Labels

Pages

Followers

Thursday, September 12, 2013

Cikgu, Jom Couple!



Bingkisan cinta aku dan dia.....^^

"Cikgu, saya suka dia la. Tudung labuh, muka cantik dan sejuk je mata memandang."

"Suka je kan? Takda perasaan lain kan"

"Setakat nie perasaan saya masih terkawal cikgu"

"Suka dalam diam lagi baik daripada terus terang kepada tuan empunya diri"

"Tapi cikgu...saya takut dia sudah berpunya"

"Apa nak ditakutkan memang dia sudah berpunya hatta kamu dan cikgu pun sudah berpunya."

"Eh, cikgu nie meleTop la..mana cikgu tahu dia sudah berpunya?"

"Bukan dia tapi kita. Kita kan kepunyaan Allah. Betulkan?"

"Hehe..betul cikgu. Maksud saya dengan manusia"

"Manusia itu Allah yang ciptakan bukan?Soal jodoh, ajal Allah sahaja yang mengetahuinya. Ingat, Jodoh itu milik Allah. Apa nak digusarkan jika dia sememangnya milik kamu. Sabarlah dalam bersabar ye?Utamakan apa yang patut diutamakan."

"Tapi cikgu...kadang-kadang dia hadir dalam mimpi-mimpi indah saya. Adakah itu dinamakan cinta cikgu?"

"Amboi pandai kamu berbahasa"

"Taklah cikgu, sekadar membuka bicara, Hehe."

"Itu bukan cinta tapi datang dari nafsu yang menggoda!"

"Maksud cikgu?"

"Semua itu berkaitan hati dengan perasaan. Cinta itu juga adalah sebuah perasaan. Kita tidak boleh menyekat rasa cinta yang hadir itu tetapi kita boleh mengawal kerana cinta itu bukan sekatan tetapi kawalan."
"Owh..sekarang nie saya perlu kawal diri la cikgu?"

"Bukan. Kawal hati. Apabila kamu mampu mengawal hati, diri kamu juga akan turut berada di dalam kawalan.Boleh cikgu tanya kamu satu soalan?"

"Antara cinta dan pemberi cinta yang mana harus kita cintai?"

"Alamak,hehehe.Cikgu cuba memerangkap saya ye?"

"Taklah, cikgu sekadar membuka tingkap di hati kamu sahaja. Jadi jawapannya?"

"Mestilah pemberi cinta itu yang harus kita cintai yakni Allah."

"Baguslah jika kamu sudah faham."

"Insya Allah cikgu, tapi jika soal jodoh cikgu?"

"Baiklah sekarang bukan soal jodoh yang cikgu nak utamakan tetapi persoalan tentang jodoh itu yang cikgu nak kongsikan kepada kamu."

"Wah menarik nie. boleh cikgu ustaz ceritakan dengan lebih lanjut?"

"Jodoh itu milik Allah, kita berusaha mencari tetapi Allah yang menjadi penentu siapa sebenarnya insan yang akan bertakhta pada diri dan sanubari kita. Jodoh itu sebahagiannya kita yang cari dan Sebahagian lagi dari Allah. Tetapi percayalah jodoh yang datang dari Allah itu adalah yang sebenar-benarnya kerana apa? Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya."

"Erm..begitu..rupanya." 

"Ramai orang lupa tentang proses pemilihan jodoh itu. Ramai yang memilih rupa daripada akhlak yang ada pada jiwa mereka. Jika hanya memilih rupa yang cantik sahaja maka hanya cantik yang akan kita tatap tetapi soal lain mungkin tidak."

"Kenapa cikgu berkata begitu?"

"Di dalam pemilihan jodoh kita perlu faham kerana insan yang kita pilih itu bukan sahaja akan menjadi isteri atau suami kepada kita tetapi apa yang paling penting ialah mereka juga akan menjadi ibu atau bapa kepada anak kita nanti. Proses pemilihan awal yang baik akan menentukan pengakhiran yang baik. Insya Allah pemilihan jodoh yang baik akan melahirkan zuriat yang baik."

"Owh..kalau begitu fahamlah saya. Baiklah cikgu, sekarang masa saya untuk mengejar cita-cita. Insya Allah. Tidak perlu dikejar kerana Allah sudah mengaturkannya. Saya tidak akan merosakkan perancangan Allah."
"Erm..cikgu boleh saya tanya satu lagi soalan kepada cikgu?"

"Silakan"

"Cikgu dah berkahwin?Cikgu sudah ada berapa orang anak ye?"

"Baik. Untuk soalan itu cikgu tidak mampu menjawabnya.^^ "

*********************************************************************************

KISAH CINTA AKU DAN DIA -PART 2

"Cikgu, kenapa lelaki suka minta kapel dan perempuan pulak suka minta putus?"

"Eh, mana kamu dapat teori ni?"

"Tadala cikgu, ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan saya dan saya sendiri. Hihihi"

"Apa yang kamu faham tentang cinta?"

"Erm..cinta ye cikgu..cinta...cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta cikgu."

"Wah, hebat kamu berfalsafah tapi saya macam pernah dengar ayat nie."

"Ayat-ayat cinta cikgu. Cikgu tengok je muka saya ni macam gangster tapi dalam hati ada taman cikgu"
"Salah! Bukan dalam hati ada taman tapi dalam hati ada Allah."

"Baik cikgu"

"Ni kuat sangat pengaruh DVD ni..jangan buat lagi ye nanti mak marah.Kamu rasa siapa yang memberi rasa cinta itu?"

"Sudah tentu Allah. Betulkan cikgu?"

"Betul. Allah yang memberi cinta dan sekarang dan selamanya kita harus mencintai Allah dahulu. Boleh kita mencintai makhluk tetapi hanya kerana NYA."

"Erm. cikgu masih belum menjawab soalan saya tadi.."

"Soal sekarang bukan lelaki atau perempuan. Soalnya bukan siapa tetapi apa yang menyebabkan perkara itu berlaku."

"Amboi..cikgu sejarah memang suka bermadah ye"

"Taklah..cikgu sejarah suka berada atas sejadah"

"Erk. Pening"

"Kamu dengar sini apa yang cikgu nak kongsikan..sebenarnya di dalam perhubungan penuh ujian. Cinta itu indah dan diperindahkan lagi oleh orang yang bercinta. Tetapi harus diingat cinta yang bagaimana. Salurannya untuk apa dan kerana apa. Cinta itu tanggungjawab bukan untuk melepaskan nafsu kamu yang tengah meluap-luap itu."

"Andai ketika dalam perhubungan pasangan kita itu tiba-tiba mengungkapkan ingin putus atau clash hanya ada satu sebabnya. Nak tahu apa sebabya?

"Mestilah nak cikgu?"

"Sebenarnya jika lelaki atau perempuan apabila mereka tengah berkapel dan tiba-tiba sahaja ada diantara mereka minta putus dan memberikan alasan hendak berubah kerana Allah, tidak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran atau sudah tidak ada lagi keserasian dalam perhubungan itu hanyalah sekadar ALASAN. Saya ulang sekali lagi itu hanyalah AlASAN. Sebab yang utama ialah mereka sudah JEMU. JEMU itulah yang menyebabkan mereka mencipta alasan.

"Ada benarnya apa yang cikgu katakan itu"

"Bukan ada benarnya tapi itulah kebenarannya yang nyata."


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...