dah ada dalam sejarah kiter dulu2 lagi tau..n bleh kater bukan sahaja bersahabat baik tapi dah jadi pasangan kekasih ler…tapi percintaan mereka bukan sahaja di tempat-tempat elit..mereka juga bertemu di stadium tau…nak tengok tempat pertama kisah cinta terakhir mereka??? Jap yer..mereka nie punya hobi yang sama tau..main bola sepak…si mas dan ina ni ade ramai peminat….xkira laki pempuan xkira tua muda..semua sayang n sokong mereka..hihhi..bila bertemu di stadium tempat mas tinggal..diorang MAIN BOLA…masa tue mas menang..3-0  kot..ina tuduh mas guna laser kat mata ina..ina xnak main dahler..pujuk punya pujuk ina pun main balik..last bila kalah ina tuduh lagi mas guna bomoh Thailand, China dan India..ish..banyaknyer guna bomoh..

Kisah pertemuan cinta di stadium Bukit Jalil dan stadium Bung Karno



Xper..kali ni mereka buat perlawanan terakhir kedua sebelum mereka menamatkan kisah percintaan mereka di padang..untuk game kali nie mestila di tempat ina plak..baru adil..tapi menyokong ina lebih kurang 850000 ooooo…penyokong mas plak lebih kurang tiga ratus jer..hikhik…xper..asal main jer..diorang pun lawan…lawan punya lawan..mas dapat jaring gol dulu..tapi mas tak menyerah kalah terus balas lik..tup2…dah seri 1 sama…tula..mas main2 lagi..xper mas..rilex dulu..tengah mas nak tambah gol..akhirnya dapat jugak bagi gol kedua (SENDIRIK) hihihihi…xper..mas tersasul jer tue..jangan buat dah tau??? Malu kat orang…di tempat ina..mestila ina menang 2-0..dah boring main..diorang pun tamatkan permainan…ok kali ni keputusan dibuat..kalau ikut agregat..cewahh!!!! MAS da menang agregat 4-2… yeyeyeyeyeeye!!!!! Akhirnya…kini pasti…bak kater akak Anita Sarawak..hee..

Kawan2 mesti nak tengokkan saperla yang latih ina dan mas kan ???? meh kita tengok…saperla..yang hebat tue..nanti jurulatih mas mesti leh dapat Dato’..hihihi..


Nie la jurulatih INA- Alfred Riedl-(lahir di Vienna, Austria, November 2, 1949, umur 61 tahun dan  bekas penyerang  Austria.






Ni plak jurulatih MAS-Rajagopal a/l Krishnasamy-   lahir di Selangor, Malaysia.Julai 10, 1956 , umur 53 tahun  ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia. Beliau  bekas pemain kebangsaan Malaysia pada era 80-an dan pernah melatih pasukan remaja Malaysia selain Selangor dan Kelantan.


Ni plak..guna taktik sotong..abg mat rasa…sotong2 minat kat mas kot…hehehe..






Asyik cerita jer..sapa mas??? Sapa ina????jap ler..kawan2..mas ada hero..tau..ina pun ada hero..ti kita tengok saper..


Nie hero INA- Christian Gérard Alvaro González -dilahirkan di Montevideo, Uruguay, 30 Desember 1976; umur 33 tahun) adalah pemain sepak bola asal Uruguay yang bermain di Liga Super Indonesia memperkuat Persib Bandung. Posisinya adalah penyerang. dia menjadi penjaring gol terbanyak di Division Utama Liga Indonesia untuk dua musim (2005, 2006).








Nie hero MAS -Mohd Safee Bin Mohd Sali -dilahirkan pada Januar1 29, 1984 di Kajang, Selangor.
Pemain penyerang bagi Selangor FA. Memakai jersi No. 10 yang pernah dipakai oleh pemain lagenda Mokhtar Dahari.
29 Januari , 1984 (1984-01-29) (umur 26).


INILAH DIA PASUKAN TERHEBAT..MALAYSIA (MAS)

INI PULAK PASUKAN LAWAN  DIORANG ..INDONESIA (INA)..

Tuesday, December 28, 2010

AWARD UNTUK ABG MAT..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada miss luqluq @ http://intannurazlin.blogspot.com/..yang sudi memberikan award untuk a.mat..salam penghargaan dan titpan keledek untuk beliau..terima kasih roti benggali kalau boleh nak lagi...hehehe..



Friday, August 7, 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...