Labels

Pages

Followers

Saturday, April 23, 2011

Aku bukan cemburu...

Aku bukan cemburu

Sudah tersingkap tirai semalam
Dalam bahtera pelayaran yang semakin kelam
Aku terpana saat hati mula terbungkam
Mencari kebenaran dalam persoalan yang terdiam

Bukan untuk menguji keyakinan mu terhadapku
Tapi mecoret secebis rasa yang dulu
Yang pernah kita ungkap dalam janji merindu
Yang takkan kita mungkir walau lagi kita tidak bertemu

Maaf.. bukan hati merasa cemburu
Tapi curiga dengan apa yang berlaku
Adakah takdir sudah tercatat begitu
Ataupun kau sengaja mengubah lagu

Hancur sudah harapan dihati ..
Melodi indah yang bergemersik seakan mati
Seakan menjadi sunyi  dan sepi
Terbiar kaku disetiap jiwa sanubari

Izinkan jiwa ini melangkah
Bukan pergi untuk menyerah
Tapi ingin mencoret memori indah
Agar kenangan dulu tidakkan kembali membarah


Tuesday, April 19, 2011

SECANGKIR KATA BUAT IBU…

SECANGKIR KATA BUAT IBU…

IBU…
KASIH MU SETULUS HATI
CINTA MU TIDAK BERBELAH BAGI
SENYUMANMU SENTIASA TERUKIR SERI
NASIHAT MU SENANTIASA MENITI ABADI..

IBU..
KASIHMU SESUCI CINTA ILAHI
AIR MATA MU SEMULIA TITISAN EMBUN PAGI
JIWA PUN KENTAL MENDATANGI HARI-HARI
KERINGATMU SENANTIASA DI KERAH DEMI REZEKI

IBU..
PERJUANGANMU TAK MAMPU KU BALAS DENGAN KATA
TAPI AKAN BUKTI DENGAN USAHA DAN DAYA
BUAT PENGUBAT PENGORBANAN MU DI DUNIA
AGAR CINTA ANTARA KITA KAN TERUS KEKAL TERPAHAT DI SANA

IBU..
TERLALU BANYAK KERINGAT YANG KAU HADIAHKAN DALAM MEMBESARKANKU
KESAKITAN DEMI KESAKITAN YANG KAU TANGGUNG SEDARI AKU DALAM KANDUNGANMU
NAMUN SEDIKIT PUN KAU TAK PERNAH MENGELUH DAN BERHATI SENDU
BAHKAN KESYUKURAN YANG SENTIASA KAU PAHATKAN DALAM MERINDU KEJAYAAN ANAKNDA
 MU..


DUHAI IBU..
INSAN INI DALAM PERJALANAN HARI
INSAN INI MEMINTA SETULUS DOAMU UNTUK DIBERKATI
MOGA DITABAHKAN HATI UNTUK KU TERUS BERJUANG DI LANDASAN INI
ANDAI KU GUGUR DAHULU DI JEMPUT SANG ILAHI
KAU KUNTUMKANLAH DOA BUATKU BAGI PENYERI HARI-HARIKU DAN DIBERI RUANG UNTUKKU MENGISI SINGAHSANA FIRDAUSI…

Mengapa begitu cepat kita menghukum??????


Salam sahabat..maaf sudah lama tidak m’update blog ini..sebenarnya penulis begitu sibuk menghadapi peperiksaan akhir sem…harap semua sahabat doakan kejayaan penulis yer…AMEEN.. Tajuk Nampak macam gempak jer..hee..sebenarnya sy ingin berbicara soal cinta.. boleh?? Apa nie asyik2 cinta…asyik2 cinta…sabo jerla..ala tu kan lumrah remaja…baik… saya agak begitu terkilan dengan tanggapan sesetengah dari kita yang menyalah tafsir erti cinta…erm…kadang-kadang cepat benar kita menghukum seseorang itu..awak tue couple…hati-hati la dengan persekitaran ye..bak kata ayat yang selalu sy dengar..cinta tue lumrah manusia..bercinta berlainan jantina itu normal tetapi bercinta sesame janti itu xnormal…kadang kita melihat mereka sekadar kawan sahaja..soal cinta itu hanya di antara dia dan insan yang berkawan dengannya sahaja tahu..kita nie dengar dari sebelah pihak..terus menghukum…kata mereka tengah hangat bercinta..pastue mulala nasihat segala..begitu dan begini..ya saya akui nasihat itu penting..tapi biarlah diri sendiri yang tahu dan menilai..kadang-kadang nasihat panjang berjela kalau hati sendiri tak terjentik untuk sedar tak berguna jugak

Yang saya pelik kawan-kawan seangkatan..yang cuba menghangatkan kisah Cinta antara dia dan dia..entah betul entah tidak..suka sangat jaga tepi kain orang…bila sebelah pihak yang mendengar mulalah di salah tafsir..cakap macam2…terkejut beruk, marah..dan macam2 lagi..saya tertarik untuk berbicara soal ini kerana..kita nie hanya mampu bercakap sahaja..tetapi diri sendiri belum tentu sempurna…lucu bila kita mendengar nasihat seseorang  itu..berkenaan cinta..tetapi di dalam blog dan fb nya..JIWANG PAROK..kah…kah..kah..nak nasihat orang kunun..tengok blog siap puisi jiwang segala..ya mungkin dia boleh kata puisi ketuhanan..cittt..pigila…berselindung di sebalik agama..saya bukan marah Cuma ingin membetulkan tanggapan seseorang..apa salah kalau kita doa mereka yang sedang berkawan baik..OOPPPPSS…bukan berkapel atau bercinta yer..moga selamat dalam persahabtan..mengikut landasan..dan aturan standard piawaian  dalam Islam..itu jer..di samping kata2 yang membina..masalah kita sekarang nie..terus tegur dan menghukum..tanpa kita bertnya face to face dengn orang itu samada ia betul ataupun tidak..


Pelawok2 orang jenis macamnie..ya mungkin mereka ada kuasa tapi perlu ingat kuasa bukan menjamin segala…kadang2 sengaja saya meletakkan status yang berunsur jiwang2 dan ingin melihat cemuhan dan kata-kata membina dari sahabt sy..hehe..komen mereka saya jiwang..OMG.. ELEH mengta orang..padahal diri tue..kah..kah..kah…lelaki nie walau ego sekeras waja tapi hati selembut sutera..itulah lumrah manusia..terlalu perasan diri itu terlampau baik..bila tengok org couple..terus hukum..’apeni…haram2…masuk neraka..dosa’…sedangkan kita hanya melihat dia hanya bercakap antara dia dan dia dengan istilah antara kawan dan kawan sahaja…erm…panjang pulok luahan kawe..apapun kita mesti betul2 kenal dan faham org itu baru kita berani untuk menegur dan INsyaAALLAH teguran kita pasti diterima olehnya…

Saya menulis luahan ini hanyalah sekadar berkongsi rasa dan bukan menunjukkan diri ini sempurna..Cuma ingin menjentik hati kita bahawa jangan sesekali kita terlalu cpat untuk menghukum…kadang2 kita melihat dia dan dia ada menulis tentang cinta..sama2 komen di fb..dan pandangan kita pulak..ish budak2 nie gatai..salah tue..ia hanyalah gurauan remaja..,macamla dia tak pernah komen fb macamtue…kita adalah kita..dan kita jangan jadi hipokrik…cakap macam2 dalam kalangan kita..tapi padahal kita yang menbuat onar segala..ish3…minta di jauhi daripada perbuatan ini..saya memohon seribu kemafaan kalau ada yang terasa dengan komentar saya ini..tapi memang itulah niat saya..supaya kita jangan cepat benar menghukum tanpa selidik sedalam2nya..fikir diri untuk kemuliaan hati…fikir peribadi sendiri sebelum mengubah diri insani..PEACE..WASSALAM..

SEKADAR RENUNGAN :

BILA MUSIM CINTA TELAH BERLALU
SEMAILAH POHON TANGGUNGJAWAB
DAN MUSIM CINTA PUN AKAN KEMBALI LAGI…

CANTIK YANG DILIHAT MATA AKAN SINAR
CANTIK YANG DILIHAT JIWA AKAN KEKAL SELAMANYA
JUSTERU…MANA SATU MENJADI PILIHANMU???

Tuesday, April 5, 2011

Andai itu takdirnya..:)


Tika pancaindera memerhati teliti
Sendu jiwa mula membungkam di hati
Sukar ia untuk ditangisi kerna amarah tlah menguasai diri
Hanya hati yang bisa bicara sendiri

Telah aku cuba selami dalam ranjau kalbu merindu
Tapi pandangan ku kabur seakan meratapi tangisan pilu
Seakan membenarkan jiwa di tusuk sembilu
Kelam nada suara di ratapan kalbuku….
Aku pasrah dalam kebungkaman yang kelu..

Bukan cuba menghalang semua
Tapi meminta untuk di punya rasa dan jiwa
Kerna bukan bahagia yangkan difikir tiba
Tapi kekecewaan yang akan meratapi duka

Andainya takdir sudah dicatat begitu
Biarkan aku diam terhenti dalam janji palsu
Tinggalkan aku dalam pasungan pilu
Bukan meminta simpati darimu
Tapi cuba bermuhasabah apakah sebenarnya silapku…


p/s..hehehehe....abgmat cuba berpuisi..main tulis jer... 

Sunday, April 3, 2011

Salahker KALAU SAYA BERTUDUNG untuk Cantik??


Teman baik merupakan teman yang senantiasa menasihati dan menegur tika ada kesalahan yang dilakukan..teman yang baik bukan hanya hadir tika kita dalam kesenangan tetapi senantiasa ada dengan ketika kita dihimpit kealpaan..dia setia menegur..meluah kata ingat agar kita tidak terus menjunam ke LEMBAH YANG DIMURKAI TUHAN..kadang-kadang pentingnya hubungan dalam persahabatan bukan hanya untuk mengubat dikala kesepian tetapi ia penawar untuk mendekatkan diri dengan Tuhan..kita perlu bantuan mereka…teman seperjuangan..ku titipkan secebis kenangan dulu buat tatapan semua…

MUSLIMIN: assalamualaikum..sahabat…ana lama xberjumpa enti..tergerak untuk jumpa..Alhamdulillah takdir Allah kita bertemu di sebuah alam pendidikan  tinggi..yer..

MUSLIMAT: Waalaikumsalam….errr…..kiter kenal ker??? (sang gadis kehairanan terpinga saat di sapa sang lelaki itu)

MUSLIMIN: eh…walau hampir tiga tahun kita terpisah ana tetap kenal enti…enti kan dulu sekolah menengah sama dengan ana pastue..lepas form 3 enti pindah…enti Nur Diana kan?ha..ana kenal la..

MUSLIMAT:oh…baru saya ingat..maafler sy hampir xkenal dulu awk lain..pakaian pun dah lain kan? Jap ae..xpayahlah ber’ ana2 dengan sy…sy xberapa selesa..dulu bolehla..heee…sory yer…kalau xsilap sy awak nie Mohd Anif kan? Orang panggil awak dulu BOB kan? Erm..dah lain betul awak nie…alim semacam jer..(kias sang wanita seakan perlian…namun wajah sang lelaki tenang dan tetap tersenyum)

MUSLIMIN: ha..ingatkan pun..awak belajar dekat sini yer?

MUSLIMAT: a’ah..eh awak buat ape datang kat sini?

MUSLIMIN: erm..saya ada program sikit..dekat u awak nie n xsangka Allah bagi saya jumpa dengan awak yer..awak kata saya dah berubah?xdala..saya biasa jer..Cuma hati jer dah dijentik sikit oleh Allah untuk jadi ‘manusia’..hee..awak saya hampir tersilap org tadi..tapi saya yakin awak orgnya..jadi saya tegurla..xperkan..saya nak curi masa awak sikit..awak ada hal ke lepas nie?

MUSLIMAT: erm…xpe..saya dah habes kelas…kenapa awak dari tadi pandang semacam jer..nie..ada yang tak kena ke dengan saya nie? Ker awak dah jatuh hati dengan saya???(usik sang wanita disebalik hati yang gusar mungkin soalan itu yang akan di tnya)

MUSLIMIN: ish…awaknie..xda apala..Cuma…Cuma….erm….

MUSLIMAT: Cuma ap?oh…nie mesti nak tegur pasal tudung saya kan? Kenapa tudung saya xlabuh dah kan?...Ala awak…sekarang nie bila masuk u…macam2 boleh jadi..kawan saya pun ramai n akak2 senior saya yg dulu bertudung labuh bila masuk u..sikit2 tudung diorang makin dikecilkan..tambh pulak sekarang nie..dah macam2 fesyen tau..ada tudung ariani, tudung mawi, tudung saji..heee..semua nie masih lagi tutup aurat kan????(jawab sang wanita seakan ingin cuba mengkias soalan yang akan di tnya nanti..)

MUSLIMIN: he he…(senyum sinis dari sang lelaki bersiap dengan peluru soalan keliru)..awak ingat tak dulu masa sekolah…awak selalu tegur saya…teguran awak tue buat saya  jadi macamnie..dulu masa awak pakai tudung labuh cantik sangat..saya berdoa dulu kalaula saya ada jodoh dengan awak..akan saya cuba jadikan awak WANITA SYURGA..walau diri saya nie…penuh dosa hina..awak…pakaian awak dah berubah sangat2..awak bimbang ae bila pakai tudung labuh nanti xda lelaki yang berminat? Pastue nanti ada orang  cop awak OSTAZAH yer? Kat u nie kan banyak dugaan..awak takut market awak jatuh ae bila pakai tudung labuh??

MUSLIMAT: eh xla…..nape awak ckp macmtue? Sampai hati…:”(…saya xpernah fikirkan macamtue..tapi..entahla…kadang-kadang saya tengok orang yang pakai tudung labuh nie lebih teruk dari orang yang tak bertudung…saya xnak jadi hipokrik..

MUSLIMIN:erm….eh awak jangan cakap macamtu..bukan semua tau..awak tahukan..menutup aurat mestilah ada dasar tauhid,kerana iman, kerana Allah. Jika kerana yang lain, maka itulah yang akan menjerumuskan wanita yang bertudung itu ke arah kemungkaran awak ingat lagi pada firman Allah dan sunnah rasul berkenaan dengan ayat kita wajib menutup aurat?

MUSLIMAT: erm..(terdiam sang wanita saat ditujah dngan kata-kata dari dia)…awak..salahke kalau saya bertudung untuk kecantikan? Bukankah Islam itu indah…

MUSLIMIN: erm…memang tidak salah awak..tapi itu bukan tujuan utama untuk menutup aurat..tujuan utama kita menutup aurat ialah untuk MENGIKUT PERINTAH ALLAH..kita buat atas dasar iman kemudian menepati kaedah syariat…mana yang patut di tutup kita tutup..labuh dan singkatnya semua mengikut ‘piawaian’ syariat agama..awak fahamkan maksud saya..macam awak kata tadi..orang yang xbertudung lebih baik dari orang yang bertudung….ok..saya bagi perumpamaan..orang yang tidak bertudung tue..umpama orang yang menunggang motorsikal dengan baik,berhemat dan cermat tetapi masih tidak memakai topi keledar…ia tetap salah di sisi undang2 dan boleh membahayakan nyawa dia di jalan raya kan????

MUSLIMAT: betul awak….erm selama nie saya cuba berubah..dan nak jadi yang lebih baik.saya rindukan pakaian saya dulu..saya rindukan peribadi saya dulu…L

MUSLIMIN: awak..panjang lagi masa dan peluang Allah bagi untuk kita berubah kan? Saya bukan alim, saya bukan ustaz..tapi saya saudara dan sahabat seagama yang sayangkan sahabatnya..dan diberi peluang oleh Allah untuk menegur sahabatnya..:)

Firman ALLAH dalam surah  An Nuur ayat 31-maksudnya :
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Firman ALLAH dalam surah  Al A’raaf ayat 26 maksudnya :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

MUSLIMAT: Awak terima kasih banyak2 yer…kerana sudi mengingatkan saya…awak doakan saya semoga saya dapat mengubah diri saya ke arah yang lebih baik yer..Ameen..

MUSLIMIN: InsyaALLAH..saya menegur sekadar yang termampu..bukan niat menghalang awak untuk berfesyen..tapi suatu masa nanti ada kebaikan yang kan awak dapat..awak ingatyer…tuhan tidak pernah menciptakan manusia hodoh..tetapi tuhan menciptakan manusia yang berbeza kecantikan…

p/s: penulis sekadar berkongsi cerita..bukan untuk menyalahkan sesiapa..tetapi sekadar peringatan untuk kita semua..hukum Allah tidak boleh dilanggar..dalam mengadaptasi dialog ini,penulis juga turut menggunakan buku TENTANG CINTA hasil tulisan Us.Pahrol Mohd Juoi..dalam menambahkan lagi perisa dan rasa dialog ini supaya lebih bersifat mendidik dan nasihat..andainya ada yang berubah dengan penulisan ini..penulis merasa amat bersyukur kepada Allah s.w.t..terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca secebis entry nasihat ini..syukran jazilan…

CERITERAKU YANG TERPENDAM...


Salam pertemuan buat sahabat semua..hari ni abg mat nk story tentang my new experience…a.mat nak pulang da ..n tinggalkan kampung halaman..kembali ke alam studi..huhuhu..tiket bas a.mat pukul 8.30 pagi..so a.mat pun tunggu la di stesen bas coz bas yang bawa a.mat blum smpai..lepas beberapa minit bas da sampai..kitorg pun bertolak…

Dalam perjalanan a.mat berdoa moga selamat sampai ke tempat yang hendak di tuju…hentian demi hentian bas tue bergerak..tol demi tol ia berkelana..hehe..sampaila di sebuah hentian ..tiba2 driver bas tue tanya..’berapa org yang nk turun di tanjung malim..lepas tue abg mat pergi dekat dia..a.mat sorg jela..erm…brother tue macam rungsing n serba salah jer..dia ckap dia xbleh masuk pekan t. malim (t.m)..sebab kena kejar trip ke k.l kemudian kena gi genting plak..ah..sudah..a.mat dia nak letak mana??? bincang punya bincang…akhir sekali dia setuju hantar a.mat dekat tol t.m untuk naik bas henti-henti ke pekan t.m.. tapi mas turun tue..a.mat sempat bergurau..tempat nie xsampai ke t.m lagi xkan xkurang harga..pastu dia macam kesian jerk at a.mat kot…dia hulur ler duit dia..a.mat menolak..tapi dia berkeras untuk bagi..ok la ambik jela..

Driver bas tue bangsa melayu..nasibla dia boleh bertolak ansur..n a.mat doakan rezeki dia bertambah murah dan sentiasa selamat ketika memandu..korang tau..kenapa bas selalu excident???? jalan rosak? Pemandu mengantuk? Kecuaian orang lain? Pemandu xberpengalaman??? faktor alam? Sebenarnya ada sebab lain..a.mat pernah bertanya sendiri dekat driver tue..dia dah lama memandu bas..otai bas nie…dia cakap..ada setengah syarikat bas yg diorg kerja bukan tetap..so diorang kerja kontrak…n xda insuran nyawa langsung kat diorang..setengah bos hanya fikir untung n tak fikir langsung kebajikan pemandu..letak dua org driver nanti diorang yang rugi…pastue kerani tue tau tulis jer..bas mana yg kosong n tak fikir trip betul2..ish..

Bila jadi pemandu bas nie diorang kena kejar trip..contoh..taiping ke k.lumpur dalam 4jam..sebelum tue kena g t.malim dulu..pastu nak kena balik ke genting ambik penumpang yang lain ..perjalanan diorang tanpa henti..rehat diorang hanya berapa minit jer..kalau lambat sampai ke tempat ambik penumpang diorang kena MAKI dengan bos..kadang kalau bawa trip sikit…sikitla pendapatan diorang..kadang2 terlampau letih terpaksa jugak bawak..nasibla ada rokok..blehla pekena sepam dua nak bagi hilang mengantuk…hehe..bila excident berlaku kita banyak salahkan diorang..tapi pernah tak kita Tanya apa permasalahan diorang ?? Diorang pun ada family nak sara..lor..ingat diorang tak sayang nyawa ker???? Kesian kat diorang..bos tau untung2 jer….tapi sapa yang bawa bas..??? diorang kata bawa bas nie waktu makan n rehat tak menentu..bro…untung-untung jugak kebajikan pekerja perlu di jaga..wah…a.mat macam Y.B da nie..nie cerita masa abg mat sembang-sembang dengan uncle yang bawa bas berbangsa India. Uncle memang cool!!

A.mat  ingat lagi masa study kat KISAS dulu..a.mat pernah naik bas tambahan..dan masa tue nak balik kampung..naik la kat stesen bas klang..driver bas tambahan nie muda lagi..bangsa kita..dlam tiket dia cakap pergi taiping..n masa tue driver bas tue tak tau lagi..dia hanya bawa jer..yang dia tahu trip yang dia bawa dari klang ke butterwoth jer..tengah dalam perjalanan tue tiba2 ad org call dia..n tiba2 bro tue macam marah2 bila bercakap dalam telefon..xperla..bila sampai stesen minyak..dia berhenti lama dekat situ ingatkan bas rosak..pastu dia teruskan perjalanan..a.mat nie kan peramah..hihi..saja gatai Tanya..kenapa bang??? Masa tue a.mat jadi luahan perasan dia plak..hehhe..dengar jela..

Dia oyak..eh dia cakap…tadi syarikat tue janji lain..da dalam perjlanan suh bawak ke destinasi lain plak..maknanye dia kena berhenti banyak destinasi..dia cakap mana bleh..kalau nak pun kena tambah la lagi rm500…dia xrugi..berbaloi ler pnt..bawa..dia ckap berhenti lama kat stesen minyak tue nak turunkan kitorang semua..nak cancel balik..tapi dia cakap..bila fikir balik…banyak kaum kita yang naik bas tue..tak tergamak plak..dia pun bawa dengan rasa berat hati…nasibla dia bawak gak..tq bro..apa2 pun harga tiket dah bayar..hehe.

Heeehe.e.. maaf yer sebenarnya tadi tue intro jer…ok pas bas tue jalan..dabg mat tunggu la utk bas henti-henti tu..tunggu punya tungu…lama gak..kat tempat a.mat parking tue..adala 2 buah kereta..n dua2 bangsa kita..first tue..dia tengok2 a.mat n terus blah jer..siap bagi ngaum keta lagi..nasibla ‘mata belalang’ a.mat tinggal kat kampung kalu tak makan asap dia..ok xper biarkan dia..ni sorang lagi bangsa kita jugak..pakai kereta persona jer dressing dua laki bini macam kaya..pakai speck..hitam..amboi..pasti lalu tepi abg mat…ingatkan nak bagi tumpang..a.mat doa2 la..tengok2 senyum siput babi jer..hehe..mungkin dia nak ke arah lain kot..xpe..a.mat xkisah..

         Tengah duduk termenung…tiba2 datang seorang insan penyelamat…bangsa kita ker???? ish…bukan… beliau berbangsa Cina…uncle tu trus tanya a.mat nak ke mana? ingatkan dia kereta sapu..tapi bukan..a.mat ckap..nak balik u..dia kata kat mana..a.mat ckpla UPSI…dia kata..ooooo OPSI…mari2 naik..a.mat ckap eh xmyusahkan uncle ker? ce…taktik2..dalam hati berdoa jer moga niat dia baik..dia memandu kereta wira aeroback warna kelabu..a.mat tak sempat nak ambik no dia..mna tau ada rezeki bleh jumpa lagi..dia ckap dia kerja salesman n asal kepong…banyak benda kitaorg bualkan..dalam hati abg mat..bersyukur sangat2..saat dalam kesusahan Bantuan dari Allah kunjung tiba..itulah adilnya Allah kepada hambanya..

        a.mat cakap hantar kat kampus dahla..dia pun  teruskan perjalanan..dan sampai kitorang di tempat menunggu bas..upsi…mase a.mat nak turun tue..dia cakap..u duduk kampus ker..a.mat cakap tak..nanti kawan dtg ambik..dia cakap oh..masuk balik..biar dia hantar ke kolej..tempat a.mat duduk..a.mat da serba salah..tapi naik la jugak..lastly a.mat selamat sampai ke kolej..baru nak bagi duit..dia xnak..jnuh hulur..last masuk dalam poket a.mat balik…teringat kata2 dia sebelum kitorg berpisag..cewahh… “wa xkisah ma..yang penting hati u mau hepi..ni taun baru kena hepi2 ooo”..tq uncle..share2..Tamat!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...