Labels

Pages

Followers

Saturday, August 11, 2012

Best ke Karoot Komedia X ?


Assalamualaikum.. Siapa di sini peminat rancangan Karoot Komedia x? Okay, untuk pengetahuan anda semua episod 10 sudah dikeluarkan. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk melihatnya di astro warna anda jangan risau kerana laman youtube akan membantu anda. Menarik juga untuk di tonton. Cerita pada kali ini mengisahkan tentang pengembaraan 3 orang pakar kaji sejarah purba..konon..ke sebuah gua yang mempunyai harta-harta lama. Di gua itu mereka telah bertemu dengan 3 orang purba yang menjaga gua itu. Banyak adegan lucu semasa pertemuan mereka. Hendak tahu selanjutnya. Silalah menonton Karoot Komedia X- Episod 10. Layan…

Sehingga minggu ini, sudah 10 episod Karoot Komedia x yang berjaya menarik hati penonton. Saya juga antara peminat rancangan ini. Antara episod yang menarik adalah episod 2,6,7,dan 9. Tak kering gusi dibuatnya. Tahniah di ucapkan kepada barisan para pelakon Yus, Johan, Jepp, Shuib dan Ebby Yus. Cerita bukan sekadar komedi tapi sarat dengan pengajaran. Kita fikir dan kita teliti. Lawak bukan sekadar lawak tempelan tetapi ada sindiran buat manusia yang sentiasa rasa hidup untuk menjadi tuan. Terbaik wok! Saksikanlah…

Episode 2 - Meting-Johan jadi s/u. Lawak seyy..

Episode 6- Jepp jadi Wartawan (lahir dialog-aku tumbuk kau nanti bah-dari johan)
Episode 7- Paling best! Ebby yus di sakat Yus.
Episode 10- Yus nyanyi lagu Adele tue..someone like you.
Episode 10 -Jepp, Yus dan Ebby yus memegang watak sebagai orang purba
Episode yang mana satu yang menjadi pilihan hati anda? Atau semua membosankan.hehe

1 comment:

Nira said...

sy pmnat No 1 karoot komedia tau he..bez pnuh ngn mesej.mnat sgt2 ngn pak yus..comel cam teddy bear hee =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...