Labels

Pages

Followers

Wednesday, May 7, 2014

"Nikmat Pengantin Baru"


Bismillah dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah kita masih lagi diberi ruang dan nafas untuk merasa nikmat dunia ini. Ketahuilah bahawa dunia ini penuh tipu daya. Jangan sesekali kita menyesal apabila kita sudah kembali ke dalam perutnya yakni mati.

Dunia ini penuh tipu dan hasad. Dunia ini kejam dan pasti akan memudaratkan bagi insan yang mengejarnya. Kita dihidupkan di dunia adalah untuk matlamat di akhirat. Itu sebenarnya tujuan kita hidup.  Setiap kali kita bernafas harus kita fikir bagaimana jika Allah menarik kembali nikmat kita yakni nikmat kehidupan. Bayangkan nikmat tidur, makan, sihat, gembira itu sudah tiada lagi dalam diri kita. Astahgfirullah. Moga Allah masih memberikan lagi semua nikmat itu.

Dalam dunia yang penuh pancaroba ini Allah telah ciptakan satu makhluk yang bernama manusia. Adam di ciptakan di syurga. Lantas atas rasa kesepian dan cinta Allah ciptakan pula pasangannya yakni Hawa. Pertemuan mereka indah di syurga, namun desakan nafsu dan rasa mereka diturunkan ke dunia. Itulah ujian Allah buat nabinya.

Lelaki itu pasangannya wanita. Itulah hakikat. Namun, jika ada yang mencintai kaum sejenis, saya nasihatkan cuba check berkali-kali anggota peranakan anda. Ya. Pastikan lihat dengan penuh rasa keinsafan!  Dalam Al-Quran Allah sudah menimpakan balasan kepada kaum sejenis ini. Mengapa Allah memberikan mereka balasan? Ketahuilah setiap apa yang Allah larang itu penuh hikmah dan barakahnya. Bukankah nikmat  ‘bersama’ itu untuk pasangan berlainan jantina yakni lelaki dan wanita. Namun harus diingat bukan hubungan yang haram yakni penzina tetapi melalui perkahwinan! Saya ulangi nikmat melalui perkahwinan! Jika nikmat itu anda sudah merasakannya sebelum berkahwin, tunggulah balasan dari Allah. Manis itu akan hilang, bukan lagi menjadi penawar seperti madu tetapi akan mendatangkan banyak penyakit dan racun seperti gula dan susu!

Mungkin mereka yang sudah melalui alam perkahwinan ini sudah merasai nikmatnya dan mungkin ada juga yang belum atau sudah bosan. Tidak mengapa itu hak dan tanggungjawab anda. Tetapi nasihat saya kepada pasangan yang baru berkahwin. Tunjukkanlah kebaikan di dalam perkahwinan bukan menunjuk-menunjuk! Tidak salah anda hendak upload gambar anda di facebook dan sebagainya. Tetapi gambar intim seperti berlaga pipi, bertentang mata atau berpeluk sini sana atau lebih rare main lambung-lambung lagi. Ataupun gambar di sawah padi, kolam mandi, dalam jamban dan sebagainya tolonglah simpan. Biarlah anda dan pasangan anda sahaja yang mengetahuinya. Posisi bagaimana pun tidak mengapa kerana itu hak mutlak anda suami isteri. Ketahuilah wahai pasangan yang bahagia, saat kamu menceritakan kebahagiaan dan keintiman kamu ada insan lain yang masih menderita dan bersedih kerana masih belum bertemu jodoh! Bukan mereka tidak mahu tapi senang mencuba sepenuh daya.

Kasihanilah perasaan dan nafsu seorang insan bujang yang masih belum mampu untuk berbahagia seperti anda! Anda sudah menjadi seorang penembak tepat tetapi insan-insan bujang ini masih terkial-kial untuk mencari dana mendapatkan senjata api yang berkesan. Tolonglah…berpada-padalah dalam menyebarkan gambar perkahwinan anda, saya risau dari ucapan bahagia bertukar kepada ucapan cerca. Mungkin anda merasakan bahawa anda sudah halal dan pedulikan apa orang kata. Ya betul! Tapi cuba fikirkan pula apa Allah kata dan bagaimana malaikat menerimanya. Adakah itu di dalam catatan kiri atau kanannya. Terpulang pada niat anda.

Cuba bayangkan jika zaman para nabi atau para sahabat sudah ada teknologi ini? Adakah mereka juga seperti kita dalam menikmati alam perkahwinan. Maaf saya bukan menghina atau membandingkan Cuma sekadar memberi pandangan dari seorang insan yang hina dan belum berkahwin!

Ada pula yang terlalu rindukan suami, berbicara di facebook. Sweet sana sweet sini..ya itu halal…tapi tidak menjadi kesalahan jika perbualan atau dialog anda cukup sekadar anda pasangan anda sahaja yang mengetahuinya. Tidak perlu print screen!!! Hendak masak lauk untuk suami pun perlu di print screen dan di upload di facebook. Saya nak bertanya..suami anda ada berapa banyak di facebook???

Bagi mereka yang sudah atau akan bertunang ikutlah nasihat nabi..rahsiakan pertunangan itu. Mungkin ada yang berpendapat bahawa jika disebarkan pertunangan itu lebih baik. Kononnya bunga sudah di lamar orang dan tunggu masa untuk disunting. Benar. Bagaimana jika pertunangan itu tidak menjadi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan?? Malu bukan. Kesiannya kita.. Sombong benar dengan nasihat nabi ini. Jika kita faham dengan nasihat nabi ini sudah tentu kita akan ‘take care’ si dia dalam kerahsiaan. Cukuplah sekadar keluarga terdekat yang mengetahuinya. Jangan budget sangat diri anda itu ‘hot’ kerana jodoh pertemuan itu adalah urusan Allah. Kita hanya merancang!

Perkara yang pasti buat kita adalah mati. Itu sahaja!

Akhir kalam..jodoh itu sememangnya akan datang kepada kita. Namun harus dingat bahawa mati juga akan pasti datang kepada kita. Jika jodoh itu tidak datang maka matilah yang akan menjadi perkahwinan kita.


p/s: sekadar luahan daripada penulis. Maaf jika ada yang terkena kepada batang hidung masing-masing. Ia sememangnya di sengajakan. Ha Ha Ha!!


3 comments:

Unknown said...

It's really awesome post. Your post is really useful for me.
Keep update your blog.
Nikmat perkahwinan

ravivarma said...

Impressive! I really like this blog.
Thanks for giving this information…
Nikmat Perkahwinan

Unknown said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kadkahwinservices

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...