Labels

Pages

Followers

Saturday, December 18, 2010

KAWAN ker KAPEL (COUPLE)????

Lucu jugak yer bila ada kawan-kawan kita suka bertanya macamtu???jadi apa jawapan kita?nak kata kawan macam rapat...nak kata kapel macam xda tanda2 sohih je..ish musykil2...selalu ungkapan yang digunakan..KAMI NI TEMAN TAPI MESRA..ces..nyampah den..bila tengok budak-budak sekarang bercinta teringat zaman kawan2 dulu..yalah cinta monyet..eh ya ka CINTA MONYET???..tapi cuba kita renung balik.sampai ke mana cinta tu berakhir..???betul ke dia jodoh kita??betul ker dia yang akan jadi pasangan hidup kita sampai ke akhir hayat..kalau cinta zaman dulu betul la..xcaya cuba tanya grandpa and grandma kita.hehe..zaman kita ni berjanji macam2..nak hidup sematilah..jangan tinggalkan sayalah..plak tue dah pasang angan-angan nak bina keluarga BAHAGIA..mula2 ambik berat pasal pasangan masing2...kita rindu,sayang..tiap hari berjuta2 kita sebut kat dia..bahkan lebih banyak dari ingat tuhan...hei..bahaya sungguh..tapi..bila bergaduh.macam2 plak jadi..nak putus la..tuduh pasangan ada orang lain lah..jap..satu lagi yang best..pasal panggilan...mula2 aku hang.pastu awak saya,pastu panggil nama pastu abang sayang,pastu baby b..la..macam2...tapi sure ker panggilan tu akan kekal sampai kahwin dan sampai tua???

GAMBAR NIE GUA PERCAYA CINTA SAMPAI KE TUA TAPI KORANG??

    XpalaH.. let it go bak kata kumpulan LINKINPARK..sengaja ku titipkan coretan ini..bukan untuk nak hentam kawan2 tapi sekadar buat peringatan diriku yang penuh dosa ini dan sahabat semua..SAHABAT HEBAT..Ok sambong balik leteran abang MAT..hehe..sebenarnya kalau kita paham pasal cinta nie..mesti bagus..ZINA..xterjadi..masalah sosial akan terhenti..cumanya kita ni menyalahgunakan nikmat cinta yang dikurniakan TUHAN kepada kita..masa bercinta..macam2 ayat keluar..kita bercinta biarlah kerana Allah..berjanji sumpah setialah..erm..tapi kalau cinta tu berakhir dengan kekuciwaan..mulalah salahkan Takdir..dan mulalah salahkan orang lain..memang hidup kita diciptakan untuk berpasang-pasangan tapi sabau dulu yer..hehe..yalah kita nie...nak nak kawen tapi xda duit..hahah..duit xada tapi hati ingin kawen..
     Buat sahabat yang sedang hangat bercinta tue..berhati-hatilah dengan hasutan syaitan..bak kata lagu CINTA TAK PANDANG TAK KIRA SIAPA IA MENCUBA..SELAGI MANA PENCINTA TERDAYA MENAHANNYA DIA KAN DI CUBA..jaga hubungan dengan Allah..dan tahu halal haram dalam pergaulan..biarlah kita tidak bersentuhan tangan kerana kita sudah bersentuhan hati..nafsu cukup kuat bila kita tidak mampu mengawal diri..buat titipan akhir..marilah kita renung kata-kata IMAM SYAFIE ini..antara enam nikmat dunia dan salah satunya ialah : di antara hubungan lelaki dan perempuan itu ..dan yang mereka cari hanyalah lubang kencing sahaja..(paham-paham sendiri yer..)..sekian..


NIE BETUL CINTA MONYET..UHHU


Friday, December 17, 2010

erti Persahabatan..


إِنّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ


”Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara” (QS. Al-Hujuraat : 10)...


Salam ukhwah saya titipkan buat semua..tergerak rasa hati untuk berbicara soal sahabat..masih ingatkah kita pada sahabat sepermainan kita?masih ingatkah kita pada sahabat yang senantiasa bersama kita disaaat kita susah dan senang?.erm..rasanya sahabat semua tentu rindukan kenangan dulu..tambahan lagi semasa kita bergelar kanak-kanak.kadang-kadang kita rindukan kehadiran teman.rakan,taulan, saing,sahabat dan insan yang paling rapat dengan kita..Adilnya Allah kerna mengurniakan kita pelbagai rakan yang punya banyak ragam..di situlah kita menimba pengalaman untuk berhadapan dengan masyarakat luar..SAHABAT..begitu besar ertinya kepada kita..kadang-kadang ia boleh menjadi api pembakar semangat kita..kadang-kadang ia boleh menjadi duri menyelinap kalbu kita..namun bagi saya ,kita perlukan sahabat seperjuangan.kerana mereka merupakan insan yang ada dengan kita pabila kita berjauhan dengan keluarga tercinta..SAHABAT..begitu tinggi nilainya dan begitu mahal takrifnya..Rasulullah juga bersahabat..bahkan sahabat bagindalah yang menjadi salah satu nadi utama Baginda dalam menegakkan Islam..jadi mengapa kita tidak mencontohi sifat Rasulullah ini?
     Bila berbicara soal SAHABAT..banyak kenangan indah dan gundah bila kita bersama dengan mereka..gelak tawa dikongsi bersama..kita bercerita dia bercerita kita bercita dia bercita dan kita bercinta dia juga bercinta..Sahabat kita makin bertambah bila kita keluar dari kepompong sombong dan malu..indahnya bersahabat bila ia turut sama disertakan dengan syariat. Islam tidak melarang kita untuk bergaul dengan sesama manusia namun ia ada batasnya..dan jika pergaulan itu dilanggar maka punahlah segalanya..wahai teman-teman...sahabat kita bukan semuanya boleh mengikuti cara yang terbaik dalam hukum ISLAM...maka peranan kita sebagai DAi'e untuk membantu mereka supaya faham erti Agama sebenar..dan mereka juga yang akan menjadi tulang belakang pada kita ketika mana kita di saat duka dan hiba.SAHABAT..saya bersyukur kerana anda telah mengajar saya bermacam benda..dari jahat sehinggalah kepada yang baik..namun kesilapan-kesilapan kita yang lalu harus ditebus,,kerana sahabat memerlukan kita untuk sama-sama berjuang..maaf sahabat semua andainya coretan ini tidak sempurna,,namun samalah kita untuk mengambil secebis pengalaman dalam melayari kehidupan bersahabat..SEKIAN..

HAYATILAH LIRIK LAGU DIBAWAH INI
TEMAN SEJATI
BROTHERS
Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui


Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita


Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...


KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

aku part 1

CORETAN SUKA DUKA..
Sebelum aku menulis coretan ini, fikiran ku terhenti dan termenung sejenak apakah aku daya untuk menulisnya ? Apakah aku mampu untuk mencoretkannya di atas kertas putih yang akan menghuraikan berjuta rahsia dari kisah hidup ku ini? Namun mengenangkan jasa dan pengorbanan keluargaku khususnya ayah dan bonda, aku coretkan juga catatan ini buat tatapan semua. Dengan mengucap rasa syukur kepada Allah s.w.t dan selawat salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, cerpen ini ku nukilkan untuk semua dan khusus buat ibu pelita hatiku yang tidak pernah letih untuk menerangi hatiku dan sejukkan ranting dahagaku juga buat ayah, bintang dalam hatiku, pengorbananmu takkan pernah ku lupakan, tidak lupa buat keluarga dan sahabat-sahabat yang mengisi hari-hariku.
            Tanggal 9 ogos 1990 tepat jam 12.38 pagi, lahirlah seorang putera lelaki dari rahim ibunya.Cahaya mata  yang ditunggu-tunggu oleh pasangan Azimah bt.Abd Rashid dan Hanafi  B.Abd majid akhirnya selamat  dilahirkan. Penantian yang penuh debaran, air mata dan doa akhirnya dikabulkan Ilahi dengan kurniaan cahaya mata yang suci ini. Itulah aku seorang bayi yang masih tidak mengerti tentang apa-apa lagi. Lahirku di dunia ini disambut dengan helaian air mata dan kuntuman senyuman gembira dari ayah dan bondaku. Bermula fasa itulah  aku mula melihat dunia  yang fana ini. Namun sayangnya pada ketika itu aku  masih tidak lagi mengerti  apa-apa. Kehadiranku sebagai cahaya mata pertama mereka telah menyerikan hidup ayah dan bondaku. Selama hampir 20 tahun mereka membesarkan aku, tiada sedikit keluhan dan rungutan dalam diri mereka dalam melayan aku. Masih segar dalam ingatanku saat ibu  mula menceritakan keperitannya untuk melahirkanku dan membuat aku termenung seketika. Kata ibu, dia hanya mampu berserah pada Allah sahaja atau mungkin malaikat maut akan menjemputnya dahulu pabila melahirkanku nanti atau mungkin kami sama-sama pergi menemui Ilahi. Namun perancangan dari Maha esa adalah perancangan yang benar belaka. Berkat doa keluarga aku dapat hadir untuk melihat dunia ini dan ibuku juga selamat wallafiat. Saat itu ibuku bertarung nyawa antara separuh hidup dan separuh mati tetapi syukur semuanya dalam keadaan baik dan sempurna, ibu menambah lagi ceritanya ketika beliau mula menatap wajahku,terukir pula senyuman diwajahnya kerna telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan tembam. Aku dilahirkan sebagai seorang bayi yang yang menjadi penyejuk mata hati mereka. Lahirku ke dunia akan mencoretkan sejuta cerita bahagia buat mereka.
            Senyumanku dan tangisanku menjadi penawar duka buat ayah dan ibuku. Aku dijaga ‘bagai menatang minyak yang penuh’ oleh mereka. Siang dan malam bergilir-gilir mereka menjagaku. Kehidupan kami dahulu tidak semewah dan seindah sekarang, di rumah papan yang kecil dan serba kekuranganlah aku dibesarkan, namun aku bersyukur dengan ketentuan tuhan ini. Ayahku bekerja sebagai seorang petani dan ibuku seorang surirumahtangga. Dengan berkat hasil jualan padi tuaian itulah ayahku menyara kami sekeluarga. Kerja sebagai petani tidaklah semudah sekarang. Jentera membajak dan kelengkapan pertanian lain masih belum ada. Hanya tulang empat kerat sahaja yang mampu digunakan oleh ayahku untuk mencari rezeki buat kami. Namun ketika itu aku tidak dapat lagi merasai keperitan dan kesusahan sang ayah kerana aku masih kecil, aku sebagai bayi yang masih tidak boleh berkata-kata, aku hanya mampu terbaring dan merengek kesedihan sekiranya aku lapar atau ku perlukan sesuatu.Ah..pada ketika itu ibu dan ayahlah yang mengajarku segalanya.
         

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...