Labels

Pages

Followers

Monday, October 8, 2012

Ketenangan ini...



Ketenangan ini hadir lagi, saat diri bungkam tidak rasa bernadi. Bisikan ayat sucimu menerangi setiap corak hatiku. Titisan air mata membasahi pipi. Aku termenung, bingkas membaca makna-makna kata-katamu itu. ALLAH, DIKAU berikan lagi peluang yang entah ke berapa banyaknya. Saat aku alpa, aku pergi tanpa kata, saat aku berduka DIKAU  hadir tanpa berkira. ALLAH, hambamu ini begitu lemah, hambamu ini begitu kerdil, dosaku ibarat desiran pasir di pantai dan lautan yang dalam, dosa yang putih ibarat buih di lautan yang tak bertepian.

ALLAH, surat cintamu itu meresapi dada dan nadiku..ALLAH, ku pohonkan DIKAU kekalkan istiqamah ini. Cukuplah kepedihan dan kesakitan lalu yang buatku menjauhimu. Aku tak tega lagi, aku tak upaya lagi. Setiap ujian datang berkunjung di dalam rumah hatiku ini. Ada yang tabah ada yang pasrah dan ada yang lelah. Tapi semuanya itu ku bangkit kerana aku merasa diriku tidak sehebat ujian yang dikau berikan kepada para wali dan nabi yang DIKAU cintai. Ku yakin DIKAU juga mencintai ku

ALLAH, eratkanlah hubungan ini, kuatkanlah iman dan taqwa ku ini. Ku pohon dikau matikanlah hatiku dulu kerana hati dulu penuh debu dosa yang bersarang di dalam jasadku. ALLAH, DIKAU hidupkanlah hatiku yang baru. Hati yang sentiasa rindukan cintamu, hati yang sentiasa cintakan keluargaku, hati yang sentiasa mengasihi kekasihmu. Moga-moga peluang yang kesekian kalinya ini dapat ku gunakan dengan sebaik-baiknya.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...