Labels

Pages

Followers

Thursday, August 16, 2012

Benarkah Manusia berhati binatang atau….


Saya ingin membawa anda semua tentang kisah kemanusiaan. Kita dikurniakan akal yang waras fizikal yang cerdas dan kehebatan yang pantas dalam setiap segi. Syukur pada Tuhan yang mengurniakan keistimewaan ini. Kita banyak berbeza dengan haiwan atau binatang. Tapi mereka punya otak dan kita juga punya otak. Otak kita dan mereka dibezakan dengan kurniaan akal yang boleh  berfikir. Tapi kita lagi teruk daripada makhluk yang bernama binatang seandainya sifat kita lebih kejam, ganas dan melampau. Kita melanggar nilai kemanusiaan.

Hari ini, masalah sosial kian meningkat. Kes buang bayi, pembunuhan, rompakan, rogol, dan jenayah semakin parah. Kadang-kadang saya malu dengan makhluk yang bernama kucing. Mereka lebih tahu menghargai apa yang dipanggil sebagai zuriat. Mereka lebih menyayanginya! Kadang-kadang saya tertanya-tanya benarkah ungkapan manusia berhati binatang ini???? Mungkin  selepas menyaksikan video ini anda akan mempunyai jawapannya. Benarkah binatang itu zalim, kejam dan ganas. Kita melihat harimau itu ganas tapi dia masih tahu menyayangi anaknya! Kita melihat burung-burung di awan seakan tiada arah tuju. Tapi mereka pun tahu akan waktu. Malu kita dengan mereka. Waktu sang Matahari mula terbenam (Maghrib) mereka sudah pulang ke rumah mereka tetapi kita baru hendak keluar rumah. Bukankah waktu ini syaitan banyak berkeliaran?

Kebanyakan dari kita menjadikan binatang sebagai bahan makanan. Ini sudah semestinya untuk memberikan tenaga kepada kita. Ikan, ayam, lembu, kambing dan sebagainya punya rasa yang enak. Tetapi sedarkah kita bagaimana makanan yang kita makan itu di proses? Ibarat kata guru saya antara sebab mengapa kita susah mengingat pelajaran dan menjadi degil adalah berdasarkan pemakanan kita. Selain daripada aspek haram kita juga terlupa bagaimana binatang itu disembelih, bahan apa yang mereka gunakan dan adakah si penjual dan penyembelih itu bersolat dan adakah mereka Islam atau tidak?

Fanatiknya kita kepada KFC, MCD dan A&W. Pendedahan berkenaan dengan makanan yang terdapat pada syarikat terkemuka ini sudah didedahkan tetapi kita masih tidak boleh melupakan keenakan makanan tersebut. Makanan ini menjadi kegemaran umat manusia. Ayam goreng yang rangup, lazat dan enak. Justeru, saya ingin mengajak para pembaca semua menonton video ini dengan hati dan perasaan anda. Fikirkan sejenak adakah dengan cara ini makanan yang kita rasakan sedap itu di proses? Siapa yang memproses makanan ini? Sudah tentunya manusia dan benarkah manusia itu berhati binatang atau…..

Saya wajibkan anda menyaksikan video ini sampai ke akhirnya. Masa anda takkan rugi. Wahai jiwa-jiwa yang tenang..hayatilah..…

3 comments:

~ Cik LuLu ~ said...

kejamnya gmbr tu >.<

pospey said...

rambut sama hitam hati lain-lain manusia berakal tapi akal digunakan hanya 30% sahaja selebihnya ikut gerak hati.

drzira said...

manusiaaaaa~~~ tu kategori manusia syaitan agaknya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...