Salam buat pembaca bingkaibiru semua, maaf
kerana agak lama tidak mengupdate blog ini, biasalah kesibukan yang
melanda diri. Minggu yang agak meletihkan buat saya. Hehe. Saya harap sahabat
semua tidak melupakan blog ini ye. Walaupun blog ini tidak sehebat blog
rakan-rakan semua tapi jangan lupa untuk teruskan pembacaan di dalam blog ini. Kita
sama-sama berkongsi ilmu.
Semalam punya berjuta kenangan,
Alhamdulillah dalam kesibukan belajar, mengajar dan bekerja saya diberikan
kesempatan untuk bertemu dengan Ulama muda tersohor di Malaysia ini. Begitu
teruja untuk melihat dan mendengar ceramah beliau. Siapa tidak kenal dengan Ustaz
Don Daniyal. Ucapan yang bersahaja tetapi penuh hikmah di samping bijak
memikat hati pendengar dengan alunan suara-suaranya memperdengarkan ayat- ayat
Allah begitu memukau hati khalayak yang hadir. Lautan Muslimin dan muslimat
yang hadir untuk mendengar kuliah beliau itu.
Teringat saya pada artikel yang ditulis di sebuah
ruangan akhbar yang seakan menghentam mahasiswa di universiti kami. Al-maklumla,
pada ketika itu pihak universiti juga membuat suatu majlis ilmu. Tokoh yang
hebat juga dipanggil untuk memberikan ceramah berkaitan bidang penulisan. Saya rasa,
rakan-rakan semua mesti kenal tokoh yang dikaitkan dengan novel yang
berunsurkan syiah. Tidak perlu saya nyatakan namanya di sini. Menurut akhbar
itu, mahasiswa tidak begitu berminat dengan program penulisan dan kurang nilai
ilmu.
Hebat putar belit akhbar ini. Lumrah di
dalam berita. Tidak semestinya benar belaka. Saya ingin bertanya wartawan yang
membuat artikel itu, adakah dia pergi menghadiri majlis ilmu yang disampaikan
oleh Ustaz Don pada petang semalam. Jika dia ingin mengetahui ilmu yang
menjadi pilihan hati mahasiswa/i di universiti saya bukanlah ilmu yang boleh menggugat
pemikiran kita tetapi ilmu Allah, ilmu agama. Nanti saya sertakan buktinya.
Kami mahasiswa/i dahagakan ilmu agama. Hanya
ilmu ini sahaja yang mampu membentuk peribadi kami. Saya rasa tiada masalah
memanggil ustaz-ustaz yang popular daripada kita memanggil artis yang entah
apa-apa gayanya. Harga dibayar mahal kesannya kosong pada diri mahasiswa/i. Masalah
sekarang ini kita terlalu takut dengan politik. Ada Ustaz yang diblacklistkan
sehingga tidak boleh memberikan ceramah di mana-mana agensi kerajaan. Ilmu itu
bukan kita punya. Tapi Allah punya. Perlu disebarkan dan wajib di dakwahkan!
Agaknya saya sudah lari dari tajuk ye. Hehehe..
okayla berbalik pada isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don semalam. Banyak
perkara yang dikongsikan oleh beliau terutamanya berkaitan dengan solat
kita. Para sahabat yang sayang kerana Allah, solat itu tiang agama. Hanya solat
yang akan membentuk disiplin kita. Jaga adab bacaan di di dalam solat. Tahu rukun
solat. Ingat ye jika kita salah membaca Al-Fatihah, maka solat kita akan
terbatal. Saya ulangi solat kita akan batal!. Hendak tahu bagaimana diri seseorang
itu, lihat cara dia beribadah. Gunakan waktu yang ada untuk berdating dengan
Allah
Beliau juga turut menceritakan tentang
akhlak nabi, sebagai seorang pemimpin, suami, dan kekasih Allah. Kita mesti
mencontohi kekasih Allah ini. Jangan sesekali kita menghina atau membuat
tanggapan yang negatif kepada baginda Rasulullah dan keluarga baginda. Beliau juga
turut mengesyorkan sebuah buku yang perlu dibaca oleh kita semua iaitu ‘Wajah
Kasih Rasulullah’ karangan Misbah Em Majidy. Saya sudah mendapatkannya dan
saya menyeru anda semua perlu mendapatkannya juga. Buku itu menceritakan
bagaimana peranan nabi sebagai seoarang suami, calon isteri pilihan nabi, cara
nabi menjaga hati isteri-isteri baginda dan banyak lagi topik menarik yang
perlu kita khadamkan sebelum kita mendirikan rumah tangga. InsyaAllah
Kepada mahasiswa di universiti saya,
rugilah anda sekiranya tidak menghadiri majlis ilmu yang dipayungi malaikat
rahmat semalam. Carilah ilmu itu di mana sahaja kerana ilmu tidak cukup dengan
membaca atau melihat kita perlu mendengar. Besar pahalanya dan hebat kuasanya
kepada kita.
Sedikit sedutan potret semalam…
Saya dan Ustaz Don. Pejam mata la pulak!
Gaya Ustaz ketika penyampaikan ceramah
Antara khalayak yang hadir
Kami dan ustaz Don
Cuba cari gambar sy tengah berbual dengan Ustaz.
Hehehe
Ada jugak gambar tengah bersalam dengan
ustaz, moga-moga ada ibrah dari beliau
Sedikit sedutan video. Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment