Labels

Pages

Followers

Monday, August 6, 2012

Ikhlas dariku, Sahabat


Untukmu sahabat
Ku tahu hatimu kini terluka
Kerana perginya sebuah nyawa
Memberi senyum pada semua

Untukmu sahabat
Maaf, kerana aku tidak mampu menjadi teman sempurna
Tapi akan ku cuba mengukir tawa dijiwamu
Menjadi manis bila dikau bersendu
Menukar resahmu menjadi lagu
Lagu kedamaian melodi ketenangan

Untukmu sahabat
Ku jua rasa kesakitan itu
Kerana ia juga peringatan buatku
Ku yakin kau punya hati yang waja
Gemalai jiwa yang kukuh
Tembok rasa yang utuh
Untuk kau tetap berdiri teguh

Sahabatku yang ku cinta kerana  Allah
Simpanlah linangan cahaya dari matamu itu
Kerana ku yakin dia pasti bahagia di sana
Cuma perlu doa dari kita semua
Ya! Pasti akan kita titipkan kuntuman mekar doa buatnya

Sahabatku
Ku jua yakin dia mencintaimu
Seperti dikau mencintainya
Kelana dia terlalu jauh
Kita jua akan pasti bersama dengannya
Allah maha perencana
Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA

Buat sahabatku
Ku pohon berjuta maaf
Andai coretan ini memberi gesekan duka buatmu
Tapi niatku bukan sesekali untuk menyakitimu
Aku ikhlas menitip tinta ini
Kerana hanya ini yang aku mampu
Kau sahabat kau temanku

Hadirkanlah senyum diwajahmu
Jadikanlah Allah sebagai tempat untuk kau mengadu
Moga tiangmu itu selamat mengembara ke alam sana

Ya Allah kuatkanlah hati sahabatku
Dikau berikanlah sesuatu yang berharga buatnya
Setelah dikau menarik sesuatu yang dia cinta
Ya Allah janganlah sekali dikau putuskan cintamu dengan cintanya
Aku hambamu yang hina
Mohon rahmat
Mohon hidayah
Agar sahabatku ini tabah dan redha
Dengan setiap apa yang direncana
Kerana ku tahu dikau tidak akan memberikan kesusahan
Kepada hambamu melainkan yang terdaya olehnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...