Labels

Pages

Followers

Thursday, December 23, 2010

ROCK DAN DAKWAH....

ROCK DAN DAKWAH

Salam buat sahabat semua..hari nie..sy ingin berbicara tentang hiburan di tanah air kita..erm..rasanya tidak layak untuk berbicara soal artis nie..saya bukan wartawan hiburan..saya bukan cik gayah,bukan  minah gebu..atau bukan marilyn cantik bukan juga pengendali ruangan soseh-soseh..tapi sy ingin mengajak saudara berfikir sejenak masih adakah artis rock tanah air kita yang turut berdakwah dalam agama? Pelik bunyinya kan? rock atau hajarun atau batu..sudah tentu sama seperti sifatnya KERAS..

Sya yakin korg semua mesti pernah dengar lagu rock yang berunsur ketuhanan? Eh ada ker? Ada…dalam kita layan lagu-lagu rock kapak dulu-dulu..ada juga sesnsitiviti agama pada hati mereka untuk berdakwah..tahniah saya ucapkan..dulu..kita menilai artis rock nie jahat,terlibat dengan dadah, pengotor..n yang paling penting rambut mesti panjang..hrmm..terpulang la pandangan korang mcmner..dalam en3 kali nie saya nak membawa korg semua untuk menghayati beberapa lagu rock kapak yang berunsur ketuhanan bahkan lirik-liriknya lebih syahdu dari lirik yang ada di dalam lagu nasyid..betul!!! nanti korang hayati ae..pernah korang dengar artis nasyid berduet dengan kumpulan rock??? Tentu ada kan??

Ingat kita pada arwah Ustaz Asri vokalis kumpulan nasyid Rabbani..arwah pernah berduet dengan rocker tanah air ..siapa lagi kalau bukan brother kita..saudara Amy Search..adakah lagu ISABELLA yang mereka dendangkan bersama atau lagu GADISKU?? ..Tidak sahabat..lagu yang membawa arwah ustz Asri untuk berduet dengan Amy adalah lagu MENTARI MERAH DIUFUK TIMUR..apa ada dengan lagu ini??? Kalau sahabat benar2..hayati setiap inci lirik lagu tersebut ia mengisahkan tentang hari KIAMAT…apa hari kiamat??? Ya…sya sediakan video lagu ini untuk sahabat hayati..
Kita postpone jap tentang saudara kita amy…ada lagi ker kumpulan nasyid nak berduet dengan artis rock??? Ada lagi..kenalkah sahabat pada brother Awie..vokalis kumpulan wings…beliau juga pernah berduet dengan kumpulan nasyid raihan??? Lagu ape yang dinyanyikan oleh mereka itu..lagu SEJATI? MISTERI MIMPI SYAKILLA? INTANKU KESEPIAN??? TIDAK sahabt lagu duet mereka adalah lagu-DARI TUHAN
Ok..nak lagi lagu rock berunsur ketuhanan kenalkah kita kepada BANDI AMUK??? Dalam suara kerasnya juga turut tergerak hati untu berdakwah..lagu PERGI TAK KEMBALI pernah didendangkan oleh saudara Bandi..walau versi rock tapi lirik itu amat bermakna..AMuk juga ada menyanyikan lagu berunsur ketuhanan dan sahabat boleh dengar lagu JERNIH.. DAN AKU MAHU PULANG..
Erm..mcmner pulak dengan kumpulan XPDC.. atau dulu dikenali sebagai raja fun-fair..sapa kata diorang xpernah buat lagu berunsur ketuhanan? Ada..sahabat…cuba sahabat dengar lagu HIJAU BUMI TUHAN.. lagu tue berbicara tentang indahnya ciptaan tuhan dan kta perlu menghargainya sebaik mungkin..
Last but not least..kenalkah anda pada kumpulan SWEAT CHARITY..dulunya vokalis kumpulan itu ialah papa rock kita..uncle RAMLI SARIP..antara lagu diorang yang berunsur ketuhanan ialah lagu yang bertajuk BATU.. sedap lagu nie…lirik yang penuh bermakna dan penuh madah kata..buat manusia yang selalu alpa dengan dunia..
Baiklah sahabat..mungkin sahabat lebih banyak tahu tentang lagu-rock yang berunsur ketuhanan..sama2 lah kita berkongsi ilmu ini..ampun maaf en3 ini bukan untuk mendewakan lagu-lagu rock.tetapi untuk kita memilih lagu yang mempunya mesej untuk dihayati dan diteladani..semoga sahabt terhibur dengan video lagu yang telah disediakan itu..sekian..

3 comments:

cik inaz_luqluq said...
This comment has been removed by the author.
...Nur Insan..... said...

salam...

adakala lgu nsyid pn boleh melalaikn..lbh2 lagi lgu yg ada unsur2 'cinta' pd m'sia di dlmnya... akhir kta, t'pulang pd dri utk memilih hiburan yg btol2 m'didik jiwa...

Unknown said...


Assalamualaikum...Nak berkongsi link Melayu Band...Lagu berkonsep Rock berunsur keagamaan...Selamat Menghayati!!!

http://www.youtube.com/watch?v=mtAaUzTeM50

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...