Labels

Pages

Followers

Sunday, January 2, 2011

Maaf awak..kita BUKAN muhrim..


“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)


Dialog cinta antara seorang lelaki dan wanita…yang masih dilemma duka..biarlah takdir yang menentukan hubungan mereka itu..andainya ditakdirkan tuhan masih ada jodoh..adalah dia..andainya tiada biarlah ia pergi dikejauhan..hiba..


Wanita   :  awak…kite kenal dah nak dekat setahun dah..awak tahu tak dulu saye xpercye lgsung dekat lelaki..tapi lepas awak muncul..pandangan sya berubah..ermm..tapi saya takut ler..

Lelaki    :  kenapa awak? Saya nie jahat ker? Saya ada buat ape-ape kat awak ker? Kenapa awak cakap macam tue? awak sebenarnya betul-betul serius ker dgn saya?

Wanita  :  awak.. saya serius dengan awak tau..saya xmain-main..sy risau kehilangan awak..ntahla awak..saya tak tahu..saya rasa berdosa dengan semua orang…saya harap awak faham yer..

Lelaki   :  awak dah tak sayang saye ker? Kenapa awak tak cakap dari dulu ? kenapa awak mempermainkan saya? Awak..saya sayang awak…bukan dasar rupa tapi dasar agama..

Wanita :  erm..bukan macamtue awak..saya rasa tak tenang..saya tak mempermainkan awak..tapi hubungan kita nie dah mempermain-mainkan hukum Allah..saya takut…

Lelaki     : saya harap awak yang pertama dan terakhir untuk saya..berilah saya peluang..untuk buktikan cinta saya kpda awak…

Wanita  : maaf awak..saya xboleh teruskan lagi hubungan nie..saya takut berdosa saya takut jadi zina..saya xnak kecewakan semua..

Lelaki  : yer..saya faham awak..tapi saya nak jadi pelindung pada awak..saya dah pilih awak..saya nak sunting awak cepat2 tapi saya masih banyak lagi tanggungjawab..sya belum mampu..

Wanita  :  awak…awak percayakan..kalau jodoh tue ada ia xkan lari ke mana…kalau dah ditakdir saya untuk awak satu hari nanti..mesti saya akan ada dengan awak..

Lelaki   : hmm…tapi..awak..saya dah pernah kecewa..saya xnak terima buat  kali yang kedua..

Wanita  :  awak..sekarang bukan masanye lagi….tunaikan semua tanggungjawab awak dulu
yer ??

Lelaki   : ah….sudahlah..xpayah nak berselindung lagi..kenapa baru sekarang awak nak beritahu?? kenapa baru sekarang awak nak cakap semua tue..kalau dari dulu awak tolak semua kata-kata saya kan senang..awak ingat hati dan perasaan boleh di buat main ker? Kenapa nak tunggu sampai hampir setahun ?? (marah sang lelaki mencurah rasa)

Wanita  : awak..maafkan saya…maafkan saya..saya tahu saya yang silap..sya khilaf..saya xsedar awak…saya xtahu apa yang berlaku..awak kita xcouple kan selama nie? Kita kawan baik kan? (bersuara sayup sang wanita dirundung seribusatu penyesalan..duka..

Lelaki    : selama nie sya selalu mengharapkan awak…saya nak jadi suami mithali..nak bina keluarga harmoni..nak ada selalu dengan awak walau susah walau senang..tiap kali kalau saya xmesej awak..rasa sunyi jer..

Wanita  : awak…kita dah buat banyak silap…kerana mesej kita boleh jadi leka dan alpa..saya xnak lalai dalam beragama..saya takut sangat dengan hukum tuhan..

Awak tahu kan semakin banyak kemanisan kita hirup sebelum perkahwinan semakin tawar ia bila sudah berkahwin nanti..saya takut terjadi kepada insan macam saya nie..

Sang lelaki terdiam seketika makin kelam nada suara hati…kata-kata benar dari seorang wanita..kata ikhlas demi alam rumahtangga..tapi masih belum masanya tiba..

Lelaki    : awak..saya bersyukur sangat..kenal awak…mungkin Allah bagi kita bertemu untuk seketika nie..sekadar ujian buat kita..kita nie mampu tak nak kawal nafsu sebagai remaja…awak selalu ingatkan saya di kala saya lupa..

Wanita : tak..bukan saya..tapi Allah..

Lelaki   : sebenarnya saya yang silap..saya banyak buat awak lalai dan leka..maafkan saya yer.. (mudahnya sang lelaki untuk berkata-kata)..awak betul..kita tak patut teruskan hubungan nie lagi..saya sedar siapa saya..saya xmahu lagi diulit dosa..saya xnak awak merana di masa kita..ermm..awak..saya seronok berkawan dengan awak bukan kerna nafsu tau..tapi kerana pekerti awak..yer..saya akan percaya pada jodoh kita andainya awak..orangnya..

Wanita : terima kasih yer..awak memahami saya..saya harap awak tak terasa dengan kata2 saya tadi yer..bukan niat saya untuk melukai awak..tapi saya xnak hubungan ini berterusan dengan diikuti kemurkaan tuhan..
Lelaki   :  betul awak..awak maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki yer?? Saya mohon ampun dekat awak sangat2,,,atas semua kesalahan saya sepanjang mengenali awak…

Wanita :  xla..saya xper..awak mohon ampun pada Allah yer…kerana dialah yang merencanakan segalanya..

Lelaki  :  awak..kita dah lama berbual nie..mungkin ni akhir perbualan kita..kita xtahu apa perencanaan Allah kepada kita..saya mohon maaf sekali lagi yer…anggaplah kita ini saudara seagama yang sentiasa ingat mengingati…saya nak pergi jauh dari awak..untuk seketika..andai anda nyawa dan masa mungkin kitakan bertemu jua…izinkan saya pergi..yer..ASSALAMUALAIKUM….sahabatku..

Sang lelaki melangkah pergi…dengan langkah pilu di hati..tapi dia mengerti kerana ilahi yangkan membawa cinta abadi dalam diri..dan sanubari..pedih yang menikam biarlah terbungkam..biarlah dia hilang bersama kabus semalam…

Wanita :  waalaikumsalam…. (bisik hati wanita)..saya sayangkan awak..tapi biarlah kita bersabar untuk hasil indah dikemudian hari…walau awak pergi jauh dari saya..saya akan sentiasa dekat di hati awak..saya xkan pergi jauh..awak…terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya..

Tamat sudah kisah percintaan mereka..sama2lah kita berdoa agar jodoh mereka bertaut semula…biarlah pabila sudah berkerjaya..andai tiada..biarlah mereka redho..dengan segala ketentuannya…

p/s : dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata sekadar meluah jiwa..tiada kena mengena dengan yang bernyawa atau tidak bernyawa…sekadar berkongsi lamunan..

MEH DENGAR LAGU NIE MEH...

MEH DENGAR LAGU NIE PLAK..

7 comments:

Meis Izz said...
This comment has been removed by the author.
Meis Izz said...

Astaghfirullah.....
sebijik macam kisah yang dah betul-betul terjadi pada saya...
baru semalam benda ni berlaku =(

iem said...

nice entry...

Nina Mads said...

entry nie sngt mmbnatu la.. :P

Juwairiah Huding said...

tersangat suke artikel nie,,peringatan tuk dri..=)

diazurain said...

nice! mcm pernah lalui...=)

Munirah Kadir said...

nice entry :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...