Labels

Pages

Followers

Monday, January 2, 2012

ADA ‘SESUATU’ pada Tanggal 1/1/2012….


    Malam itu kian gelita…hatiku mula asyik berbicara..tentang satu peristiwa duka, tentang keluarga dan tentang bahagia..malam itu aku bungkam kaku di singgah sana kamar dunia…ahh…apa yang akan terjadi nanti..bagaimana dengan masa depan ku? Apa harus aku lakukan? Di mana lagi tempat untuk aku memohon jawapan? Sinar yang dulu terik..kini  malap…dilindungi awan gelap..suka yang dulu gempita kini bertukar tangisan dari coretan seorang insan yang punya bisa dan tenaga luar biasa..semua kerna sebuah angkara…semua asyik menyalahkan apa yang tak kena..semua asyik berkata..semua mereka menggila..jawatan..pangkat..nama…lupakah pada tanggungjawab yang utama? Lupakah pada wajah ibu bapa di sana? Mana milik kita????? Tiada milik kita…semua ALLAH yang punya…aku hanya mampu berdoa..moga semua pahatan cerita yang terjadi hari ini…di berikan sinar baru dan takdir yang dinukilkan ini…punya banyak erti buat semua insan yang bernama manusia..moga segala amalan kita di terima oleh-NYA..wahai pemuda..jangan sampaikan kau korbankan nyawa ini…biarlah dahulu kau balas pengorbanan ibu-bapamu…bantulah mereka..sayangi mereka sebenar-benarnya…teringat aku pada kisah seorang pemuda yang ingin berjuang bersama nabi..lalu baginda Rasulullah bertanya.. “adakah kau masih punya ibu bapa”??? Lalu sang pemuda menjawab “ya”…pantas Rasulullah menyuruhnya pulang menjaga kedua ibu bapanya yang tercinta…wahai pemuda yang mencontohi akhlak peribadi nabi..jalan untuk menuju syurga begitu banyak dan luas..kau pilihlah…kau carilah…doa akhirku..buat pejuang dan srikandi-srikandi agama di sana..jika jalan ini kau pilih untuk menuju syurga..kau teruskanlah…akan ku kuntumkan helaian doa..akan ku titipkan Qunut Nazillah..buat bekal perjuanganmu..aku tidak mampu untuk bersamamu teman…aku cuma mampu bercerita dan berdoa..teruskanlah perjuangan suci ini..mohonlah pada sang maha Khalid moga kau dipermudahkan…

    Seusai aku mengelamun panjang..deringan telefon berbunyi memecah sunyi kamar insani..aku terus menjawab dengan tenang…dan suara itu..adalah suara ayah..insan yang membesarkan ku..hati mula menyoal..jarang ayah menelefon aku pada waktu sebegini..rupanya ayah risau..tentang keadaan anaknya..jawabku pantas.. “tiada apa ayah..anakmu di sini baik-baik sahaja…sibuk dengan urusan yang masih tersisa”..dan baru aku sedar pada hari ini adalah hari lahir ayah………Tuhan syukur kerna aku masih sempat berbicara dengan ayah pada hari lahirnya…usia ayah kian bertambah….namun tidak sedikit lelah pun dipancarkan pada wajah dan suaranya..demi untuk menghiburkan hati anak2nya…maaf ayah..terlewat untuk mengucapkannya..tapi ku punya sedikit cebisan kata untuk ayah tercinta…

Ayah……..
Dari raut wajahmu yang semakin di mamah usia
Kau gagah membanting tenaga
Demi bahagia sebuah keluarga
Kau cekal dalam membelah badai gelora
Kau tabah dalam mencorak irama rumahtangga

Ayah……
Walau kau lesu kau tak pernah biarkan aku terbuku
Walau kau resah kau tak pernah buatku gelisah
Walau kau susah kau tak pernah katakan padaku ia payah
Walau kau sedih kau tidak pernah biarkan aku tersisih
Walau kau luka kau tidak pernah biarkan aku hampa
Walau kau lara kau tak pernah biarkan aku kecewa

Ayah….
Insan kerdil ini begitu menghargaimu
Insan  kerdil ini begitu menyayangimu
Insan  kerdi ini begitu merinduimu
Insan  kerdil ini begitu memerlukanmu
Insan kerdil ini begitu mencintaimu…..

Ayah….
Pada tarikh ini juga kau dapat melihat dunia
Pada tarikh ini juga kau telah coretkan aku sebuah rasa
Rasa yang akan ku kenang sampai bila-bila
Rasa yang akan ku pegang sampai ke hujung nyawa

Ayah…
Anakmu ini di titian ilmu…
Mohon doa darimu moga diberkati selalu
Terima kasih ayah atas pengorbananmu
Pengorbanan suci ini dalam sendu berpadu
Agar diberi kekuatan dan keringat
Untuk aku membalas segala jasa-jasamu yang kau curahkan dulu…
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR AYAH.IKHLAS DARI ANAKMU.




.




Thursday, December 29, 2011

BEST KE OMBAK RINDU ????? CER CITER CER CITER…


Salam semua..haha..hari nie a.mat nak Tanya skit kat korang smua dah tengok ke filem ombak rindu???? Dengar kabo sampai rm11 juta…banyak tue..xperla..yang mana blum tengok2 la…tapi hati-hati skit ada adegan yang kurang menyenangkan kita..kalau filem melayu jer mesti ke kena ada adegan tu???ish….yerla kalu xda susah plak nak laris…apa2pun tepuk dada Tanya iman yer…a.mat xnak membebel panjang..a.mat pun tertengok filem tue..kalau ada pengajaran yang baik kite ambik..kalau xda let it go..kita doa jerla moga yang mana berlakon yang terpaksa BERTUDUNG tue..dapat hidayah untuk terus bertudung..kan cantik kalau bertudung…bertudung ni biarlah bukan kerana arahan pengarah tetapi ia perintah ALLAH..pada kaum adam pula jagalah kaum hawa baik2 yer..lindungi mereka..sayangi mereka..mereka umpama besi yang bengkok..kalau kita betulkan secara keras dan paksa maka akan patahlah mereka..gunalah hemah dan daya kita untuk membimbing mereka..kerna suatu hari nanti mereka akan menjadi isteri dan ibu pada zuriat kita..heeeeeeeee….SELAMAT MENONTON.. FILEM NIE..hihihi..



Wednesday, December 28, 2011

KERNA PATAHNYA SAYAP ALAM



Salam bertemu kepada semua pembaca secangkir bicara..sedang sibuk membuat persediaan untuk peperiksaan ..sya diberikan kesempatan untuk menghadiri suatu majlis bertempat di sebuah universitas..majlis berkenaan dengan puisi yang di hadiri oleh ramai pemuisi luar. Datangnya dari Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.. sedang asyik jiwa dibuai dengan kesyahduan kata dari mereka. Hati mula dijentik dengan sebuah lagu puisi yang di sampaikan oleh  Saudari Rabiatul Adawiyah dan Saudara Fauzan. Walau tidak diberikan kesempatan untuk mengenali mereka tapi saya diberikan rezeki untuk mendengar gesekan suara merdu hadiah dari Sang Pengatur Cakrawala.Di post ini saya titipkan lagu puisi yang disampaikan oleh mereka dan hayatilah sedalam-dalamnya.. setiap inci lirik dan melodinya..moga hati kita terpanggil untuk mencintai alam ini. CREDIT kepada mereka….SYABAS..sis and bro 
=).

Seusai mendengar puisi..jari dan pena terus melancar laju..menabur bakti pada kertas yang tak berbaju..maka terhasillah sebuah puisi tentang ala mini… maaf andai tidak segemersik melodi mereka.
Cakrawala mula menangis sendiri
Gerhana hiba melakar muram
Mentari pudar di telan alam
Memecah sepi keindahan malam
Riangnya dulu ada sentosa
Melakar jiwa menjernihkan mata
Tapi kini luka mula menari lara
Hijau yang dulu mekar kini pudar menukar longlai
Damai yang membuai seketika lenyap di bawa tangisan hujan
Hela alam tak mampu lagi bernyawa
Suara unggas kian menyepi sangsi
Lambaian belukar lenyap seakan mati
Semuanya angkara nafsu insan yang menggila
Haloba dunia menguasai minda
Dan angkara sekeping kertas yang dirasa berharga
Rintihan sang pagi tidak dipeduli
Tangisan sang malam tidak punya erti
Bulan hanya mampu memerhati sendiri
Kerdipan air mata yang tak mampu lagi melakar senyum pagi
Hilanglah sudah permata cinta
Alam mula berlari  mencari kuburan misteri
Kerna tak ada siapa yang punya hati lagi
Membiarkan ia bungkam terbuang hina oleh rakus manusia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...