Labels

Pages

Followers

Sunday, April 14, 2013

Nak Kawen!!!




“Kenapa ya..cinta kita tidak pernah kekal?”

“sebab kita tidak menjaga fitrah dan membiarkannya menjadi fitnah”

“Maksudnya apa?”

“Fitrah itu cinta. Fitnah itu perkara yang melalaikan kita apabila kita bercinta seperti wujud rasa rindu, membawa kepada perkara yang melalaikan akhirnya membuka jalan untuk menuju penzinaan”

“Salahkah untuk manusia mempunyai rasa cinta?”

“Rasa cinta itu tidak salah kerana Allah juga punya cinta kepada hambanya yang senantiasa mengingatinya tetapi apa yang membuatkan ia salah apabila si pencinta itu menyalahgunakannya”

“Maksudnya tidak memahami erti cinta.  Cinta tidak semestinya bersua muka cinta tidak semestinya saling berdua dan cinta tidak semestinya ada pelbagai rasa. Cinta itu cukup dengan doa, istiqarah dan istiqamah”

“Betul. Dari mana datangnya perasaan cinta ini. Ia datang dari segumpal darah yang bernama hati. Hati ini Raja dalam diri kita. Pancaindera kita hamba dalam menurut perintah raja kita. Apabila pandangan mata bertentangan dengan pandangan hati maka akan berlaku konflik dalam menilai cinta. Konflik adakah dia cantik hanya sekadar rupa atau cantik dari segi akhlaknya.”

“Putus cinta..erm.. adakah kita tidak layak dengan dia?”

“Bukan tidak layak tetapi kita belum layak untuk merasainya lagi. Fahamkan perkataan tidak dan belum”

“Jadi mengapa perlu gusar? Sudah terdesak sangatkah mencari cinta manusia yang belum halal? Jika tiada cinta sesama manusia tidak mengapa bukan? Adakah ia boleh membawa kematian sekiranya kita tidak mendapatkannya”

*****

“ Sabar kunci orang beriman dan tahu erti sebuah ganjaran. Benar, rasa cemburu dan bahagia melihat ramai sahabat kita yang sudah mendirikan rumah tangga.”

“Kita? Bersabarlah dahulu..nanti akan tiba masanya. Allah telah merancang sesuatu untuk kita. Ingat. Ibu bapa kita membela kita sedari kecil dan masih rindu dengan kita mungkin Allah hendak mengatur rencana supaya cinta kita masih setia kepada ibu dan bapa kita lagi dan tidak perlu di kongsi dengan siapa-siapa lagi. Allah maha mengetahui. Bina perancangan untuk kita dan dia. Antara amanah dan fitrah pilihlah yang perlu kita utamakan. Jika mampu tidak mengapa tetapi jika tidak laksanakan segala apa yang belum dilaksana”

“Kan..bagus kalau ramai yang faham erti cinta itu. Bukan untuk memenuhi tuntutan nafsu tetapi harus 
berlandaskan ilmu dan pengetahuan. Meluah rasa cinta kepada seseorang cukup MUDAH tetapi menjaga hubungan cinta dengan seseorang itu cukup PAYAH
“”


1 comment:

NinaAz said...

Semoga bertemu jodoh y baik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...