Labels

Pages

Followers

Wednesday, October 31, 2012

♥ Setia Setangkai Mawar ♥- Last Part



Tiba-tiba……

“Saiful, jangan pergi lagi, papa panggil awak” Jerit Sofea ke arah Saiful

“Dup..dup.dup.” Degupan jantung Saiful kencang daripada biasa.

“Kenapa?” Soal Saiful Ringkas

“Ala..datang jela.. cepat..”

“Baik”

“Pak Cik tanya sekali lagi  betul kau nak memperisterikan Sofea?”

“Betul Pak Cik, tapi wang sebanyak yang pak cik minta itu saya tak dapat tunaikan pak cik, saya minta maaf.”

“Saiful, jangan kau khuatir soal wang itu ye.” Bincang dengan keluarga kau kemudian datang bawa rombongan

“Apa mak cik??”

“Kau nak bawa ke tak?” Dato’Salleh bersuara.

“Nak..nak”

“Gelojoh”

“Yes!!!” Saiful melonjak kegirangan.

“Sofea, papa dan mama boleh terima kalau suami kau tidak berharta kerana harta itu boleh di cari tetapi papa tak boleh terima kalau suami kau gila!” Ujar Dato Salleh.

“Err..maafkan saya pak cik. Teruja! Hehehe..”

********

“Abang, dah setahun kita berkahwin kan? Alhamdulillah macam-macam dugaan yang kita hadapi tapi semuanya dapat kita atasi kan abang?” Soal Sofea kepada suaminya.

“Ye, Lea, Abang bersyukur dapat isteri macam Lea, sayang isteri yang paling baik! Sayang kalau dipilih untuk bermadu abang tetap pilih sayang seorang.”

“Eh betulke abang nie?”

“Betol sayang..tapi kalau….”

“Kalau ape? Owh gatal ye..” Sofea mencebikkan mukanya sambil mecubit paha Saiful.

“Aduh, sakitla..sayang ingat tak cerite masa zaman dulu ada orang pengsan di bilik stor bila berjumpa dengan lembaga berbaju putih. Kesian perempuan tue sayang. Penakut rupanya dia.”

“Oowh..Ye Abang, rupanya kan lembaga tue seorang lelaki yang terkunci di dalam bilik tue. Nama je lelaki tapi buka pintu pun tak boleh. Masa dengar suara dia memnita tolong tue, suara takut dia mengalahkan perempuan bang.” Sinis Sofea

“Hehehe.. nie sape perli sape nie?”

“Eleh, abang yang start dulu kan?”

“Yela tuan puteri kesayangan hamba.”

Mereka berpelukan manja. Bahagia rumah tangga mereka seutuh cinta Adam dan Hawa, setuguh kasih Shah Jehan pada Mumtaznya dan seindah kisah Romeo dan Juliet. Bahagia itu bukan dipandang pada harta tetapi dinilai pada agama dan akhlaknya.

            Mereka melayari bahtera rumah tangga dengan penuh ceria. Badai sementara yang menimpa diatasi dengan kesabaran, mereka tekad mereka nekad bahawa rumah tangga ini amanah mereka berdua. Walau apa yang melanda harus diselesaikan bersama. Soal kerja hanya dipejabat tetapi apabila di rumah utamakan urusan rumah tangga.

            Daripada seorang pencuci kini Saiful menjadi pengurus syarikat mencuci kenderaan yang terbesar di Malaysia. Jawatannya hampir setanding dengan isterinya. Mereka bahagia. Ya mereka bahagia.

 ********

“Abang Saiful, sebuah cawangan Car Wash kita telah dirompak dan dirosakkan!” Ujar Hisyamudin.

Hisyamudin merupakan orang kepercayaan Saiful di dalam menguruskan perniagaannya itu. Dia juga dahulu seperti Saiful tidak punya apa-apa. Namun, disebabkan kegigihannya bekerja dan tidak mudah berputus asa dia mampu memperolehi pendapatan yang lumayan. Saiful menjadi idola dan ketuanya.

“Apa?” Saiful terkejut

“Kita bergerak ke sana.”

“Baiklah.”

Kereta Pesona Elegance Hitam milik Saiful memecut laju untuk melihat keadaan kedai mencuci keretanya itu. Mereka hanya pergi berdua dan…

Hati saiful seakan rungsing kerana kedai itu merupakan cawangan terbesarnya. Boleh dikatakan antara lubuk dia mendapatkan duit. Kedai mencuci kereta itu begitu tersohor di ibu kota kerana di samping harganya yang murah, layanannya juga begitu memuaskan hati pelanggan, di samping itu, Saiful juga bijak di dalam urusan perniagaannya. Beliau juga turut mewujudkan kedai makan dan ruang untuk menonton siaran  bola sepak. Dia merupakan peminat tegar pasukan Perak dan Liverpool.

            Lumrah dalam kehidupan. Apa yang disangkakan baik tidak semestinya berakhir dengan baik. Begitulah jua dengan takdir yang menimpa Saiful dan Sofea. Mereka hanya mengikut perancangan yang ditakdirkan oleh yang Esa.

            Setelah melihat kedainya yang dirosakkan itu dia terus bergegas ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan. Kali ini dia memandu sendiri. Hisyamudin tidak dapat mengikutnya kerana perlu membersihkan kedai yang telah dirosakkan itu bersama rakan-rakannya.

            Saiful bergegas ke balai polis. Belum sempat dia tiba di balai polis kereta Pesona Saiful dihimpit oleh sebuah kereta Proton Saga Biru yang dikeluarkan pada tahun 1994. Kereta itu menghimpit Pesona Elegance Saiful.

“Dum!!” Satu bunyi kuat kedengaran di kawasan jalan itu.

Saiful telah melanggar sebatang pokok. Mujurlah dia hanya mengalami keceraan ringan.

“Siapa yang menghimpit aku tadi. Syukur mujur aku tiada apa-apa.” Bisik hati Saiful

Tiba-tiba datang dua orang lelaki berkaca mata hitam.

“Kau dengar sini Saiful! Kau ingat perniagaan kau dah besar kau boleh buat apa sahaja?Hah?”

“Siapa kamu berdua ni?” Tanya Saiful kehairanan

“Sudah!! kau jangan banyak tanya.Kau ingat ye! Kalau kau rampas lagi perniagaan kami siap kau aku kerjakan.”

“Kau ni siapa nak kacau aku hah?Aku tak pernah mengganggu sesiapa pun. Kau ingat aku takut. Aku ada Allah!”

“Owh.. ada Allah.”

“Zapp! Pisau rambo itu dihunus ke arah perut Saiful.”

“Ya Allah.” Saiful hanya mampu terbaring

“Mana Allah kau???Jawab dekat aku sekarang.” Lelaki bengis itu bersuara.

“Kau ingat ye? jangan sesekali kau cabar kami lagi. Kalau ikut hati aku nak bunuh je. Tapi aku nak bagi pengajaran dekat kau. Betolke Allah tu akan tolong kau?”

Dua orang lelaki itu terus meninggalkan Saiful. Saiful tidak mampu lagi membuka mata dia cedera parah!

            Lumrah di dalam dunia perniagaan. Sifat dengki mendengki pasti ada apabila seseorang itu mencapai kejayaan di luar jangka. Hakikatnya rezeki kita semua sudah diaturkan oleh yang Esa. Semuanya atas usaha kita yang menentukannya. Harta yang banyak tidak mampu menebus segala dosa kita, duit yang menggunung sesekali tidak akan mampu membeli syurga Allah yang maha indah dan mahal!

********

“Abang, bangunlah abang, abang Lea rindukan abang..sampai bila abang nak macam nie.. Abang dah tak sayang Lea ke? Abang.. Lea sanggup tunggu abang walau berapa lama sekalipun. Abang..”

“Lea jangan menangis sayang… abang ada dengan Lea, jasad abang ada dengan Lea. Lea ini takdir Allah, tadbir kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Lea, tabah sayang..”

“Abang, Lea minta ampun kalau ada yang melukakan hati abang sepanjang Lea bergelar isteri abang, abang tolonglah sedar abang..”

“Abang, Lea rindu senyuman abang, Lea rindu pelukan abang Lea rindu rumah tangga kita.”

“Sayang, abang tahu sayang, abang rindu semua tue..sayang ujian abang nie bukan untuk memberi beban pada abang tapi Allah nak hapuskan dosa-dosa abang, andai abang pergi selamanya abang yakin, Sofea pasti mendoakan abang.”

“Abang, bangunlah…buka mata abang..Sofea tidak mampu lagi menahan kesedihannya. Dia menangis semahunya…”

Peti talian nyawa di sebelah katil Saiful menunjukkan corak yang mendatar

“Tit..tit..titttttttttttttttttttttttttttttttttttt…………….”

“Abang………………..”jerit Sofea

Allah maha berkuasa!

“Sofea,…abang masih hidup nie. Kenapa menangis sayang?” suara Saiful lemah

“Ya Allah..terima kasih Allah..Sofea memeluk suaminya dengan erat. Abang jangan tinggalkan Lea lagi. Lea pohon abang…”

“Lea..jangan menangis sayang..abang ada di sisi Lea.”         

            Doktor Khusyairi tiba bersama jururawatnya. Dia bergegas ke katil Saiful. Dia jugak agak kehairanan dengan peristiwa yang menimpa Saiful ini. Namun dia sedar, tugasnya sebagai seorang doktor bukan mampu menyembuhkan penyakit manusia tetapi hanya Allah sahaja yang boleh memberikan kesembuhan. Doktor Khusyairi amat bersyukur dengan apa yang berlaku.

“Ida, tolong laporkan kepada Doktor Nurul bahawa pesakit ini sudah sembuh.” Pesan Doktor Khusyairi kepada Ida selaku jururawat yang membantunya

“Baik doktor.”

“Puan, Alhamdulillah semuanya sudah direncanakan. Berkat doa puan dan keluarga akhirnya Encik Saiful sedar juga dari koma. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Encik Saiful ye.”

“Terima kasih doktor, Doktor dan Doktor Nurul yang selama ini banyak membantu kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa doktor.”

“Puan, sebenarnya bukan saya tapi Allah. Kami hanya pelaksana amanah yang diberikan ini. Segala ilmu yang Allah berikan ini harus kami gunakan sebaiknya. Tugas doktor ini bukan hanya merawat hati pesakit puan, tetapi kami juga harus merawat diri kami sendiri supaya dekat dengan Allah.Ujar Doktor Khusyairi.
“Boleh saya tanya sesuatu doktor?”

“Saya lihat doktor dengan Doktor Nurul tue macam serasilah. Maaf ye doktor menyibuk pulak.”
“Heee.” Doktor Khusyairi hanya mampu tersenyum apabila menerima usikan Sofea.

“Puan, saya rasa biarlah suami puan itu berehat dahulu ye. Saya minta diri dulu puan. Assalamualaikum.” Luah Doktor Khusyairi kemalu-maluan.

“Waalaikumsalam.”

            Saiful kembali sedar dari koma. Dia begitu bersyukur pada yang Esa kerana diberikan peluang yang kedua untuk meneruskan kehidupannya. Sofea juga begitu. Tongkat dan sayap semangatnya kini kembali hadir menyinari hidupnya. Mereka bahagia. Ujian yang mereka terima itu menjadi bukti cinta setia antara dia dan Saiful.

Suamiku yang tercinta, aku setia bukan untuk meraih harta tapi kerana bukti cintaku pada Yang ESA, duhai suami yang tercinta, aku kini kembali bersinar cahaya, hadirmu menerangi kelopak mawarku, kau menjadi sayap ku untuk ke sana dan kau menjadi perisai ku untuk aku berlindung berkelana, Ketahuilah olehmu wahai suamiku sayang akan ku cuba setia, akan ku cuba membahagiakan dirimu yang ku cinta, biar sama-sama kita sampai di dalam pelabuhan rumah tangga dan doaku moga pelayaran kita ini diberkati oleh NYA.~Sofea~

Sebelum menutup cerita ini. Dengarlah melodi indah ini..hayati….

p/s : Karya ori dari Husairi Hanafi, segala watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena pada yang masih hidup atau yang sudah tidak bernyawa. Semoga kisah ini memberikan satu kesedaran buat kita semua. Penulis mempunyai banyak kekurangan. Mohon tunjuk ajar dari kalian semua. Terima kasih diucapkan kepada yang membaca. LOVE ALLAH.

TAMAT


1 comment:

fiQRa said...

kena baca dari part 1 ni.. seronok je cerita tu ;)

penulis yer? :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...