Labels

Pages

Followers

Saturday, January 22, 2011

INIKAH DIA TIKET MASUK KE SYURGA????


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah- orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).”
(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Salam..sahabat semua..hari nie saya nak berbicara pasal hiburan yang telah lama bersarang dalam diri kita buka sahaja televisyen kita ditayangkan..dengan pelbagai hidangan yang boleh mengugat akidah..terlalu sikit..rancangan berunsurkan agama..tetapi terlampau banyak rancangan yang boleh membuat kita alpa..ya memang ada program agama di televisyen..Cuma waktunya selalu dipenghujungan hari…


Inilah dia propaganda syaitan dan yahudi sedari dulu lagi..supaya umat Islam terus lemah dan musnah dengan mendamba hiburan tanpa batasan..kaum wanita dijadikan alat untuk menjayakan semua rancangan mereka ini..tidak terkecuali kepada kaum lelaki juga..negara kita tidak berbeza dengan negara barat yang lain bahkan segala neka hiburan yang ada di negara luar turut ada di negara kita…kita tidak mahu kelihatan kolot..malah biar kita seiring dengan perkembangan masa..bangsa luar yang berada di negara kita terus menerus mengaut kekayaan yang ada..sambil meninggalkan baja-baja dosa..dan libasan hina untuk umat-umat kita..kenapa ini berlaku..apa dah jadi dengan umatku..hanya sibuk berpolitik..dan sibuk mendamba jawatan raksasa..mengampu sini dan sana tanpa menghirau anak bangsa yang semakin lena diulit dosa bernanah durja..impian mereka kian kabur dek panahan asmara yang menggila….


Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Tiap hari rancangan yang berunsurkan hiburan semakin banyak dan terus banyak..Islam tidak melarang langsung umatnya untuk berhibur..tapi perlu ada batasnya..diikuti syariatnya..seiring dengan landasannya agar tidak mendatangkan murka kepada yang maha Esa..lambakan artis yang kini disanjung tinggi seakan suci untuk dijadikan titi menuju ukhrawi…yang akan kekal abadi..bukan itu yang harus diikuti…tapi ulama dan para nabi yang harus disanjung tinggi dimartabat ke taraf yang akan membentuk nurani sebagai ikutan untuk personality diri…cinta pada Ilahi yangkan membawa kepada kesenangan duniawi dan ukhrawi..tapi cinta pada artis hendak di bawa ke mana??? Alangkah indahnya jika mereka berada di khalayak dengan berpakaian sopan..alangkah indahnya..jika mereka memahami Islam…selama ini kita hanya memuja mereka..tetapi pernahkah kita untuk sama-sama2 berdakwah kepada mereka..mungkin kita tidak mampu..TETAPI ada insan yang mampu..


Hiburan bukan sahaja melanda kepada golongan dewasa..bahkan kepada seluruh peringkat umur..malah..kini kanak-kanak pun sudah ada hiburan mereka sendiri..inikah warisan bangsa yang akan menegakkan agama tercinta dan pemimpin kepada negara??? Hiburan yang kita pilih ini bukan tiket untuk ke syurga..tapi sahabat fikirkanlah bersama…lihatlah titipan gambar…yang menunjukkan terlalu banyak hiburan yang sudah melekat di hati kita..sekian untuk peringatan bersama..

2 comments:

Airil Azmei(Sky EagLe) said...

ske entry ni....

fara feroza said...

memang rancangan tv patut dikurangkan.... tak minat pun..kekadang je tengok kalau ade..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...