Labels

Pages

Followers

Sunday, December 19, 2010

DALAM HATI ADA TAMAN...YER KER????

Lelaki Oh Lelaki..nak citer tentang ap pasal  kaum adam nie????ermm..ramai orang cakap lelaki nie egonya tinggi,angkuh,,..susah nak menangis,kasar tak romantik macam-macam la lagi..tapi bg sy..orang yang dah berpasangan je tau perihal sang lelaki yang penuh MISTERI ini..sahabat..coretan kali ini bukan nak menghentam mana2 gender..tapi hanyalah sekadar perkongsian bersama..ok Lelaki..macam2 lagu tentang lelaki ini...lelaki buaya darat..ish sedap betul minah indon tu nyanyi yer..pastu lagu Lelaki ini..anuar zain.. ermm maher zain xbuat lagi kot single pasal lelaki..heheehe..sebenarnya Lelaki ni walau gagah mana pun..walau gentle mna pun..walau vough sekalipun..tapi hati dan mindanya mudah tertawan kepada tiga TA ni (harta,wanita,takhta)..Lelaki bukan boleh dipandang dari sudut luaran sahaja tetapi sudut hati juga perlu ditelusuri..


     Sudah menjadi lumrah kehidupan kita ni lelaki pasangannya wanita..dan saling memerlukan antara satu sama lain..namun di akhir zaman ini kaum yang bernama lelaki ini semakin kurang ditelan arus dunia...eh...sapa kata lelaki kurang tue..kat pusat serenti banyak?????KENAPA Semua nie berlaku?ke mana sebenarnya lelaki cerminan akhlak NABI? ke mna perginya lelaki pembela agama yang suci ni? masalah sosial semua ada lelaki..bahkan pelacuran pun lelaki terlibat..ape cer??..kita sebagai pelindung kepada wanita kini jadi perosak kepada wanita....kesian kaum mereka..sang lelaki menabur kata cinta pujian nista hingga wanita terpesona pastu membawa kepada lembah ZINA..yalah pokok takkan bergoyang kalau tiada angin..tapi masalahnya  bukan pasal pokok tapi psal LELAKI..

    Abg mat bukan nak bletiaq..hehhee..tapi sekadar renungan..kan dalam al-Quran ada sebut lelaki pelindung kaum wanita...marilah sama-sama kita berdakwah kepada lelaki spesies ini,,tak semua lelaki macam tue..banyak lagi Lelaki yang baik budi pekerti santun kata hati..penyejuk jiwa nurani...wahhh...gituu..ok sambung balik..lelaki cerminan akhlak nabi lah yang kita perlukan kini..bangkitlah kaum lelaki..buktikan pada dunia kita bukan kaum yang mudah dipersalahkan..jadikanlah Rasul dan para sahabat sebagai kekuatan kita untuk berjuang..ketepikan semua perkara yang boleh merosakkan kita..Wahai Lelaki tanggungjawab kita besar kelak..bila berjaya bukan sahaja kita nak berbakti kepada ibu bapa tapi untuk rumahtangga kita kelak..kitalah yang akan membentuk anak dan isteri..terangi mereka dengan cahaya keimanan bukan diterangi dengan cahaya kemaksiatan..

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34:
maksudnya:
Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka”

    Lelaki punya jiwa yang keras sekeras batu..tapi kalau ia tersentuh...dia akan jadi selembut sutera..guna jari pun boleh...hehehe..betul sy x tipu..cuba nak tunjuk tue payah sikit la..tapi hati lelaki penuh gelodak rasa yang sukar untuk di fahami golongan wanita..kadang-kadang ok..kadang k.o..ermmacam2 ada..lelaki oh lelaki..dalam hati ada taman.taman?teman?pengalaman?xperla..semua mempunyai tafsiran sendiri tentang LELAKI..jadi sama-samalah kita muhasabah diri..monologlah dengan diri anda..buat kaum wanita..adakah pasangan anda betul-betul lelaki???
mau nanges jugak ker??


3 comments:

Unknown said...

jiwang juga ya kamu husairi..hehe

Hafiza Hafinas said...

bace la wahai lelaki.. abg mat, lagu yg sblm ni tajuk pe ek?? best la lagu tu...

Anonymous said...

qss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...