Labels

Pages

Followers

Tuesday, August 14, 2012

Kau Disayangi kerana Menyayangi..



“Ya Allah dikau rahmatilah kehidupan kami sekeluarga, Ampunilah dosa kami, ampunilah dosa kami, Ya Allah kau sayangi keluarga kami sebagaimana kau mencintai nabi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, hamba mu ini merintih sayu meminta cinta padaMu. Ya Allah hati ini kuat kerana Mu Ya Allah. Ya Allah ujian ini akan ku hadapi dengan tenang akan ku harungi walau jalan yang ku beri ini panjang. Dikaulah sebaik-baik perancana Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin.”

Tenangnya malam itu meresap ke dalam jiwa Puan Solehah. Saban malam dia meminta sesuatu pada penciptanya agar dikurniakan kehidupan yang lebih sempurna. Dia redha dengan segala pemberian dari Tuhannya.  Puan Solehah mempunyai seorang suami yang istimewa fizikalnya dan seorang anak lelaki yang semakin meningkat remaja

Kediaman mereka jauh di hujung kampung. Rumah papan yang kecil dan menunggu masa untuk menyembah bumi menjadi syurga pada mereka. Andai langit menangis, kesejukan akan mereka rasa dan jika matahari memerhati, kepanasan yang mereka perolehi. Bagi mereka cukuplah ada sebuah kediaman untuk berteduh. Rumah usang itu diberikan oleh penghulu kampung.

Akibat kesempitan hidup, Puan Solehah terpaksa menggunakan sepenuh keringatnya untuk menyara keluarganya yang tercinta. Dia tidak pernah rasa sesal dan kesal di atas takdir yang menimpa dirinya dan keluarganya.

********

“Ibu, ibu dah selesai  solat malam ye.” Soal Rahman kepada ibunya.

“Ye nak, kenapa sayang? Rahman nak makan ke? Ibu minta maaf nak, makanan petang tadi ibu dah berikan kepada ayah nak.” Jawab Puan Solehah.

“Eh, tak lah ibu. Rahman dah kenyanglah. Rahman tak boleh tidurla malam nie. Rahman nak berbual dengan ibu boleh?”

“Boleh nak. Ayah Rahman dah tidur ke?”

“Sudah ibu..”

Keheningan malam itu membuka lembaran antara seorang insan yang bergelar anak dan seorang mawar yang bergelar ibu. Hanya pelita menjadi peneman setia mereka dan di sambut dengan nyanyian unggas dan cengkerik. Mereka sekeluarga sudah lali dengan bunyi itu. Bagi mereka ia satu indahan. Satu zikir pada Tuhan.

“Ibu, Rahman dah tak sanggup lihat ibu bekerja terlampau keras. Rahman dah menjadi beban ibu kan? Ibu sepatutnya menjaga ayah je. Tapi Rahman menambahkan beban ibu. Rahman rasa bersalah ibu.”

“Sayang, sayang tak pernah langsung menyusahkan ibu. Sayang lahir dari rahim ibu. Ibu bertanggungjawab atas Rahman. Selagi daya ibu akan ibu jaga Rahman dan ayah dengan sebaik mungkin. Ibu sayang kamu. Ibu sayang keluarga ibu nak.

“Tapi ibu, kenape Allah tarik kudrat Ayah? Allah nak menyusahkan ibu ye? Allah tak sayang keluarga kita ye ibu?”

“Astagfirullahalazim, sayang jangan kata macam tue nak. Allah sayang pada kita. Allah bagi ujian buat kita supaya kita sentiasa dekat pada Allah nak. Allah nak bagi ibu pahala yang banyak. Allah pun nak bahagi pahala dekat Rahman. Kesabaran kita akan pasti Allah balas satu hari nanti sayang”

“Uhuk…uhuk..uhuk..” Suara Pak Rahim suami kepada Puan Solehah tiba-tiba memecah perbualan mereka.

“Rahman, ayah batuk tue. Jom kita tengok ayah.”

“Baik mak.”

“Ayah, ayah sakit ke?”

“Abang, biar Solehah urut abang ye?”

Pak Rahim seorang suami yang begitu penyayang. Dulu beliau yang menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga. Pak Rahim melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarganya yang tercinta. Mengambil upah menoreh getah, membuat rumah dan mencari bahan-bahan terbuang semua telah dilakukannya.

Dalam kegigihannya mencari rezeki. Allah telah memberikan suatu ujian yang hampir meragut nyawanya. Pak Rahim telah terlibat di dalam kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mencari bahan yang terbuang. Sebuah kereta mewah telah melanggarnya. Kejadian itu telah mengakibatkannya lumpuh kedua kakinya. Kini dia hanya mampu melakukan tugas-tugas yang ringan sahaja. Segala pergerakannya terbatas.

“Takpe Rahman, ayah batuk sikit je. Biasalah umur dah meningkat nie. Pak Rahim menyandar di dinding rumah papannya sambil di urut oleh isterinya.

“Ayah, Man risau tengok ayah. Ayah, Man sayangkan ayah. Man tak pernah rasa menyesal dengan keadaan ayah ni.”

“Ye man, ayah pun begitu. Man, boleh janji sesuatu dengan ayah tak?”

“InsyaAllah yah.”

“Man, nanti bile ayah dah takde kau jaga mak kau baik-baik ye? Jangan menyusahkan mak tau? Ayah selalu menyusahkan mak. Ayah suami yang tak berguna man.”

“Abang, tak baik abang cakap macam tue. Solehah redha bang dengan keadaan abang nie. Solehah bahagia ada abang di sisi. Selagi Solehah terdaya, Solehah akan jaga abang sebaik mungkin.” Solehah terus mencium pipi suaminya itu

“Mak, ayah..Man selalu berdoa pada Allah untuk murahkan rezeki kita. Supaya kita dapat keluar dari kehidupan kita sekarang. Man bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi man nak mak dan ayah hidup dalam keadaan selesa. Tapi Allah masih tak makbulkan doa man. Kenapa mak?” Soal Rahman kepada ibunya.

“Man, ajal, jodoh dan rezeki tue semua milik Allah. Allah yang memberi dan Allah yang berhak menarik balik. Allah menguji kesabaran seorang hamba kepada Penciptanya. Man kita kena terus berdoa dan berharap pada Allah. Rezeki Allah kurniakan kepada setiap manusia cuma bezanya dari segi waktu dan masa. Ada orang Allah kurniakan rezeki yang cepat di dalam waktu yang singkat ada orang Allah kurniakan rezeki yang lambat di dalam waktu yang lewat. Semua itu ujian buat kita Man.” Pujuk ibunya.

“Ayah yakin dengan janji Allah man. Man ingat ayat Allah ni ye`~ berdoalah nescaya akanKU perkenankan~. Man, kita jangan putus berdoa dan berusaha. Mungkin nanti bila ayah dah tiada rezeki mak dan man bertambah. Tapi man jangan lupakan ayah sekali ye. Man hadiahkan doa buat ayah juga ye man?”

“Abang…” Puan Solehah merayu kata.

######

BERSAMBUNG

1 comment:

ana_liyana said...

Assalamu'alaikum wbt..
Salam ziarah.
Teruskan sambungan ya! :)
Jazakallah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...