Labels

Pages

Followers

Friday, August 10, 2012

IKLAN RAYA BERNAS VS IKLAN RAYA PETRONAS


Saya agak lewat untuk menonton iklan ini. Tetapi sekali sahaja saya menontonnya saya sudah jatuh cinta dengan iklan ini. Saya lebih merasai apabila melihat filem pendek ini. Masa saya tidak rasa sia-sia. Tidak seperti saya menonton filem Mael Lambung yang penuh dengan adegan 18 SX. Maaf. Walau saya peminat Zizan tetapi filem beliau ini telah mengecewakan saya. Begitu juga dengan filem Momok Jangan Cari Pasal. Inilah yang terjadi apabila pengarah ingin menjadi pelakon. Kalau nak buat kelakar biarlah ikhlas. Saya terpaksa mencari adegan lucu untuk melihat filem ini. Mujurlah saya tidak terlepas solat tarawikh. Maaf, saya bukan pengkritik tetap filem Malaysia.

Filem pendek dari Bernas ini sememangnya bernas. Saya rasa begitu tersentuh apabila menontonnya. Hati anak mana yang tidak merindui keluarganya yang tercinta. Rindu semakin kuat apabila kita berada di perantauan. Kedua-kedua filem pendek ini menggunakan watak budak kecil yang begitu berkesan. Wajah kecil inilah yang telah memberikan saya kesedaran erti kehidupan dan keluarga. Ya. Saya akui. Wajah kecil ini akan menjadi seorang pemuda. Dan seorang pemuda inilah yang akan memimpin negara. Sukarno telah membuktikannya.

Filem dari Bernas ini menceritakan kisah dua orang anak yatim yang tinggal di rumah tunas harapan. Hati mereka tersentuh apabila semua sahabat mereka pulang ke kampung halaman masing-masing dan hanya mereka sahaja yang tinggal di dalam asrama tersebut. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Jalan mereka penuh liku. Saya sangkakan mereka dapat berjumpa dengan keluarga tercinta tapi mereka hanya bertemu dengan pusara ibunda yang mereka kasihi. Allahu Akbar, bagaimana ya kalau ia terjadi kepada kita?.


Saksikanlah filem ini dengan hati anda!


Filem raya dari Petronas juga tidak kurang hebatnya. Sebelum ini, filem-filem hasil terbitan syarikat minyak terkemuka negara ini begitu mendapat tempat di hati penonton. Tahniah buat mereka. Filem raya 2012 kali ini memaparkan kisah seorang engineer Petronas yang berkelana ke sebuah negara untuk melaksanakan kerjanya. Di sana dia telah dipertemukan dengan seorang kanak-kanak. Di sinilah kisahnya bermula
Saksikanlah filem ini dengan hati anda!
Seusai anda menonton kedua-dua filem ini. Lakukanlah penilaian. Bukan sekadar menilai tapi menghayati dan mensyukuri setiap nikmat yang diberikan. Moga ada pengiktibaran buat kita semua.

6 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

iklan sedih dan iklan pengorbanan.

farhalurve said...

iklan ni dah lame k..?
xperasan laa,, dah lame xtngok tv ..hehe ^^

♥♥szumika sakni♥♥ said...

sy ingtkn iklan petronas tu xder smbungan...overall memang best rsa sdh tgk dua2 iklan ni..memang pnh pengajaran....

miz ruha said...

dari dulu memang selalu tgu iklan petronas kalu time raya.
best.penuh dengan nilai2 pengajaran.

HUSAIRI HANAFI said...

farhalurve : iklan petronas tue dah lama..iklan bernas tue baru je lgi

hazanis said...

filem dari bernas sangat menyentuh hati..:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...