Labels

Pages

Followers

Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Aku, Fatimah Syarha,Hilal Asyraf & SMKA Kerian

Salam pertemuan buat pembaca yang dirahmati Allah sekalian, Alhamdulillah sudah lama agaknya saya tidak menitip cerita di laman Secangkirbicara ini. Mungkin sudah ada yang melupakan kehadiran blog ini.Hehe
Sedikit perkongsian dari saya buat pembaca bukan tujuan untuk mendabik dada bahkan merasakan diri sempurna. Jauh disudut hati saya adalah seorang hamba Allah yang penuh dosa dan noda. Mari sama-sama kita melakukan perubahan dalam diri mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang bersyukur di atas setiap apa yang telah dikurniakannya. Sekadar berkongsi potret indah bersama-sama dengan figura dalam bidang penulisan yang terkenal di negara kita. Mereka insan hebat yang senantiasa memberi manfaat. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi memberi peluang dan ruang untuk saya bersama-sama berkongsi ilmu dengan mereka. Mohon doa dari kalian semua moga saya juga dapat menjadi seperti mereka. Ameen.=). Benarlah kata ahli hikmah apabila kita bergaul dengan insan yang berilmu kita juga akan dapat merasai tempias ilmunya itu.

Kenangan Forum "CINTA VVIP" Bersama Ahli Panel Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Hakim (24 NOVEMBER 2012)



Kenangan Forum "PENA MENARI DAKWAH SELARI" Bersama Ahli Panel Hilal Asyraf dan Kak Ummu Hani (Penulis skrip tv Dingin Lavenda & Cinta Madinah) (20 OKTOBER 2012)


Kenangan "bicara C.I.N.T.A" di SMKA Kerian Perak (9 OKTOBER 2013)






Saturday, October 13, 2012

Secangkir Ilmu Dari Ustaz Don Daniyal Biyajid





Salam buat pembaca bingkaibiru semua, maaf kerana agak lama tidak mengupdate blog ini, biasalah kesibukan yang melanda diri. Minggu yang agak meletihkan buat saya. Hehe. Saya harap sahabat semua tidak melupakan blog ini ye. Walaupun blog ini tidak sehebat blog rakan-rakan semua tapi jangan lupa untuk teruskan pembacaan di dalam blog ini. Kita sama-sama berkongsi ilmu.

Semalam punya berjuta kenangan, Alhamdulillah dalam kesibukan belajar, mengajar dan bekerja saya diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ulama muda tersohor di Malaysia ini. Begitu teruja untuk melihat dan mendengar ceramah beliau. Siapa tidak kenal dengan Ustaz Don Daniyal. Ucapan yang bersahaja tetapi penuh hikmah di samping bijak memikat hati pendengar dengan alunan suara-suaranya memperdengarkan ayat- ayat Allah begitu memukau hati khalayak yang hadir. Lautan Muslimin dan muslimat yang hadir untuk mendengar kuliah beliau itu.

Teringat saya pada artikel yang ditulis di sebuah ruangan akhbar yang seakan menghentam mahasiswa di universiti kami. Al-maklumla, pada ketika itu pihak universiti juga membuat suatu majlis ilmu. Tokoh yang hebat juga dipanggil untuk memberikan ceramah berkaitan bidang penulisan. Saya rasa, rakan-rakan semua mesti kenal tokoh yang dikaitkan dengan novel yang berunsurkan syiah. Tidak perlu saya nyatakan namanya di sini. Menurut akhbar itu, mahasiswa tidak begitu berminat dengan program penulisan dan kurang nilai ilmu.

Hebat putar belit akhbar ini. Lumrah di dalam berita. Tidak semestinya benar belaka. Saya ingin bertanya wartawan yang membuat artikel itu, adakah dia pergi menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Don pada petang semalam. Jika dia ingin mengetahui ilmu yang menjadi pilihan hati mahasiswa/i di universiti saya bukanlah ilmu yang boleh menggugat pemikiran kita tetapi ilmu Allah, ilmu agama. Nanti saya sertakan buktinya.

Kami mahasiswa/i dahagakan ilmu agama. Hanya ilmu ini sahaja yang mampu membentuk peribadi kami. Saya rasa tiada masalah memanggil ustaz-ustaz yang popular daripada kita memanggil artis yang entah apa-apa gayanya. Harga dibayar mahal kesannya kosong pada diri mahasiswa/i. Masalah sekarang ini kita terlalu takut dengan politik. Ada Ustaz yang diblacklistkan sehingga tidak boleh memberikan ceramah di mana-mana agensi kerajaan. Ilmu itu bukan kita punya. Tapi Allah punya. Perlu disebarkan dan wajib di dakwahkan!

Agaknya saya sudah lari dari tajuk ye. Hehehe.. okayla berbalik pada isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don semalam. Banyak perkara yang dikongsikan oleh beliau terutamanya berkaitan dengan solat kita. Para sahabat yang sayang kerana Allah, solat itu tiang agama. Hanya solat yang akan membentuk disiplin kita. Jaga adab bacaan di di dalam solat. Tahu rukun solat. Ingat ye jika kita salah membaca Al-Fatihah, maka solat kita akan terbatal. Saya ulangi solat kita akan batal!. Hendak tahu bagaimana diri seseorang itu, lihat cara dia beribadah. Gunakan waktu yang ada untuk berdating dengan Allah

Beliau juga turut menceritakan tentang akhlak nabi, sebagai seorang pemimpin, suami, dan kekasih Allah. Kita mesti mencontohi kekasih Allah ini. Jangan sesekali kita menghina atau membuat tanggapan yang negatif kepada baginda Rasulullah dan keluarga baginda. Beliau juga turut mengesyorkan sebuah buku yang perlu dibaca oleh kita semua iaitu ‘Wajah Kasih Rasulullah’ karangan Misbah Em Majidy. Saya sudah mendapatkannya dan saya menyeru anda semua perlu mendapatkannya juga. Buku itu menceritakan bagaimana peranan nabi sebagai seoarang suami, calon isteri pilihan nabi, cara nabi menjaga hati isteri-isteri baginda dan banyak lagi topik menarik yang perlu kita khadamkan sebelum kita mendirikan rumah tangga. InsyaAllah

Kepada mahasiswa di universiti saya, rugilah anda sekiranya tidak menghadiri majlis ilmu yang dipayungi malaikat rahmat semalam. Carilah ilmu itu di mana sahaja kerana ilmu tidak cukup dengan membaca atau melihat kita perlu mendengar. Besar pahalanya dan hebat kuasanya kepada kita.

Sedikit sedutan potret semalam…

Saya dan Ustaz Don. Pejam mata la pulak!


Gaya Ustaz ketika penyampaikan ceramah



Antara khalayak yang hadir


Kami dan ustaz Don


Cuba cari gambar sy tengah berbual dengan Ustaz. 
Hehehe


Ada jugak gambar tengah bersalam dengan ustaz, moga-moga ada ibrah dari beliau




Sedikit sedutan video. Selamat menonton!



Wednesday, September 26, 2012

Aku, Ramlee Awang Murshid dan Zainal Abas



Salam buat sahabat pembaca semua. Maaf ya kerana jarang meng ‘update’ blog. Biasalah apabila mula semester, kerja makin bertambah, amanah makin payah dan fizikal perlu dikerah. Walau bagaimanapun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca dan peminat  setia Secangkirbicara.. di atas kerinduan anda terhadap blog ini.Hahahahaha. PERASAN!.

Semalam dan hari ini saya dipertemukan dengan dua orang insan hebat. Insan yang semakin mengukir nama dan dulu pernah menjadi insan yang ternama. Ketika berbicara dengan mereka seakan ada satu resapan tenaga kepada diri saya untuk terus berkarya. Bukan untuk mengejar populariti tapi untuk berkongsi ilmu Ilahi.

Ramlee Awang Murshid, akhirnya kita ketemu juga. Walau hanya seketika tetapi saya begitu salute dengan karya-karya anda. Maaf saya bukan peminat tegar anda. Kepada peminat bro Ramlee nie jangan marah ye. InsyaAllah mungkin satu hari nanti saya akan jatuh cinta dengan karya anda. Nak tengok gambar saya dengan dia..xpayahla kot..=)

Berbicara pula tokoh yang kedua ini. Mungkin di zaman ini kita sudah tidak mengenali nama Saudara Zainal Abas ini. Tapi pada era 70-an dan 80-an nama beliau begitu popular. Beliau merupakan bekas juruhebah RTM (DJ). Suaranya begitu memukau hati pendengar. Mungkin beliau amat dikenali pada zaman ibu, ayah dan datuk kita. Mudah cerita, popularitinya dulu setanding Aznil Haji Nawawi, Faizal Ismail, dan Farah Fauzana. Berbicara dan duduk semeja dengan beliau begitu mengujakan saya sehingga ada sesuatu yang beliau tawarkan kepada saya. Hehehe..doakan moga semuanya berjaya.

Saya dan Ramlee Awang Murshid


Tandatangan dari beliau


Saya dan Zainal Abas

Tandatangan dari beliau

Buku yang menceritakan pengalaman 100% beliau sebagai seorang juruhebah. Menarik!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...