Aku bukan cemburu
Sudah tersingkap tirai semalam
Dalam bahtera pelayaran yang semakin kelam
Aku terpana saat hati mula terbungkam
Mencari kebenaran dalam persoalan yang terdiam
Bukan untuk menguji keyakinan mu terhadapku
Tapi mecoret secebis rasa yang dulu
Yang pernah kita ungkap dalam janji merindu
Yang takkan kita mungkir walau lagi kita tidak bertemu
Maaf.. bukan hati merasa cemburu
Tapi curiga dengan apa yang berlaku
Adakah takdir sudah tercatat begitu
Hancur sudah harapan dihati ..
Melodi indah yang bergemersik seakan mati
Seakan menjadi sunyi dan sepi
Terbiar kaku disetiap jiwa sanubari
Izinkan jiwa ini melangkah
Bukan pergi untuk menyerah
Tapi ingin mencoret memori indah
Agar kenangan dulu tidakkan kembali membarah
2 comments:
setiap manusie xlari daripada perasaan cemburu...tetapi cemburu yang tidak berasas lebih bahaye kerana bisa memusnahkan diri dan orang laen....
setiap manusie xlari daripada perasaan cemburu...tetapi cemburu yang tidak berasas lebih bahaye kerana bisa memusnahkan diri dan orang laen....
Post a Comment