Labels

Pages

Followers

Saturday, December 18, 2010

BERKATNYA DOA SANG IBU..

Ayat 23 surah al-Isra' menyatakan firman-Nya yang bermaksud: Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah berbuat baik kepada IBU BAPA.

Assalamualaikum buat sahabat semua..ntah kenapa hati ini terdetik untuk berkongsi cerita tentang IBU..mungkin sahabat sudah biasa mendengar cerita-cerita sedih berkenaan dengan perjuangan seorang insan yang mulia yang bergelar IBU..Ku titipkan cerita ini bukanlah untuk memainkan perasaan anda semua tapi untuk peringatan buat diriku juga pabila berjaya dan berumahtangga kelak..

   Ok2..kita start cerita ya..kita selalu kita terngiang2 di telinga kita pesanan ibu..walau di mana jua kita berada..tapi kadang2 pesanan dan nasihat itu kita hanya buat endah x endah sahaja..saya bersyukur kerana berasal dari keluarga yang sederhana..dan saat mula ayah dan ibu melayari bahtera runah tangga,,kehidupan mereka begitu sayu sekali..faktor kewangan begitu menghantui mereka..dan bila sy lahir,..sy menambahkan lagi..keperitan mereka..xpalah biarlah itu menjadi catatan peringatan untuk diri ini pabila berkerjaya kelak..eh..nak cerita ke nak ap nie...huhuhu..

   IBU,MAK.UMMI,MAMI,MAMA,MUM,...semuanya membawa maksud yang sama dan panggilan itu hanya terarah kepada insan yang mengandung dan melahirkan kita sahaja..ntah kenapa bila berbicara soal IBU ini hati terus menjadi sayu..sempat kah kita pulang ke kampung dengan melihat wajah ceria ibu yang masih bernyawa???atau.....erm...kita selalu menangis kerana benda lain..bila kita gagal,putus cinta kot..bergaduh,,dikeji orang dan macam2 lagilah..tapi pernah ker kita menangis kerana IBU kita????

     Air mata yang berderai di pipi kita itu bukanlah menitis pabila ibu sudah tiada tetapi air mata itu sebagai peringatan buat kita kepada kasih cintanya kita buat ibu..berdoalah untuk ibu ayah juga..kadang-kadang kita selalu utamakan..benda lain yang ingin kita miliki..kita berdoa pada tuhan..tapi ada atau tidak kita doakan kepada kedua ibu bapa kita?sahabat..xkan doa kepada mereka..bila mereka tiada nanti???saya rasa kalau sahabat cuba buat perubahan sikit bila berdoa nanti INSYAALLAH..kehidupan sahabat mesti ceria..nak ubah camner ni syiekh???ok..bila sahabat berdoa..lepas berzikir..utamakan doa kepada ibu bapa dulu..contoh Ya Allah ya Rahman Ya Rahim..kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kau rahmatillah kehidupan mereka..kau cintailah mereka sebagaimana mereka mencintai aku..kau murahkan rezeki mereka untuk memudahkan mereka memberikan nafkah kepda kami sekeluarga..ya Allah kau jauhilah mreka dari sebarang malapetakamu..Ya Allah.. hambamu ini amat menyayangi permata yang xternilai harganya ini..andai dapat digantikan dengan nyawa biarlah kau Ambil nyawaku dahulu..ya KARIM..YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..ameen..terpulang pada sahabat untuk berdoa kepada ibu bapa..dan ayat itu atas luahan kati masing2..kemudian barulah kita bermohon kepada benda yang lain..

     Sahabat ada tak terfikir yang ibu kita di kampung sentiasa berdoa kepada kita????ya sang ibu memang selalu berdoa untuk kita..dan setiap kata-kata mereka itu pun sudah menjadi doa..sahabat IBU ini jangan sekali-kali dilawan,,sahabat suka ke kalau airmata ibu yang jatuh bukan kerana kejayaan kita tetapi kerana kekecewaan ibu atas sifat kita..oh lupa sahabt kalau setiap kali hendak melakukan perkara yang baik jangan lupa minta doa ibu ya...pernah tak sahabat rasa bila kita telefon ibu untuk mendoakan kejayaan kita..suara ibu seakan2 sayu..hening je dia menjengah ke telinga kita..kita tanya dia sakit ke..ibu jawab tak..kita tanya dia ada masalah ker ibu jawab tak..semua ibu simpan di dalam hatinya untu menjaga hati kita..kadang-kadang dalam telefon kita meninggikan suara dengan ibu..sahabat andainya masa itu Allah mencabut nyawanya semasa berbual dengan kita?saya..nie seorang yang tidak suka menangis...tapi bila bercerita soal ibu nie...mulala..air mata yang berderai..huhuhu..pernah tak tiba-tiba kita telefon ibu kita cakap..IBU TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAHIRKAN SAYA DAN TERIMA KASIH KERANA MEMBESARKAN SAYA..IBU AMPUNI DOSA SAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT YER..sejuk hati kita bila ibu jawab yer..nak..ibu ampunkan semua dosa kamu..erm..kita nie time raya jer nak minta ampun..salah tu sahabat..sucinya insan yang bernama ibu ni tiada tandingannya...ya kita mengatakan lelaki hebat...tetapi NABI Allah sendiri pun lahir dari rahim seorang wanita yang bergelar IBU..

     Selama saya bergelar pelajar banyak kejayaan yang dianugerahkan tuhan kepada saya..tapi saya yakin salah satu penggerak kejayaan saya adalah datang dari DOA SEORANG INSAN YANG BERGELAR IBU...oklah sahabat sekadar renungan saya titipkan sebuah video dan beberapa keping gambar untuk tatapan kita semua..sebenarnya banyak lagi kisah ibu ini ingin saya titipkan..tapi biarlah sekadar ini dahulu..tidak lupa juga..kisah pengorbanan seorang bapa akan juga saya titipkan di entry yang akan datang..BI IZNILLAH..

Pesanan terakhir dari seorang ibu sebelum menemui tuhan semesta alam..ALLAHU AKBAR!!
(GAMBAR INI DI AMBIL DI DALAM BLOG-http//politik3suku.blogspot.com)
SAHABAT ..saat ini air mata darah pun tidak akan dapat mengembalikan nyawa ibu lagi..
bersyukurlah kita masih mempunyai seorang IBU....SAYA SAYANG IBU.....

HAYATILAH SETIAP LIRIK DI DALAM VIDEO INI

Ibu Mithali

Rabbani

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari


Ibu oh ibu fitrah ku murni

Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi



Ibu oh ibu hatimu suci

Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga



Ibu oh ibu kau serikandi

Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami



2 comments:

Norzulsuriana binti Yahaya said...

cerita kali ini mmg menarik minat sy..post kali ini membuatkan hati ini meruntun sayu di malam hari... terkenang arwah ibu yg sudah lama pergi..semoga ibu aman disana... amin..
syukran.....

SyAE SyEa said...

tak terniai ksih ibu :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...