Labels

Pages

Followers

Saturday, June 18, 2011

JIKA KERNA CINTA MARUAH SANGGUP DILUPA..


 Assalamualaikum w.b.t..salam pertemuan buat sahabat seperjuangan semua..Alhamdulillah di pagi yang indah ini masih diberikan nafas oleh sang Maha Khalid untuk terus berada di muka bumiNYA ini..syukur..sahabat untuk titipan kali ini..hanyalah sekadar berkongsi rasa..meluah apa yang terbuku di jiwa dan menzahirkan dengan sedikit kata-kata..moga ini menjadi peringatan buat kita semua..Perjalanan kita dalam meniti hari begitu panjang dan lelah..tapi perlu kita ingat kemanisan senantiasa menunggu kita kerna itu janji Allah yang pasti..

 Sahabat begitu juga satu perasaan yang dikurniakan Allah kepada kita..perasaan yang dikurniakan untuk kita zahirkan kepada sesiapa yang kita kehendaki..tapi biarlah betul caranya dan menepati gayanya agar ia tidak terpesong ke lembah yang sia-sia..apakah perasaan itu??? Itulah dia perasaan rasa ingin dicintai dan mencintai..CINTA begitu besar takrifannya..dan begitu hebat dugaannya..Cinta yang sebenar adalah cinta kepada ALLAH, RASUL DAN KELUARGA…ya memang benar..tapi jangan kita lupa perasaan cinta pada berlainan jantina juga turut dikurniakan Allah..kita tidak menolak perasaan itu sewenang-wenangnya..kita bukan malaikat kita nabi..untuk menghalang semua itu…namun,perlu kita ingat apabila kita mula ada perasaan cinta pada seseorang biarlah kerna kita ikhlas untuk menjadikan dia suri dalam hati kita bukan untuk kita menyebarkan duri dalam hatinya…janganlah sesekali mempertuankan nafsu untuk benteng cinta kita kepadanya..wajah yang cantik bukan tiket untuk kita merasa kebahagiaan hingga ke akhir hayat kerna satu masa nanti wajah itu akan berubah dikit demi dikit..sahabat diri ini juga penuh debu dosa dan noda..namun terdetik untuk mengajak sahabat untuk sama2 berfikir apa sebenarnya cinta.. 

   Kita merasa alam remaja alam yang begitu panjang ranjaunya..kadang-kadang kita selalu mendengar kawan-kawan kita berbicara soal cinta..mereka bahagia dengan pasangan mereka..selalu keluar bersama..bergembira dalam ikatan yang longgar dan tiada langsung tali untuk mengawal..dan ada yang sampai terlanjur jauh..maruah yang dulunya dipertahankan mudah dikorbankan kepada insan yang bernama LELAKI..sering kaum hawa dipersalahkan…namun..kita perlu ingat sebagai kawan apa tindakan kita? Apa nasihat kita? Apa teguran kita? Apa peranan kita kepada mereka? Yang kita tahu hanya mengeluh panjang..menyalahkan semua..tanpa mengambil kira perasaan  mereka..Air mata kita yang luluh hanyalah palsu seandainya kita tidak cuba membimbing mereka..Ya ALLAH..moga kita terhindar dari perasaan ini…

  Sahabat..kita punya banyak cara untuk membimbing mereka..tidak perlu menengking…meninggi suara dan terus menerus menyalahkan mereka..gunakan kebijakan akal selayaknya untuk mengajar mereka..agar sesuatu yang tidak elok berlaku…biarlah kita lakukan tindakan awal…sahabat hati ini terlalu sedih kerna kita tlah membiarkan sahabat kita terlanjur jauh dalam cinta yang terlarang..Cuma berdoa pada yang kuasa untuk diberi kekautan agar sama2 dapat melakukan perubahan..sayangilah sahabat kita seperti keluarga kita..bimbinglah mereka..masihatilah mereka denga cara yang mulia..kita tidak akan jangka mungkin dengan sedikit kata-kata makna dan doa dari kita akan menyelamatkan SATU MARUAH YANG BERHARGA DALAM DIRI KAUM HAWA……akhir kata sahabat..marilah sama-sama kita berdoa agar perjalanan kita di bumi tuhan ini selamat hendaknya di jauhkan dari sebarang maksiat dan perkara mungkar..AMEEN..:) titipan ikhlas dari insan.. hina..wslm..

 ~seseorang yang berhasil mendapat cinta dengan mudah..akan sukar memperolehi cinta sejati~

4 comments:

senyumSOYA said...

insyaALLAh.. jadikan iman sebagai pelindung dan sahabat yang baik sebagai peneman.. smoga cinta yang diraih adalah kerana allah..bukan nafsu..(^^!

azwa amani said...

sama2 mecari CINTA AGUNG..nice entry. LOVE it

Husairi Hanafi said...

azwa amani..tq yer..sama2 kita berkelana ke arah redho ILAHI

Anonymous said...

follow u back teacher!!!

ramai yang tidak mengerti cinta yang hakiki...
jika tidak kenal,bagaimana mahu jatuh chenta...???
:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...