Teman baik merupakan teman yang senantiasa menasihati dan menegur tika ada kesalahan yang dilakukan..teman yang baik bukan hanya hadir tika kita dalam kesenangan tetapi senantiasa ada dengan ketika kita dihimpit kealpaan..dia setia menegur..meluah kata ingat agar kita tidak terus menjunam ke LEMBAH YANG DIMURKAI TUHAN..kadang-kadang pentingnya hubungan dalam persahabatan bukan hanya untuk mengubat dikala kesepian tetapi ia penawar untuk mendekatkan diri dengan Tuhan..kita perlu bantuan mereka…teman seperjuangan..ku titipkan secebis kenangan dulu buat tatapan semua…
MUSLIMIN: assalamualaikum..sahabat…ana lama xberjumpa enti..tergerak untuk jumpa..Alhamdulillah takdir Allah kita bertemu di sebuah alam pendidikan tinggi..yer..
MUSLIMAT: Waalaikumsalam….errr…..kiter kenal ker??? (sang gadis kehairanan terpinga saat di sapa sang lelaki itu)
MUSLIMIN: eh…walau hampir tiga tahun kita terpisah ana tetap kenal enti…enti kan dulu sekolah menengah sama dengan ana pastue..lepas form 3 enti pindah…enti Nur Diana kan?ha..ana kenal la..
MUSLIMAT:oh…baru saya ingat..maafler sy hampir xkenal dulu awk lain..pakaian pun dah lain kan? Jap ae..xpayahlah ber’ ana2 dengan sy…sy xberapa selesa..dulu bolehla..heee…sory yer…kalau xsilap sy awak nie Mohd Anif kan? Orang panggil awak dulu BOB kan? Erm..dah lain betul awak nie…alim semacam jer..(kias sang wanita seakan perlian…namun wajah sang lelaki tenang dan tetap tersenyum)
MUSLIMIN: ha..ingatkan pun..awak belajar dekat sini yer?
MUSLIMAT: a’ah..eh awak buat ape datang kat sini?
MUSLIMIN: erm..saya ada program sikit..dekat u awak nie n xsangka Allah bagi saya jumpa dengan awak yer..awak kata saya dah berubah?xdala..saya biasa jer..Cuma hati jer dah dijentik sikit oleh Allah untuk jadi ‘manusia’..hee..awak saya hampir tersilap org tadi..tapi saya yakin awak orgnya..jadi saya tegurla..xperkan..saya nak curi masa awak sikit..awak ada hal ke lepas nie?
MUSLIMAT: erm…xpe..saya dah habes kelas…kenapa awak dari tadi pandang semacam jer..nie..ada yang tak kena ke dengan saya nie? Ker awak dah jatuh hati dengan saya???(usik sang wanita disebalik hati yang gusar mungkin soalan itu yang akan di tnya)
MUSLIMIN: ish…awaknie..xda apala..Cuma…Cuma….erm….
MUSLIMAT: Cuma ap?oh…nie mesti nak tegur pasal tudung saya kan? Kenapa tudung saya xlabuh dah kan?...Ala awak…sekarang nie bila masuk u…macam2 boleh jadi..kawan saya pun ramai n akak2 senior saya yg dulu bertudung labuh bila masuk u..sikit2 tudung diorang makin dikecilkan..tambh pulak sekarang nie..dah macam2 fesyen tau..ada tudung ariani, tudung mawi, tudung saji..heee..semua nie masih lagi tutup aurat kan????(jawab sang wanita seakan ingin cuba mengkias soalan yang akan di tnya nanti..)
MUSLIMIN: he he…(senyum sinis dari sang lelaki bersiap dengan peluru soalan keliru)..awak ingat tak dulu masa sekolah…awak selalu tegur saya…teguran awak tue buat saya jadi macamnie..dulu masa awak pakai tudung labuh cantik sangat..saya berdoa dulu kalaula saya ada jodoh dengan awak..akan saya cuba jadikan awak WANITA SYURGA..walau diri saya nie…penuh dosa hina..awak…pakaian awak dah berubah sangat2..awak bimbang ae bila pakai tudung labuh nanti xda lelaki yang berminat? Pastue nanti ada orang cop awak OSTAZAH yer? Kat u nie kan banyak dugaan..awak takut market awak jatuh ae bila pakai tudung labuh??
MUSLIMAT: eh xla…..nape awak ckp macmtue? Sampai hati…:”(…saya xpernah fikirkan macamtue..tapi..entahla…kadang-kadang saya tengok orang yang pakai tudung labuh nie lebih teruk dari orang yang tak bertudung…saya xnak jadi hipokrik..
MUSLIMIN:erm….eh awak jangan cakap macamtu..bukan semua tau..awak tahukan..menutup aurat mestilah ada dasar tauhid,kerana iman, kerana Allah. Jika kerana yang lain, maka itulah yang akan menjerumuskan wanita yang bertudung itu ke arah kemungkaran awak ingat lagi pada firman Allah dan sunnah rasul berkenaan dengan ayat kita wajib menutup aurat?
MUSLIMAT: erm..(terdiam sang wanita saat ditujah dngan kata-kata dari dia)…awak..salahke kalau saya bertudung untuk kecantikan? Bukankah Islam itu indah…
MUSLIMIN: erm…memang tidak salah awak..tapi itu bukan tujuan utama untuk menutup aurat..tujuan utama kita menutup aurat ialah untuk MENGIKUT PERINTAH ALLAH..kita buat atas dasar iman kemudian menepati kaedah syariat…mana yang patut di tutup kita tutup..labuh dan singkatnya semua mengikut ‘piawaian’ syariat agama..awak fahamkan maksud saya..macam awak kata tadi..orang yang xbertudung lebih baik dari orang yang bertudung….ok..saya bagi perumpamaan..orang yang tidak bertudung tue..umpama orang yang menunggang motorsikal dengan baik,berhemat dan cermat tetapi masih tidak memakai topi keledar…ia tetap salah di sisi undang2 dan boleh membahayakan nyawa dia di jalan raya kan????
MUSLIMAT: betul awak….erm selama nie saya cuba berubah..dan nak jadi yang lebih baik.saya rindukan pakaian saya dulu..saya rindukan peribadi saya dulu…L
MUSLIMIN: awak..panjang lagi masa dan peluang Allah bagi untuk kita berubah kan? Saya bukan alim, saya bukan ustaz..tapi saya saudara dan sahabat seagama yang sayangkan sahabatnya..dan diberi peluang oleh Allah untuk menegur sahabatnya..:)
Firman ALLAH dalam surah An Nuur ayat 31-maksudnya :
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Firman ALLAH dalam surah Al A’raaf ayat 26 maksudnya :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
MUSLIMAT: Awak terima kasih banyak2 yer…kerana sudi mengingatkan saya…awak doakan saya semoga saya dapat mengubah diri saya ke arah yang lebih baik yer..Ameen..
MUSLIMIN: InsyaALLAH..saya menegur sekadar yang termampu..bukan niat menghalang awak untuk berfesyen..tapi suatu masa nanti ada kebaikan yang kan awak dapat..awak ingatyer…tuhan tidak pernah menciptakan manusia hodoh..tetapi tuhan menciptakan manusia yang berbeza kecantikan…
p/s: penulis sekadar berkongsi cerita..bukan untuk menyalahkan sesiapa..tetapi sekadar peringatan untuk kita semua..hukum Allah tidak boleh dilanggar..dalam mengadaptasi dialog ini,penulis juga turut menggunakan buku TENTANG CINTA hasil tulisan Us.Pahrol Mohd Juoi..dalam menambahkan lagi perisa dan rasa dialog ini supaya lebih bersifat mendidik dan nasihat..andainya ada yang berubah dengan penulisan ini..penulis merasa amat bersyukur kepada Allah s.w.t..terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca secebis entry nasihat ini..syukran jazilan…
4 comments:
setuju.. tapi kalau orang yang mula berubah kerana ingin berfesyen..atau kerana ikut kata orang lain.. elok juga kita galakkan..janji dia tutup aurat.. lama kelamaan hatinya mungkin terbuka untuk berubah lebih baik.. ni pendapat aku lah.. sebab masa kecil2 dulu.. kalau tak kerna kita takut dengan parent mesti kita tak solat.. lama-lama jadi biasa dan nak tinggalkan solat jadi bersalah.. hidayah tu datang dalam pelbagai bentuk.. lagi pun ada pula ciptaan Allah yang tak cantik.. tak ada kan.. :)
p/s : kongsi pandangan je..takd e niat apa pun
thanks for sharing..
:)
i like..best.mmg byk dh blaku cmni..sma2 amik manfaat dan saling mengingati..
diriku lebih terasa indah dan dlindungi dnegan hijab yang sebenar-benarnya..
Post a Comment