Labels

Pages

Followers

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Cinta Pandang Pertama...


Malam itu sebelum aku menutup mata, aku sempat menonton satu movie yang menarik. Jangan salah faham. Movie itu berbentuk ilmiah dan kemanusiaan! Entah kenapa aku rasa bernafsu untuk menonton movie itu. Aku cuba download tapi acap kali gagal. Tolong jangan salah faham. Aku bukan kaki download yang menyebabkan line wifi kolej menjadi slow. Apakan daya..mujur ada movie online. Mata aku masih belum mengantuk lagi. Jadi movie menjadi pilihan. Mesti korang menyoal dalam hati…tengah-tengah malam nie lebih elok buat SOLAT TAHAJJUD!” Dah tentu dapat pahala. Benar banyak keistimewaan solat tahajjud ni tapi korang dah buat ke?. Jika dizinkan nanti aku ceritakan berkaitan dengan solat sunat pendekat hati ini. Biasala aku sering kali lalai dan alpa dengan nikmat dunia. Astagfirullah

Kembali kepada movie tadi, sebenarnya aku tidak bernafsu untuk melihat cerita-cerita berbentuk cinta terutama drama atau filem Melayu yang jiwang-jiwang ni. Terlalu banyak ‘drama’ yang disajikan! Hmmm..bosan. tapi jika filem Hindustan..its okay for me! Jangan salah faham, aku bukan mat bollywood atau syeikh bangla. Aku hanya seorang jejaka yang punya rasa dan jiwa. HA HA HA. Cerita Hindustan ini penuh pengajaran dalam kehidupan. Sasteranya juga tinggi. Melodinya juga indah dan bahasanya juga asyik! (Nora bagi lima bintang). Okay, aku bukan fanatik tapi sekadar melayan sahaja. Aku bukan main tengok sahaja aku juga selektif dalam pemilihan filem. HA HA HA!. Mungkin ada golongan lelaki yang minat cerita bollywood ni tapi cover line, muka gangster tapi duduk dalam bilik sorang-sorang pasang cerita KUCH KUCH HO TA HAI!...ada yang sampai menangis kot..HO TAK HANG!. Itu belum sentuh yang kaki KOREA lagi. Ketagihannya terhadap drama Korea melebihi kaum wanita. Ish..ish..

Buat wanita, keras mana pun lelaki termasuk anggota peranakannya tapi percayalah apabila terusik jiwa, kalbunya mudah menjadi lembut seperti sutera. Walau mukanya seperti raksasa tapi ketulusannya mampu mencairkan hati wanita. Ini fakta! Tengok saudara Malik Noor, seorang insan yang bertubuh sasa akhirnya tetap bertemu jodohnya.(Ini cerita lama, macam takda kaitan je)

Okay, mungkin ada juga yang salah faham, cerita Hindustan ni tengok berdosa. Boleh buatkan anggota peranakan kita terseksa! Tapi cuba korang bagitahu dekat aku, cerita atau filem Melayu mana yang takda langsung menayangkan aurat wanita??? Ada, mungkin jarang-jarang. Contoh filem “USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG” Itu pun sebab ada UAI, kalau takda beliau lingkup dan bungkus filem tu. Mungkin ada yang perasan filem itu sebenarnya bukan fokus tentang UAI tapi tentang DAKWAH. Dakwah melalui jemaah TABLIGH. Bro Pierre mungkin hendak menukar persepsi negatif masyarakat terhadap JEMAAH TABLIGH ni.  Benar, sebenarnya kita ramai yang tersalah anggap kepada mereka hakikatnya mereka melakukan tugas dakwah! Jika kita tidak mampu menjadi seperti mereka jangan sekali membenci tapi kirimkanlah doa. Mudah-mudahan ada juga terselit pahala untuk kita. Insya Allah.

Okay terlanjur berbicara dan lari dari fokus utama aku nak syorkan beberapa movie Hindustan yang best untuk ditonton bersama keluarga tapi lebih sweet duduk di dalam bilik berdua bersama suami dan isteri. Buat suami jangan tidur pulak dan jangan ganggu fokus mereka semasa menonton movie. Kepada remaja yang bercouple. Jangan nak berangan tambah dosa! Dahla dosa bercouple nanti macam-macam jadi! Baiklah dengar sini baik-baik tajuk filem yang aku hendak syorkan. Ni pendapat aku..terpulang pada korang. Pada geng-geng ustaz atau ustazah jangan hukum terus aku masuk neraka ye. Ingat, pelacur pun boleh masuk syurga bila dia berikan air minuman kepada anjing dan ingat lagi ahli agama juga ada yang masuk ke neraka apabila hanya bertukar niat untuk melakukan kejahatan! Oi..mana cerita ni..asyik membebel je.. ok list aku untuk movie pilihan 1. TAARE ZAMEN PARR ( Kisah tentang seorang anak autisme dan guru yang ohsem lakonan Amir Khan) 2. 3 IDIOTS (Kisah tentang 3 orang pemuda yang best dan lawak tapi penuh ilmu). 3. Kabhi Kushi Kabhi Gham ( Kisah tentang kekeluargaan), 4. Kuch Kuch Ho ta hai (Suami yang kehilangan isteri), 5. Rab Ne Bana di Jodi (Kisah tentang love after nikah) dan banyak lagi. Korang tengok la sendiri. Maaf aku sebenarnya sudah tersasar dari objektif dan tujuan penulisan ini! HA HA HA

Berbalik kepada pengenalan aku tadi, cerita yang tengok tu tentang banduan yang berjaya melarikan diri dari penjara. Mungkin ada yang berminat cerita seperti ini dan mungkin juga tidak. Tapi menonton filem ini lebih selamat daripada menonton filem2 yang boleh menyeksa anggota batin anda!!! Sila insaf!! Cerita ini berjudul ESCAPE FROM AL CATRAZ yang diterbitkan pada tahun 1979. Mungkin korang belum lahir dan mungkin juga jodoh ayah dan ibu kita masih tergantung di arasyi Allah s.w.t. Terima kasih ayah dan bonda kerana sudi melahirkan dan menjaga saya. Terima kasih Allah kerana menghadirkan mereka. MMMUUAAAAAHHHHHH. Sayang rindu untuk mereka.=)

ESCAPE FROM AL CATRAZ mengisahkan sekumpulan banduan yang berjaya  meloloskan diri daripada penjara di Pulau Alcatraz, San Francisco, Amerika Syarikat. Kehidupan dan perasaan penjara digarap dengan kemas sehingga menyebabkan aku hampir melelehkan air mata. Sedih kot…Akhirnya dengan strategi dan harapan mereka berjaya keluar daripada pulau itu yang peratusnya sukar untuk meloloskan diri. Silalah tengok jika hendak tahu dengan lebih lanjut. Bagi kaum wanita yang nak tengok filem ini nasihat aku abaikan part golongan banduan (lelaki) tengah mandi. Okay. (Ha…nak tengok la tu..jangan2.. nanti Allah marah aku pun marah!)

Lepas menonton filem tu, aku pun tertidur..tapi sebelum tu sempat pula aku membelek buku yang bertajuk “PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI” ha..tolong jangan salah faham okay ini bukan buku PERMATA YANG HILANG. Buku ini karangan Hamka Kereta Mayat. Mungkin korang juga bertanya.. “kenapa tak baca Quran je, sebelum tidur?” itukan lebih baik dan mendapat pahala. Benar. Tapi tidak menjadi kesalahan apabila kita membaca buku berbentuk ilmiah bukan? Di dalam buku itu ada banyak cerita tentang kehidupan dan persiapan diri untuk bertemu tuhan sebelum kita menjadi mayat dan juga persediaan untuk menghadapi alam rumah tangga! Juga terselit hadis dan juga KALAM Allah. Bukankah membaca maksud ayat-ayat Allah juga mendapat pahala. Lebih baik aku membaca buku seperti itu daripada aku membuang masa melelehkan air mata membaca novel-novel cinta yang entah apa-apa tebal dan banyak mencarut!

Okay tidak lama selepas itu, aku terlelap. Lena. Oh indahnya. Aku pernah ditarik nikmat tidur. Alangkah seksanya jiwa. Ke kanan tidak kena, ke kiri tidak kena. Macam-macam senaman yang aku lakukan tapi tidak juga berjaya. Menjelang subuh baru lah mata terlelap. Hebat syaitan ni! Hari tu subuhku menjadi subuh DINASOUR. Astagfirullah. Telat lagi. Apa nak jadi husairi!!!!!! Suami yang ohsem adalah suami yang bangun di awal subuh bukan di penghujung subuh! Ok. Aku format kembali diri. Doakan aku ya. Wahai sang isteri yang aku tidak tahu siapa, dengarlah bintang hatiku ini..abang akan menjadi seorang yang soleh sebelum melamar dirimu. HA HA HA HA HA HA!!!!!

Selepas bersolat aku , aku termenung di tikar sejadah. Sakit itu datang lagi, makin syahdu sakitnya. Makin ku tahan makin ia melawan. Sakitnya seperti putus cinta. HA HA HA HA! Aku cuba tenangkan diri dan beristighfar. Tapi apakan dayaku sebagai hamba Allah yang penuh dosa. Aku tidak daya. Selepas mempersiapkan diri, aku memecut laju ke klinik. Roomateku bertanya nak ke mana? Aku cakap ada date dengan seseorang! Penting! (Muka selamba menahan sakit)

Akhirnya aku tiba di sebuah klinik. Oh alangkah bahagianya rasa. Aku lantas masuk ke bingkai pintu klinik itu. “Aikkk..kenapa kosong je ni…”bisik hatiku. Owh ada loceng di meja. Pantas jari ku menekan. “kring..”Lantas keluarlah makhluk hijau bertudung litup. Menyambut aku dengan senyuman. Rasa hilang sementara kesakitanku. Aku pun berbicara masalah sebenar yang aku hadapi dan selepas dia mendengar lantas terpacul di mulutnya (eh jap..kenapa macam ayat novel ni. Lantaklah!)

“Awak, nanti Dr. Check ye, kalau ada masalah mungkin awak akan mengalami pembedahan kecil, jika tiada aral masalah awak itu mungkin DR. akan selesaikannya secepat mungkin”

“Gulp..kena bedah???(meremang bulu roma aku)”

“Okay. tunggu sebentar ya.” Gadis itu tersenyum dengan berbekalkan lipstik merah dibibirnya

“Baiklah..”Aku balas dengan senyuman yang pahit.

Beberapa minit kemudian….

“Husairi..” Seorang gadis memanggil namaku. Oh merdunya suara …

“Ye saya, “ Jawabku..

“Merdu suaranya, itulah yang dinamakan vokal bukan sekadar rupa!” Bisik hati ku

“Masuk sekarang ye.”

“Baiklah”

Aku memasuki bilik itu dengan penuh debaran dan kesakitan. Tapi hilang lagi kesakitan ku apabila melihat senyuman keayuan dari seorang DR. entahlah masih cik atau puan. Inilah DR. yang menjadi idaman pesakit agaknya.”

“Hasil kajian aku, muka dan wajah DR juga merupakan antara faktor penyembuhan kepada pesakit itu. Rupa cantik dan ditambah pula dengan kelembutan dan berhemah ketika merawat itu adalah nilai tambah. I love u work DR.errrrrrrrr” tapi harus dingat. KESEMBUHAN ITU DATANG DENGAN KEIZINAN ALLAH, JIKA ALLAH BELUM IZINKAN PENYAKIT KITA UNTUK SEMBUH MAKA BERSABARLAH. MUNGKIN ALLAH HENDAK MERINGANKAN AZAB KITA DI KUBUR DAN AKHIRAT.=)

Kadang-kadang ada juga DR. yang muka dahla macam *&^^*((^^ merawat pesakit pun macam apa lagi. Geram aku. Aku tahu korang stress tapi pahamilah jiwa orang yang sakit.

Okay, mungkin antara anda semua yang hendak pilih calonnya dalam kalangan DR. atau jururawat. Itu terpulang kepada pilihan anda. Ketahuilah bahawa kerja mereka juga adalah kerja yang mulia!

Lantas CIK DR. itu pun bertanya..

“Berape hari dah awak sakit? Malam boleh tidur tak?”

Aku pantas menjawab.. “ Baru je DR. Kalau DR. tanya tentang tidur saya.. Alhamdulillah saya lena je di ulit syaitan yang direjam. Terlajak subuh lagi”

Satu bilik itu di sambut dengan hilai tawa

“Diorang ni gelak pulak. Aku dahla tengah sakit”

“Ok sekarang awak buka..”

“Hah buka apa DR.? Teruknya soalan aku

“Muka mulut lah..” Jawab cik DR. dengan lembut dan senyuman..

“Heeee..”

Korang mesti tahu sebenarnya masalah yang aku hadapi ini kan?? Ha cer teka…sakit apa yang aku hadapi???

“Owh..ini tak perlu dibedah..kita cabut jela..okay?”

“Gulp..terus cabut???”

“Ye, awak jangan risau ye ada ubat bius. Dengan Izin Allah takkan sakit”

“Ok buka mulut…tahan ye”

Bius pertama disuntik ke dalam mulut ku..kemudian kedua dan ketiga…

“Oh inilah yang Melly Geoslow rasa apabila beliau menyanyikan lagu ..aku di bius cinta” HA HA HA

“Okay awk baring dulu ye, kita tunggu ubat bius tu bertindak”

Sedang mataku memejam. Aku terdengar gemersik bunyi dan melodi syahdu

“Macam pernah dengan melodi ni tapi di mana ya??” Soal hatiku

Melodi itu berbunyi begini.. “Astagfirullaahal 'azhiim Alladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul qaiyyuumwa atuubu ilaih….”

Aku insaf!

Allah, inilah klinik pertama yang aku pergi yang telah mengingatkan aku dekat dengan TUHAN! Sentiasa terpasang zikir yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati. Subhanallah. Aku sudah jatuh cinta! Ku lihat di samping peralatan yang canggih dilengkapi LED TV jenama SAMSUNG  dan speaker yang kena dengan arrangement treble dan bass nya dan suara kumpulan hijjaz itu. Aku berasa bagai berada di alam bahagia.

Aku melihat tepat ke arah lampu yang menyala. Aku lantas terbayang bagaimana nanti ketika keadaan aku ketika di cabut nyawa???Allah permudahkanlah urusan aku pada waktu itu. Mari kita doakan moga-moga kita mati dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH. Ameen.. Zikir itu menghilangkan segala keresahanku.

Kini…tibalah masa yang di nanti-nantikan. Kesakitan akan hilang…. Selamat tinggal si putih, bukan ku tak sudi untuk bersamamu lagi tapi apakan dayaku kerana aku terpaksa melepaskanmu. Terima kasih atas jasamu selama berpuluh tahun sudi berkongsi hidup dengan ku..aku terpaksa melepaskanmu. Ku relakan jiwa…..

“Okay tahan skit ye…bunyi ‘krik krik krik tu biasa”

“Awak..tahan ye..anggap macam tiada apa-apa ye..tarik nafas..lembutkan badan…PUSH..PUSH..PUSH (dialog push tu aku tambah sendiri)

“Ish nurse sorang ni..macam aku nak beranak pulak. Mujurlah wajah kau ohsem. Aku ikut nasihatmu. he he he” Bisik hatiku lagi

“Alhamdulillah, okay awak dah selesai”

“Aik cepatnya…..”

“Okay lepasni jaga kesihatan baik-baik ye..Ingat Allah jadikan kita sempurna dan hargai setiap pemberian Allah itu ye.” Pesan Cik Dr. itu.

Aku hanya mampu tersenyum. Lidah dan mulutku kaku tidak mampu berkata bukan kerana kelu dek bertentang mata dengan cik DR itu tetapi mulutku kebas hasil ubat bius itu. Owh..pertemuan yang singkat penuh hikmat! Moga Allah redha.

Di kaunter..

“Hmm..semua sekali RM__. Oleh sebab awak masih student, DR. bagi diskaun dan ini ada sedikit kelengkapan untuk jaga kesihatan awak. Jangan risau yang ini free sahaja. Kos rawatan dan ubat sahaja yang dikenakan bayaran” Kata Nurse berlisptik merah itu.

“Terima kasih ye, nurse..sampaikan terima kasih saya kepada DR ye..tadi tak sempat cakap sebab lidah saya kelu macam berjumpa cinta pandang pertama!

“HA Ha ha!”

p/s : cerita ini adalah cerita benar tentang aku. Namun berlaku sedikit pengubahsuaian dalam cerita ini supaya tidak terlalu sensitif dan terlalu mengarut. Mungkin ada yang bertanya lagi. “ kenapa tak pergi klinik di universiti atau di klinik kerajaan? Ok untuk jawapan ini aku jawab.. “SUKA HATI AKULAH NAK PERGI KLINIK MANA!” Okay jika anda mengalami masalah gigi, saya syorkan anda pergi ke KLINIK PERGIGIAN SHIKIN, TAMAN UNIVERSITI TANJUNG MALIM PERAK atau boleh hubungi di no 05-4598926. Murah dan indah!!  (Tumpang promote ye cik nurse dan cik DR.) Akhirul kalam memetik kata-kata di kad rawatan aku “KEWAJIPAN MANUSIA HANYALAH BERIKHTIAR. TUHAN SAHAJA YANG MENENTUKAN SEGALA-GALANYA. SESUNGGUNYA SIHAT DAN SAKIT ITU ADALAH UJIAN DARI ALLLAH S.W.T. “



p/s ke 2 : Sebelum korang keluar dari titipan ini..luangkan sedikit masa untuk kita sama-sama berzikir..ok ikut video ni ye..1.2.3...





Tuesday, May 6, 2014

Bicara Hampeh!


Usrah
“Eh dia tu rajin gi usrah kan?”
“A’ah baik budaknye”
“Owh..macam baik”
“Eh kenape kau cakap macam tu?”
“Usrah tapi ber’couple dengan Muslimah yang belum tentu lagi nak jadi zaujah”
“Eh. Kau ni dia tambah rukun usrah yang baru..rukun yang terakhir..COUPLE!”
“Pengsan!”
-----
 Tudung
“Aku suka tengok awek yang pakai tudung labuh”
“Aku pun”
“Diorang nampak ayu dan sedap je mata memandang kan”
“Memangpun..tapi sedap tang mana ye?
“Ces kau…”
Sebab itulah Allah suruh melabuhkan pakaian untuk kaum wanita, untuk elakkan salah tafsir ‘kesedapan’ yang kau lihat tu.”
“Fine”

Kopiah
“Alim kan Muslimin tu”
“Kenapa? Berkenan?”
“Takla..saya suka tengok.”
“Awak suka kopiah ke atau suka orang yang memakainya.?”
“Pakaian tak melambangkan akhlak tau!”
“Iye.tapi sedikit mencerminkan peribadi dia kan?”
“Okay “

Baju Melayu
“Awak nampak kacak pakai baju Melayu?”
“Yeke?”
“Yela”
“Kalau saya pakai baju awak saya masih kacak tak?”
“Saya perempuan!”

Kawen
“Kawan-kawan kau dah kawen, kau bila lagi?”
“Bila Allah izinkan aku berkahwin aku kahwinlah..”

Cinta
“Kenapa lelaki suka minta couple dan perempuan suka minta putus?”
“Sebab kau bodoh!”


Friday, September 7, 2012

Bila Nora Danish dan Adi Putera “Menganjing” klip video budak dapat MC lima hari…




Masih ingat tak lagi pada seorang gadis Melayu yang ayu nie. Ala..yang heboh satu dunia dapat cuti sampai lima hari..sakit katenya..video budak perempuan nie sudah mencecah 449,548 views. Banyak jugak tue . Tapi ramai yang dislike la. Natijah daridapa penangan video tersebut maka ramailah yang ingin menjadi popular seperti gadis itu. Banyak video ‘parody’ di hasilkan semata-mata untuk memerli gadis itu. Bukan sahaja perli, kata maki pun turut diberi..OMG….

Al-Hasil, mungkin dek kerana gadis itu melihat videonya mendapat sambutan yang mengalakkan jadi sekali lagi beliau mengahasilkan video keduanya. Anda carilah sendiri di YT. Agaknya gadis ini ingin menjadi pelakon kot. Jadi kepada pengarah filem di luar sana, Bro Ahmad Idham, Mamat Khalid, Samsul Yusoff cepat-cepatla sambar budak nie. Mana tahu filem yang ada memaparkan muka dan lakonan gadis ni boleh pecah panggung nanti. Ntah-ntah dia boleh ganti Neelofa dan Anzalna. Untung-untung tauke Cina jugak yang kaya.

Okay, terbaru video budak nie rupanya  mendapat perhatian para artis. Eh, betolke?Ntah. Korang saksikan sendiri. Terbaik dari Nora Danish dan Adi Putera. Lawak dan best! 
Nie versi cartoon                              

Wednesday, June 27, 2012

Semalam di Taman Kesabaran - Last Part

Lama jugak bertentang pastu dia macam nak cakap sesuatu..macam malu jer.ish..ana cakaplah..”ye kenapa ye kak?” Eh kakak kunun..dia cakap.. “ade sos dekat pipi..” hah? sos? Eh mana datang plak..adeh..malu giler..tapi kena cover la..ana ckapla tadi masa driver kereta api tarik handbrake ana tengah makan burger..pastu tercium sekali burger tue..dia gelak la…manis senyuma dia..haha..pastu..kitaorang pun beredar. Dah.. jangan nak gosip yang bukan-bukan yer…sekadar menolong kaum wanita yang lemah je ok.

Ok tadi ada cite fasal makan burger kan? Ha nie yang terbaik…kot…masa tue dah tengah hari..dan perut ana mula berlagu keroncong bernada rock acapella.hehe..pastu teringat dekat kereta api kan ada jual makanan..ok ana pun bangunlah bersiar-siar dari gerabak ke gerabak sampailah jumpa ‘mini kantin’..ada tengok ada seorang cashier nie free hair n ramput perang..wah macam cantik..ana lalu je depan.kot2 ada lagi kantin yang banyak makanan..ok..kemudian cari punya cari dah takde..jadi terpaksalah beli dekat ‘gadis’ tue tadi..tapi macam pelik je tengok dia..xpe2..untuk pergi ke kantin tadi ana kena buka satu pintu yang jadi pemisah antara gerabak..sekali ana try bukak..xboleh..adeh..malu nie kalau lelaki tak boleh boleh buka..yang si gadis tue asyik usha jer..ok tunjukkan kekuatan..3..4..2..1…grekkkkkk….done !!!

Hah!..akhirnya terbuka juga..cey.. muka bangga..dan terus membeli makanan..ana tanya “nie bape harga burger ni kak?” Dia jawaple..”erm..rm4 bang (versi lelaki)”..gulp….terkedu ana..adakah ini dari golongan?????????…hehe…pergh dressing mengelirukan..hai la nasib..xperla yang penting dia kerja halal..sama2 kita doakan moga dia kembali ke pangkal jalan dan menjadi lelaki yang normal. Berbalik kepada golongan-golongan seperti ini ana pernah bertanya dengan mereka, kata mereka benda nie terjadi bukan dari kehendak mereka. 

Jangan sesekali hina mereka, kita bukan dari dunia mereka dan kita boleh kata apa sahaja tetapi mereka yang rasa. Jadi ana rasa sama-sama kita bantu mereka. Bukan semua golongan nie berperangai tak senonoh. Kita lebih banyak mengata, mengumpat dan macam-macam lagi tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Tapi..pernahkah kita bertanya kepada mereka apa sebenarnya masalah mereka? Pernahkah kita cuba membantu mereka? Apa yang kita lakukan hanya memandang serong kepada golangan seperti ini. Kita sama-sama doakan moga mereka mendapat hidayah dan kembali kepada batas moral kemanusiaan. Jangan sekali-kali kita mengherdik tapi cubalah untuk mendidik..jangan sekali-kali membenci tapi cubalah memberi simpati.

Eh..dah jadi tazkirah plak.hehe..ok sambung cerita dengan ‘akak’ tue tadi…masa ana nak beli burger tue ana hulur la rm10 dah xda duit kecik..pastu dia cakap..”erm awak xda duit kecik ae..(eh tadi abang nie awak plak..len macam jer)”..ana cakap “xda..erm.. kat sini bleh guna kad kredit tak..”..”amboi..”dia macam mencebik muka..lumrah manusia suka bergurau..jangan terlebih sudahlah..masa hulur duit tue..dia pun ambik dan tersentuh sikit tangan ana..naik gugur jantung..dahla hitam..keras n berurat plak tue tangan dia (nie bukan mengumpat yer..)cepat2 ana tarik..ish..nasib sama jantina..tau…hehe..dia senyum2 jer..hai la..kesabaran teruji lagi..

Xperla..bro..gua xkisah..haha..ok masa nak bagi duit baki tibe2 ada masalah..dia cek dalam beg duit dia..alamak yang ada cuma duit kertas seringgit n duit syiling..ana minta duit kertas seringgit je..tapi xcukup..terpaksala ambik duit syiling tue..ala..takkan nak ambik dari tangan dia lagi..ok2 cover takut..kali nie berjalan lancar..tapi tak taula nervous punya pasal duit tue jatuh plak..nasib bukan semua..dia berlari2 ke hadapan plak..” ting ting ting…” bunyi dia macam nama kawan ana plak..hehe..

Dan si ‘akak’ tue senyum sinis jer..eleh nak cover suara la tue....ish..ana malas dah nak ambik. lagipun 50 sen je..erm tapi duit juga..xperla ana pun masuk la dlm kocek sweater… berlaku lagi perkara yang sama..poket pulak koyak…nasib duit tu jatuh dalam seluar eh betul ke? ntah..rasa macam dekat seluar kot..apa lagi blahla xkan nak suruh ‘akak’ tue ambikkan....hehe…nanti cerita lain..kesabaran demi kesabaran ana teruji..akhirnya hampir 5jam dalam taman kesabaran tue ana pun sampailah ke kampung..Alhamdulillah..tamat..

Tuesday, June 19, 2012

Semalam..di Taman Kesabaran (Part 1)

Semalam.. di Taman Kesabaran (PART 1)

Salam pertemuan buat sahabat semua. Alhamdulillah hari ini ana sudah berada di kampung tercinta. Sambil bersantai menghadap laptop dan sawah nan menghijau terasa nikmat tak terhingga. Syukur kerana ana masih dapat melihat wajah kedua-dua ibu bapa tercinta..

Apa yang ana nak kongsikan di sini adalah pengalaman semalam semasa hendak  pulang ke kampung halaman. Ana menaiki kereta api. Tiket perjalanan dijadualkan akan bertolak pada pukul 10 pagi..tapi malangnya ada beberapa masalah. Perjalanan ana bermula pada pukul 1 petang. Kesabaran pertama diuji. Alhamdulillah rupanya Allah ingin pertemukan ana dengan seorang pemuda di stesen kereta api itu. Kami berbincang soal kehidupan dan ragam manusia. Pemuda itu berkongsi cerita tentang kehidupannya. Katanya dia telah mengalami kegagalan beberapa subjek dalam SPM. Tapi itu tidak mematahkan semangatnya. Dia akan ambil peperiksaan itu buat kali kedua. Ana doakan moga pemuda itu berjaya. Sekarang dia bekerja sebagai polis bantuan.

Ana bersyukur kerana masih ada pemuda yang menjadikan kegagalan sebagai tangga untuknya berjaya. Ana doakan semoga cita-citanya menjadi sebahagian dari Polis Diraja Malaysia menjadi kenyataan. Ameen..

Seusai ana berada di dalam kereta api bahagia. Ana memasang mp3 dan lagu first yang ana mainkan adalah lagu Yassin-Rindu Padamu. Yela..rindu kat mak ayah..lama xbalik kampung..hehe.. sampailah ana terlelap dan ana tak perasaan sebab sebelah kanan ana ada seorang m.cik India tengah tidur.. xnampak sebab gelap..hehe..eh bukan mengata ni..tapi mata ana dah mengantuk kot masa tue..

Tengah layan tidur..tiba2 m.cik tu terbangun..tlefon dia berbunyi. Sudah.. lagu tradisional India milirik manja di gerobok kami..hehe..ana cuba hafal tapi xboleh..ana kembali lelapkan mata..tapi erm..sekali m.cik tue keluar bahasa dia..ana rasa kuat lagi dari enjin kereta api tu..adeh..kalau ana faham xperla..kesabaran kedua ana teruji..xperla m.cik..NA UNE KEDELEKERE…=)

Ok..xper2..dah 3 jam dalam kereta api.. em..lamanya lagi..orang selalu tnya knpa lewat sedangkan jammed pun xda..traffic light apatah lagi. Jawab ana senang jer..keretapi nie masuk jalan hutan..landasan dia bukan mcm dekat london..besar kangkang kera jer..xda 2 way semua 1 way..hehe..xperla. kalau kita lihat sejarah dulu kereta api sememangnya digunakan untuk bawa barang. Jadi landasannya digunakan untuk bawa barang..tu yang laluan sempit dan masuk hutan. Tapi sekarang bawak orang. Inilah kehebatan TANAH TUMPAH DARAHKU..buat landasan baru tapi tahun bila ntah nak siap.hehe..

Ok sekarang ana tengah layan lagu sambil rehat2 3 jam lagi nak sampai BAGAN SERAI..adeh..xperla…ana duduk dekat kerusi depan sekali..berhadapan dengan pintu. Al-maklumla nak buka pintu dalam kereta api tu kena guna tenaga yang kuat..ana lepak2..tiba2 ada seorang muslimat ni nak buka pintu tu sebab nak gi tandas. Nampak malu..ana biar jerla..dia dengan selamba cuba buka pintu itu..tapi xboleh..ketat..ana saja buat pandang tingkap..ces budget!!..tibe-tibe dia datang.fuhh..terkejut daku..hehe..dia cakap “encik..boleh tolong saya. Pintu nie rosak la”.. anapun terus pergi n buka pintu nie..sekejap je dah boleh..pastu mata bertentang mata..dia senyum ana senyum.heee..(adakah ini dinamakan cinta???..kata hati ana) ish3..sudah2 syaitan tengah ketawa jugak tue..adalagi kesabaran seterusnya..tapi cukuplah sampai sini dulu..nantikan part 2.haha..salam

Saturday, January 1, 2011

Kerana Sehelai Sejadah..


Salam tahun baru buat kawan-kawan semua..happy new year..ok hari ni abg mat nak story morry siket…tadi petang a.mat g pekan..ye la nak cari barang sikit..utk tempuhi alam belajar balik..dekat sebula otak a.mat berehat dari membaca cerita tentang sejarah..so kena la sambung balik..al –maklumla..da sem 7 nie kan..terasa jap jer..hihihi..eh sem 7????? Ok2..so pas solat Asar..a.mat kemas2 barang dulu..pastu baru nak gerak ke pekan paling terkenal di Malaysia…kawan2 nak tau pekan ape??? Tekala..kalau student MPSI n SITC tahu kot.hahaa..

Hati rasa berat nak pergi pekan..tapi teringat plak nak beli sejadah baru…awan dan berarak mendung kelabu..tapi xper..a.mat teruskan jua..gi la round pekan yang famous tue..soronok gak..tengah nak beli murtabak ayam..tiba2 a.mat rasa ada air di atas kepala a.mat..sikit2….a.mat biar jela..bak kata my grandpa LET IT GO..BRO..hahaha..sekali air tue makin laju..tue tandanya hujan lebat..alamak kat mane nak berlindung nie…baru beli murtabak..sate..potato spring,kebab, laddu, buah delima, ayam goreng, samosa belum beli lagi nie..ahh…sudah..

Tengah round2 tue tiba2 ada sorang brother jual minyak wangi nie..offer a.mat minya wangi..dia cakap kalau a.mat pakai minyak..wangi nie seluruh gadis kat perak akan suka kat a.mat? what????ishh..motif betol brother tue….dia ckap, lagi wangi dari one drop..a.mat ckpler…a.mat guna minyak atar jer..hak3..tahan 3minggu tau..hihihihi..gurau jer..ok barang makanan da dibeli..tinggal sejadah jer lagi..teringat plak nak beli berus basuh baju…a.mat xsuka hantar kat dobi..membazir and berisiko…di samping dapat melihat sendiri kualiti baju yang di basuh..kta boleh melakukan senaman tangan..hak3..so untuk student universiti..rajin2la basuh baju sendiri yer…

Ok a.mat beli berus nie kat sebuah kedai ternama..rasanya kat tempat korang pun ada.. CERIA 99.. namanya..ceria 99 tapi harga genap jugak..bik bagi nama ceria genap..hee..dah2 kite lupekan pasal nama..kat kedai tue ada 2 orang pekerja wanita berbangsa INDIA..so apa nak pelik plak yer..tengah2 abg mat round kedai tue..tiba2 halwa telinga abg ,mat diterobos dengan gemersik lagu nasyid..lagu in-team—kalimah cinta tue weh…biar betik..haha..

Nie bukan radio tapi mp3 atau cd kot diorang pasang..pastue..tiba2 dengar plak  lagu saudara ABDUL MAHER ZAIN..eh xda abdul la…lagu INSYAALLAH…a.mat da rasa pelik dah nie..tapi syukur gak..mana tahu diorang akan minat dengan agama kita.so sama2 kita doa ye..kawan2…pastu lagu arab plak..agak lama a.mat duk kedai tue sebab hujan terlampau lebat..so tak boleh nak balik lagi..pas habes lagu tue..tiba2..abg dengar plak suara orang arab kat sound tue…eh macam kenal..nie suara imam mekah yang terkenal..kalau tak silap bacaan dari Syeikh Abdul Rahman As-Sudais..alunan surah Yassin..bergema di kedai tu..yang dijaga oleh dua orang wanita india…ini bukan cobaan ini betul2..


NI LER KEDAI DIA..KORANG NAMPAK TAK GAMBAR PEKERJA TUE???

Selalunya kalau kita pergi ke pasaraya yang dijaga oleh bangsa kita..lagu techno,rock,jiwang,…n macam lagi la..bacaan al-Quran??? Ada ker??..ok2 xper..susah jugak nak bergerak hujan lebat nie..tapi a.mat tetap nak beli sejadah baru…so jumpa la pasaraya mini…kali ni pekerja dia semua wanita bangsa kita..muda2 lagi..hihihihi..ap gelak2 hah??  A.mat pun carila n berkenan rasa di hati untuk membeli sejadah yang berwarna hijau tue..lembut..n selesa lagi..ok time nak bayar plak..pastu ada la kawan pada cashier nie…tiba2 dia cakap..”yati,,, (bukan nama sebenar)..mehla aku yang tolong kirakan”..a.mat tersipu2 malu..cashier tue ckpla..”ish..sibuk la ko”..masa tue..kena control macho le sket..haha…wekkk!!!!!...

Pastue abg mat check jap sejadah tue..takut2 ada koyak..dia cakap dah hbes tengok?? A.mat ckap nie langkah berjaga2..manala..tau..kot2 koyak or reject ker..dengan selamba yaaya..cashier tue jawab “amboi,,awak xkan sembahyang sampai koyak..awak sembayang ape tue”..hehe..nasibla senyuman dia ok..n sweat..haha.pas bayar..sempat plak diorang nasihat a,mat..”awak2..jalan elok2 ae..hujan tue..jatuh bangun sendiri tau”..a.mat senyum jer..xper2…hehe.ok..kawan2 dahler..sekian..jumpa lagi !!! .


Friday, December 31, 2010

Ish sombongnya minah tue-last part


Salam kawan..ni part yg last sekali tentang crita nie..pas kitorg dah bcer surat tue sampai tergelak terbahak2 kitorang pun balik rumah..n my pren tue nak cari idea cmner nak trangkan hal sebenar..bak kata orang di telan mati mak di luah mati bapak..habes tue takkan nak kemam kot??? xperla esok kitorgn g sek mcm biasa..kebetulan hari tue waktu free da ri pagi sampai balik..coz cikgu semua sibuk…xperla yang tu yg kitaorg suka..ala korg pun sama…hihihi..my pren nie nak ckp trus trg dkat minah becok tue dia takut..t x pasal2..ada org hysteria..heehe..

So kitorang tunggu waktu rehat..sebab tue jer peluang yang ada…eh kenapa sy perlu terlibat sekali dlm pristiwa ni? sy bukan perancang utama…xpala demi my pren..ku turuti jua..oh lupa..plak sori ..sy baru teringat dalam isi surat tue my pre nada mintak gambar minah tue..so dia bagi ker? mestila bagi..tapi minah becok tu yang bagi..heehe..gambar duduk atas motor..baju kurung merah n siap make-up lagi muka..pastu ada lipstic merah lagi uuu….hahaha…xperla untuk my pren..ok2 sambung..waktu rehat dah start..ntah camner my pren brani plak nak tegur minah..becok tue..dia ckp nak jumpa jap ada perkara penting yang perlu diselesaikan..terkebil2 mata minah tue..hehhe..xperla…masa tue ada 2 orang kawan dia yang lain…minah cun tue da g rehat..ish..tau makan jer..bukan nank blanja sy pun..ok kitorg pun berjumpa..mas tue my pren dgn minah tue duduk bertentang..waduh…minah tue cam malu2 jer….erm dia xtau lagi hal sebenar nie..my pren ni terketar2 nak mulakan percakapan tapi di still go on..hehe..ok mula2 my pren buat la kiasan..supaya dia dapat detect ap sebenrnya berlaku..bak kata org tua bagi hint la…

Tapi masalah minah lambat tangkap..my pren cam bengang sikit,,apa lagi dia terus..luahla…yang surat dia tulis tue bukan nak bagi kat minah becok tue..dia nak bagi kat minah cun tue..ada org khianat dia…dia ckap trus yang dia xada hati lgsung kat minah tue…ish…sy cuba nak tahan my pren..tapi da xterdaya…sy tengok minah becok tue..tunduk..pastu..ada air mata dia keluar…alamak..camner nie..xkan saya plak nak ganti my pren utk minat kat dia..eh2 jangan2..pastu minah tue ckap..yela sya tahu..saya nie xcantik..mulut laser..ha tahu pun…hehe…pastu suka buat org sakit hati..yer sya xlayak dicintai dan mencintai…wekkk….ayat….

My pren nie xleh tengok orang sedih…dia pun cuba pujuk…blik minah tue..dia cakap ko bukan tak cantik…ko ok jer…tapi masalahnya aku dah berpunya..eh.. bila masa plak minah cun tue declare nak dkat my pren..pandai2 jer…macam2la ayat dia pujuk..sampai minah becok tue ok balik…n lepas peristiwa tue diorang jadi kawan baik..tapi bukan couple yer…sebelum tue..minah becok tue ada cakap yang dia tahu minah cun tu  suka kat spa….coz diorg kawan rapat gak..kawan2 tahu sapa lelaki bertuah tue???? Ha tekala sendiri….lelaki tue pernah dapat tisu dari minah cun tue..ok TAMAT!!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Aku Part 3

    Adakah penantian dan kesabaranku yang ku tunggu selama berbulan-bulan akan membuahkan hasil? Waktu itu senja semakin melabuhkan tirainya untuk memberi ruang malam menghiasi alam dan angin mula bertiup di setiap sudut rumah papan ku. Ku lihat nun jauh di sana matahari kian terbenam dan cahaya waktu itu begitu indah, itulah dia ciptaan dari sang Maha Esa. Sempat aku bertanya pada ibu di manakah ayah pergi dan masih belum pulang lagi lalu ibu menjawab pertanyaan ku itu. Ibu berkata ayahku pergi ke pekan untuk membeli barang-barang dapur dan kelengkapan lain. 

     Ku lihat juga wajah ibu yang agak kerisauan menantikan kepulangan ayah namun ibu pandai melindungkan segalanya agar aku tidak perasaan apa yang tersirat diraut putih wajah suci ibu. Sambil menunggu ayah, ibu membuatkan aku secawan teh yang mana sehingga hari ini air teh buatan ibulah yang ku anggap terbaik di dunia. Air teh yang dibuat ibu itu ku hirup perlahan-lahan kerana masih suam, sementara menunggu kepulangan ayahku.Waktu itu sudah berganti malam. Setelah agak lama kami menunggu ketibaan ayah. Akhirnya dedaun pintu di ketuk. Ayah memanggil ibu dan pintu dibuka. Saat itu ayah membisikkn sesuatu di telinga ibuku lantas terukir senyuman diwajah ibu. Barang-barang makanan yang ayah bawa itu telah diletakkan ibu di dapur dan aku juga turut membantu.

          Kami sekeluarga menunggu untuk makan malam bersama dan pada malam itu ibu telah menghidangkan kami makanan yang sedap-sedap. Aku menjamahnya dengan tergesa-gesa. Ayah menegur aku katanya “nanti tercekik pulak makanan tu. makan dengan sopan dan jangan gelojoh”. Sedang asyik menjamah masakan ibu tadi timbul pula persoalan tentang apa yang dibisikkan ibu tadi. Bertubi-tubi soalan menusuk dibenak fikiranku namun tidak mampu ku luahkan dengan kata..ahh.., aku biarkannya seketika biarlah jawapan itu hadir pada hari esok. Ku rasakan begitu panjang malam untuk beralih ke waktu siang. Lakaran mindaku masih timbul pelbagai persoalan tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Aku terbaring keseorangan ditemani kelambu usang dan bantal busukku dan ku cuba lelapkan mata perlahan-lahan.

          Keesokannya, sedang asyik dalam lamunan aku dikejutkan dengan bunyi deruan enjin motosikal di halaman rumahku. “Siapalah yang datang pada waktu pagi sebegini. Aku nak tidur pun susah,” marahku memendam rasa. Kemudian bunyi itu kembali lagi menerobos masuk ke halwa telinga ku, aku terus bangun dan menuju ke halaman rumah, oh..rupa-rupanya ayah sedang menghidupkan sebuah motosikal baru. Aku terus berlari mendapatkan ayah dan aku bertanya, “motor siapa ni ayah?” Ayah menjawab, “inilah motor kita”..kalau tidak silap aku motor itu berjenama YAMAHA dan modelnya aku tidak ingat tapi yang pasti bukan YAMAHA LC 135 yer... Ayah terus memberitahu aku motor ini di beli untuk kemudahan kami sekeluarga dan ayah juga berkata tidak lama lagi aku akan menginjak ke alam persekolahan jadi mudahlah bagi ayah untuk menghantar dan mengambil aku ke sekolah nanti. 

     Rupa-rupanya inilah yang dibisikkan oleh ibu malam tadi. Aku juga gembira kerna rezeki ayah dan ibu semakin bertambah hari demi hari. Berkat kesungguhan dan kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil. Namun jauh di sudut hatiku  terpancar sedikit kesedihan kerana basikal yang ku idam-idamkan masih belum tiba. “Erm..biarlah ayah membeli keperluan yang penting dahulu nanti suatu hari tentu ayah akan membelikan aku basikal baru”, pujukku untuk menyedapkan hati yang seakan sepi ini.

          Lupakan sebentar coretan aku dan basikal, terkenang pula tentang kegemaranku semasa kecil. Memandangkan aku begitu berminat dengan haiwan aku suka membela binatang, aku juga gemar bermain lastik. Setiap pagi aku dan kawan-kawan selalu berjalan ke kawasan kampung untuk mencari sasaran dan antara sasaran kami ialah  burung. Antara pakar melastik burung adalah aku. Aku dianggap ketua atau `tekong’ oleh rakan-rakanku. Pada ketika itu lastik kami hanyalah buatan sendiri dan masih banyak kekurangan lagi walau bagaimanapun untuk melastik burung-burung kecil sudah memadai dengan lastik buatan kami itu antara burung yang selalu menjadi sasaran kami ialah burung murai, burung kedidi, burung kelicap dan burung merbah. Masa itu kami tidak memikirkan nilai kemanusiaan yang ada pada diri kami, yang kami tahu hanyalah untuk  berseronok sahaja, pernah sekali aku melastik sepasang burung kelicap yang sedang bertenggek di atas ranting pokok, dan terkena pada seekor burung itu dan ia jatuh ke tanah.

      Sempat ku merenung ke arah pasangannya yang hanya mampu melihat dari atas pokok dan tidak bisa melakukan apa-apa kerna ia hanya seekor burung yang tidak mempunyai akal seperti aku. Mungkin pada waktu itu aku tidak merasai kesedihan yang dialami oleh burung itu akibat kehilangan pasangannya. Sang burung itu sudah tentu meratapi pemergian pasangannya..kuntum-kuntum yang dulunya mekar berseri..kelopak gugurnya berderai..Mungkin mereka boleh diibaratkan seperti kelicap dua sejoli dan aku menjadi penghalang dan pemutus cinta suci mereka. Ah..kejamnya aku..tapi aku hanya kanak-kanak yang hanya mampu berhibur dan dan masih tidak mampu memikirkan baik dan buruk atas setiap tindakan ku itu.

          Demikian coretan tadi, kini ingin ku luahkan pengalaman ketika aku mula-mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan seawal usia 5 tahun lagi. Aku mendapat pendidikan awal Prasekolah di Taska Teluk Medan. Di Situlah aku mula mendapat pendidikan formal dan sebelum ini hanya keluargaku sahaja yang menjadi guru kepada aku. Iyalah selama ini semuanya ibu ada di sisi dan senantiasa membantu aku apabila aku memerlukan pertolongan dan kini aku perlu berdikari sendiri untuk menguruskan kehidupan ku di tadika. Saat mula pendaftaran di tadika aku melihat pelbagai peristiwa yang berlaku, ada kawanku yang tidak mahu melepaskan ibunya pergi dan ada pula yang tidak mahu turun dari kenderaan keluarganya. Ku tersenyum melihat gelagat mereka. 

     Mujurlah aku sudah dididik sedari kecil untuk berjauhan dengan ibu dan ayahku jadi aku tenang sahaja bila ayahku menghantar aku ke tadika. Sejenak hatiku di hambat perasaan terharu tatkala mengenangkan persiapan ibu untuk membantu aku ke tadika. Pada waktu itu aku begitu teruja untuk ke tadika sehingga aku yang mengejutkan kedua ibu bapaku tidur. Seingat aku air kolam di rumah begitu sejuk jadi kau meminta ibu supaya menjerang air untuk aku mandi jadi kuranglah sedikit kesejukan itu. Selesai sahaja aku mandi aku dipakaikan dengan baju sekolah yang baru dan ibu menyisirkan rambutku dengan penuh kasih sayang dan saat itu dapat ku tatap wajah seorang ibu yang penuh dengan pengorbanan dalam membesarkan aku.

Benarlah kata pujangga ‘hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula menentukan kebahagiaan.’        

Monday, December 27, 2010

kAnTOi.....

Kantoi
            Salam pertemuan buat sahabat semua..untuk kali nie abg mat nat cerita tentang zaman sekolah..ni mmg abg mat xboleh lupa..selalu menggamit kenangan silam…tajuk nie bukan nak tiru lagu saudari ZEE AVI yer..nie kisah abg mat dengan kawan2..hehehe..harap sahabat semua enjoy..
Kalau xsilap abg mat nie kisah mase form 4 kot..kisah nie…pasal belajar ler..ok masa sekolah menengah dulu abg mat ambik aliran agama..12 subjek..tapi keputusan spm..ok gak..kalau setakat nak jadi polis n askar tue dah lepas..hehe..ok antara subjek yang a.mat ambik erm…subjek CHEMISTRY..atau Kimia..sebenarnya a.mat xberapa reti sangat subjek nie..matematik tambahan lagi best tau..subjek kimia nie di ajar oleh seorang guru wanita berbangsa Cina..nama dia puan Yew..strategi pembelajaran beliau..pergh…semua pelajar xbrani tido oo..heehee..n kerja rumah memang ramai.hak3..

Ok apapun abg mat nak ucapkan ribuan terima kasih kepada puan YEW kerana sudi mengajar a.mat ilmu kimia nie..mmg best..share2 yer cikgu..a.mat kat kelas ada 2 orang kawan rapat..dan sampai sekarang kita org still contact n ada jer aktiviti nak buat kalau masing2 da lik kampung..nama kawan abg mat nie Amir dan Afiq..dua2 dah berpunya tau..tapi a.mat jer masih solo..hehee..ada sapa2 ker yang…..hehhe…eh2 sambung balik k..pada suatu hari tue..a.mat dan kawan2 rasa malas nak pergi kelas n dalam hati nak ponteng kelas..kelas kimia lepas rehat…kerja yang teacher bagi tak siap lagi..nak plagiat kat kawan da xsempat..kebetulan plak masa tue ada cikgu len minta tolong kejap untuk setelkan borang apa ntah..n dia perlukan lebih kurang 3 0rang..ha cukup2..masing2 pandang2 jeling2 n kami setuju..a.mat ada alasan x masuk kelas hari nie..hhee.. padahal takut xsiap kerja..ish3

Kitaorang pun tolongla cikgu tue..waktu  kimia pun da on..masing2 berdoa pada ilahi moga dilindungi ..tengah rancak tolong cikgu tue sambil bergurau senda…al-maklumla…cikgu baru,,muda lagi..kena plak belum kawen…perempuan ..bukan laki la!!! hehehe…masing2 buat2 rajin kunun..hihii..tiba2 kejadian yg xdisangka2 kawan sekelas a.mat datang la bilik guru..ingatkan membawa khabar gembira kelas kimia batal..rupanya khabar duka..heeee..Puan Yew panggil kitorg..a.mat ckap da bgtau kat dia melalui kwn..tapi dia sruh a.mat n the gang dtg kelas gak…dengan rasa ketakutan dan kecuak an..kitorg melangkah pergi dan membiarkan cikgu tue mlakukan kerjanya seorg diri..

Sampai jer di makmal Kimia..a.mat tengok semua kwn2 senyap jer..sayu jer kelas tue..papan putih masih kosong…cari di mana puan yew berada tengok2 di meja belakang sekali..tapi ada pulak dua orang budak perempuan junior kat situ…diorang buat ap ntah dengan puan yew ..ah.sudah..nie boleh jatuhkan saham a.mat nie..puan yew panggil dengan nada yang menakutkan..kitorg bertiga berjalan sambil bersalawat..dalam hati la…harap-harap semua ok..hehehee pastue kitorang  tiga2 menghadap dia..ok.. sesi ceramah agama bermula…dushhhh…pom…..pungpang.pungpang…tutttuuu….awk.tttttutttuuuuu….saya…tuuuuttttttt,….dushhh!!!!!..hampir setengah jam ditarbiah kami diberi surat amaran oleh puan yew..dia ckap nak bagi kat guru disiplin..hmm apala nasib kitorang nie baru jer sekali nak belajar ponteng kelas tapi da kantoi..abg mat rasa yang tue la kali pertama dan terakhir a.mat ponteng kelas..xberani dah weh..banyak nasihat.yang puan yew kasik.
.
Lepas  habes crmah tue..dia start lik mengajar..kitaorang dudukla satu meja..pastu afiq bisikla kat telinga a.mat…dia ckap “oi..husairi ,masa teacher jerkah(sergah) kita tadi..aku terkejut sampai terkentut..nasib baik dia xdgr..kalu x kena aku”..apa lagi gelak besar la a.mat dgn amir…pastu …teacher panggil lagi..dia tnya knp gelak..a.mat coverla..kata amir pakai seluar koyak..dkat bahagianb depan..habes satu kelas gelak,,,puan yew cover gelak..pastu dia sruh kitorang ketuk ketampi 10 kali..hehe..mmg lucu..yang amir nie serba salah nak turun ke tak..mmber ingatkan sua dia betul2 koyak..heehe..xpala..di akhir kelas..puan yew panggil balik kitorng…ingatkan nak sambung diskusi agama..sekali dia bagi nasihat..kali nie lembut jer..sedih plak dengar..pastu dia ckap sirat tue dia saja buat gempak jer..heehee..kitorg pun minta maaf kat dia n kembali bergurau..teacher…Yew mmg best..walau garang tapi friendly..nak tau ker result kimia a.mat???ish…xperla…ok kawan tq…jumpa lagi!!!
korang cari la sendiri gambor amir n afiq yer..


Tuesday, December 21, 2010

ABANG Mat StORy

Salam  buat sahabat semua…maaf yang hari nie abg mat agak lambat memasukkan en3 terbaru..al-maklumla..baru sahaja pulang ke kampung…hihihi..home sweat home..sebenarnya bayak cerita hot…yg abg mat dgr…kat kampung nie..tapi yang tue nanti dulu yer…nie nak crita masa on the way nak balik kampg…abg mat nik train..perjalanan di jadualkan pukul 11.20 mlm…abg mat minta la tlong..kawan hantarkan..dalam perjalanan ke KTM..hampa tau ke KTM ap benda???lantaklah..dia boleh plak sesat..padahal Bandar tanjung Malim tue…bukan jauh mana pun…abg mat tengok jam da pukul 11.15..jiwa da gundah..hati da resah..tapi nasibla sampai..jugak..ok da sampai KTM..dlm pukul 11.19 kot…ingat da terlepas train…hmm…xbalik la nanti…duduk punya duduk..tunggu punya tunggu ada pengumuman dari brother KTM TUE..dia ckap train ke Buttworth akan tiba pada pukul 12.00..mlm…harap bersabar…korok….dlm tiket kul 11.20..tapi jalan kul dua belas..biasalah KERETAPI TANAH MELAYU….

Tapi  xperlah..masa menunggu di hentian tue..abg mat sempat jeling2 pandang2 ragam manusia..tiba2 timbul story baru nak kasik kat korag..hehehe…abg mat tengok kat hentian tue ada 3buah keluarga bahagia..jenis yg rock..alim..n santai..hehee..tapi semua ada budak kecik..ohh..lupa abg mat mmg suka budak kecik…soronok main dengan diorang…ish..boleh jadi abi mithali nie..hihihi.ok kita sambung lik..ada satu family nie..ada anak dara…ha jgn piker bukan2 yer..bukan niat nak tengok pun..tapi tertengok…jer..apa yg  abg mat nak crita nie tentang pakaian dia la…dia pakai tudung…pakai baju pakai seluar…tapi apa yang menarik pandangan abg mat..eh silap tapi ap yg a.mat musykil…saiz pakaian yg dia pakai tue..abg mat rasa bukan saiz S dah tapi saiz A…hehehe ad ker? Suar dia,, abg mat da xboleh nak banding mana seluar mana kaki…coz sama colour…ASWAD..colour dia..eh ni bukan kutuk tau..nie curahan rasa dari jiwa sya..ok..xperla harap2 dia berubah..sama2 kita doa yer…abg mat tengok plak satu family nie…ada sorang anak teruna plak…rambut..ala2 sam bunkface…kulit ala2..arwah M.Jackson sebelum buat pembedahan plastic..n mulut..mcm Angelina jolie kot..wah…gitu…tapi abg mat tengok jenis sluar sama jer mcm anak dara tadi…kecik dari atas sampai ke bawah…ish selesa ke dia pakai?abg mat lelaki tahula…tak ke menggangu sesuatu…xper kot..dia mmg dah biasa kot…

Satu family lagi..kali nie abg mat seronok tengok..dari ayah sampai anak..yang muslimat cantik bertudung dan uang muslimin…molek berkopiah..anak kecik diorang semua dah diterapkan degan pakain Islam sedari kecil lagi..eh napa ayat skema plak nie..xpe ae…tapi abg mat respect kat family tue..didik anak2 diorang..hmm,camnerla abg mat..nanti bila dah ada anak,,harap isteri-isteri abg mat…eh…bnyak plak..harap isteri abg mat dapat berikan didikan yang terbaik untuk anak2 a.mat…nanti ..ihhihi..erm… eh kawan..abg mat        


bukan kata family yang dua lagi tue x bagus yer…tapi terpulang kepda family tue tntang cara didikan ank2 diorang..

Syukur..sangat bila Allah kurniakan kita tubuh badan yg sempurna..kita melihat..dan dpt sma2 mengambil pengajaran tentang stiap ciptaan Alllah ini..sebelum a..mat undut diri..abg mat minta maaf yer..kalau bahasa yang digunakan tadi xcapai standard piawaian ISO..heheehe..sama2 kita nasihat menasihati..tue..cerita luar train dalam train..ada lagi…xperla..kita noktah sini dulu yer..salam 1malaysia..!!!!
                                  (DUA GAMBAR DI ATAS ADALAH SEKADAR GAMBAR HIASAN)                                            

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...