Labels

Pages

Followers

Saturday, September 26, 2009

2826 TAHUN LALU abad ke 4

(Socrates dihukum mati dengan cara dipaksa meminum racun dan kata beliau"yang arif tuan hakim,aku hanya spesis lalat penggangu yang diberikan kepada negara oleh tuhan,Bukankah negara memerlukan seekor lalat seperti ini kerna negara ibarat sapi besar yang lembap pergerakannya disebabkan saiznya yang besar dan kerana itu, penternak perlukan pengganggu agar pergerakan lalat itu tidak statik...)inilah dia perlunya pembangkang dalam setiap pentadbiran..kerna ianya ibarat pemerhati yang senantiasa peka dengan kemaslahatan kita...

Friday, September 25, 2009

cinta giler


Cinta Itu Menyakitkan?

Mei 21, 2008
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
Dipetik dari Legolas’s Blog

cinta

Lets talk about love...SALAM buat sahabat2 di sana..cinta kadang-kadang membuat kita tertawa kadang-kadang membuat kita bahgia,kadang-kadang buat kita gembira dan ceria..namun kehebatan kalimah yang bernama CINTA ini mampu membunuh sesiapa yang tersilap menjangkaunya..andai cinta tersilap digapai ia akan membawa kepada sengSARA,derita dan merana..CINTA pada manusia tak pernah dirasai buat hati yang sudah dikecewa..namun cinta padaNYA..yang akan membawa bahagia hingga ke hujung dunia dan syurga yang INDAH ianya akan tersemai..buat sahabat..berhati-hatilah memilih cinta,hubungan yang terbina lama bukan tiket untuk ia berkekalan..andai tersilap langkah ianya kan hancur berkecai bak kaca yang berderai jatuh ke lantai..kita berbicara soal cinta dengan pasangan,namun adakah dia benar-benar mengerti kejujuran dan keihklasan kita..adakah dia benar-benar memahami diri dan peribadi kita..sahabat sekali lagi ku ingatkan cinta di awal usia ini penuh ranjau dan berduri,bahagia yang dikecapi itu tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki..peliharalah ia dengan rasa ketulusan hati..kerna CINTA IBARAT duri yang boleh menusuk di sanubari..jangan sekali kita jadikan cinta untuk menyemai benih-benih maksiat,untuk menabur baja-baja zina..awas dan waspada dengan CINTA..BAK kata titipan=ingat2lah sahabat hidup cuma satu kali,ingat mati,sakit,saat kau sulit...berapa dosa kau buat berapa kali maksiat...ingat2lah sahabat ingatlah akhirat..akhirul kalam..CINTA YANG ABADI DAN TULUS MURNI HANYALAH KEPADA ALLAH,RASUL DAN KELUARGA TERCINTA....

Friday, August 7, 2009

Salam....di hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai masalh baru..penyakit berbahaya kian parah menular di bumi Malaysia..ayuh teman berdoalah pada Yang Esa agar kita aman makmur dan sentosa.Gelodak perpecahan kian parah taktala bumi Islam sentiasa dibanjiri dengan darah,bersatulah kita membina ummah..agar hidup senantiasa mahabbah ..setitip peringatan buat kita semua....

gambar bersama DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK......

Sunday, July 19, 2009

DOAKU BUAT IBU

Ibu,terima kasih kerana sudi memberi ruang kepada anakmu untuk berada di dalam rahimmu..9 bulan kau bertarung nyawa untuk melahirkan aku..namun kau tetap tabah menanti kesakitan dan kesabaran..demi anakmu yang masih kecil..menangis-menangis taktala ku berjaya keluar melihat dunia..senyuman mu yang terukir sehingga ke hari ini tidak pernah ku lupakan..ibu...doaku buatmu moga dikau tabah dalam membesarkanku dan melihatku berada di puncak jaya..andai jantung ini berhenti berdetak wahai ibu,andai nadi ini berhenti berdenyut,andai mata ini berhenti dari melihatmu,andai tangan ini sudah tak terdaya tuk menggenggam erat tanganmu....ku mohankan seribu keampunan dan kemaafan darimu wahai ibu...setitis air mata yang telah kau korbankan untukku tidak mampu ku balas dengan kata-kata..TERIMA KASIH IBU..ikhlas dariku

Saturday, July 18, 2009

Kenangan Pidato BPR 2008



Pidato BPR didik pelajar bebas rasuah



Oleh HAMDAN TAWADI


Dr. Mashitah Ibrahim (empat dari kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaafar (lima dari kiri) bersama para pemenang Pertandingan Akhir Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti peringkat kebangsaan 2008 di The Zone, Hotel Regency, Johor Bahru, baru-baru ini.
- Gambar RAJA JAAFAR ALI
________________________________________

JOHOR BAHRU 28 Okt. - Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti peringkat kebangsaan yang dianjurkan Badan Pencegah Rasuah (BPR), di sini baru-baru ini merupakan satu usaha BPR menjadikan pelajar sebagai golongan sasar untuk didekati bagi melahirkan masyarakat yang bebas daripada rasuah.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pertandingan itu diadakan di peringkat sekolah menengah memandangkan ia adalah sebuah institusi pendidikan yang penting bagi membentuk dan melahirkan masyarakat berintegriti tinggi dan membenci jenayah rasuah.
Katanya, pelbagai usaha juga telah dilaksanakan oleh BPR dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan generasi muda dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan mengenai aspek pencegahan rasuah.
"Topik antirasuah merupakan antara topik atau isu penting yang diajar dalam beberapa mata pelajaran penting termasuk Pendidikan Islam, Sejarah, Bahasa Melayu dan Pengajian Am.
"Ia diajar dan didedahkan sama ada di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi," katanya di sini baru-baru ini.
Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti peringkat kebangsaan diadakan selama tiga hari bermula 21 Oktober lalu di The Zone, Hotel Regency dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Pertandingan yang dianjurkan sejak 2002 itu, buat julung kali diadakan di luar Putrajaya mendapat penganjuran dari BPR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Pada tahun ini juga, buat pertama kali pertandingan pidato turut diadakan dalam bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan Dusun di Sabah dan Iban di Sarawak.
Johan bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil manakala naib johan menggondol RM750 dan tempat ketiga mendapat RM500.
Sementara itu, Ahmad Said berkata, pelajar wajar menyedari, rasuah mampu memberi kesan kepada proses pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, justeru jenayah itu perlu diperangi habis-habisan.
Dalam hal ini, beliau berkata, pihaknya tidak mahu melihat soal ketirisan berleluasa dalam projek-projek pembangunan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pegawai yang diamanahkan.
"Keadaan itu menyebabkan pembangunan infrastruktur seperti hospital, sekolah, jalan raya dan sebagainya terbengkalai atau dibina tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan hingga keselamatan orang ramai terjejas," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pengalamannya semasa berada di luar negara khususnya di beberapa negara di Afrika dan negara-negara jiran, jenayah rasuah menyebabkan rakyat hidup sengsara dengan jurang antara penduduk yang kaya dan miskin, sangat luas.
Katanya, walaupun sesetengah negara itu kaya dengan sumber alam, namun pembangunan infrastruktur terlalu mundur seperti jalan raya, sekolah, hospital dan kemudahan awam tidak dibangunkan secara teratur.
Menurut beliau, rakyat di situ terpaksa merempat di bawah jambatan dan hidup umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
"Kesannya, rakyat memberontak kerana tidak puas hati dengan kerajaan yang ada dan berlaku perang saudara, pembunuhan beramai-ramai serta saling tidak mempercayai antara satu sama lain," katanya.
Sehubungan itu, katanya, rakyat negara ini amat bertuah kerana mempunyai kerajaan yang berwawasan jauh dengan menubuhkan BPR selepas 10 tahun negara mencapai kemerdekaan berbanding negara lain yang lambat bertindak untuk menangani rasuah.

Sunday, July 12, 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...