Labels

Pages

Followers

Tuesday, October 30, 2012

♥ Setia Setangkai Mawar ♥- Part 2



“Saiful, kau betul ke suruh mak meminang Sofea tue nak? Kau sedar tak kedudukan keluarga kita?” Luah Puan Mariah kepada anaknya, Saiful.

“Ayah bukan tak setuju dengan hasrat kau tue Saiful tapi, ayah takut keluarga dia menolak. Dia enggang Saiful tapi kita nie pipit je.” Tambah Pak Murad

“Ayah, mak, dia dah jelaskan kepada Saiful, harta bukan ukuran bagi dia.”

“Tapi, keluarga dia? Kau dah berjumpa keluarga dia?” Soal Pak Murad

“Erm…belum mak.”

“Apa nanti keluarga dia kata. Kau tahukan keluarga kita nie sederhana. Bapak kau nie hanya ada tanah sekangkang kera je. Harta pun takda. Mak pulak ada rantai pusaka pemberian arwah nenek kau je.”

“Saiful, mak tak halang kau nak bernikah tapi mak risau dengan jodoh pilihan kau. Dia anak orang berada Saiful.”Luah puan Mariah

Pak Murad dan Puan Mariah seakan menentang hajat anaknya itu. Mereka sedar akan status sosial yang akan menjadi batu penghalang kepada niat suci anaknya. Allah itu maha berkuasa. Kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang tidak pernah kita rasa dan kadang-kadang Allah akan menarik berkat yang amat kita pinta. Allah itu adil sifatnya.

Puan Mariah seakan memahami isi hati puteranya yang tercinta itu. Dia akur akan keputusannya tetapi biarlah pihak di sana juga bersependapat dengannya dan mampu menerima kehidupan mereka sekeluarga. Jika harta yang menjadi prasyarat utama, itu bukan mereka dan jika takhta yang menjadi matlamat utama, juga bukan mereka tetapi jika bahagia yang dipinta mereka pasti akan berusaha, mereka pasti akan memberikannya.

“Saiful, mak rasa kau jumpalah dengan keluarganya dulu ye? Berdoalah moga keluarga Sofea suka kepada kau.”

“Baik mak.”

Telefon Samsung Corby berwarna hitam dan putih dicapai. Dia pantas menaip nombor telefon Sofea

“Tut..tut…tut…tut..Hello Assalamualaikum, Sofea esok family awak ade dekat rumah tak. Saya nak berjumpa dengan family awak la, ada perkara penting yang perlu dibincangkan. Saya harap boleh ye. Ini soal hubungan kita.” Soal Saiful bertubi-tubi

“Err….siapa ye awak nie??Ni makcik Sufiah la, amboi Saiful.. macam mana boleh tersalah dial nie?? Nama mak cik dengan Sofea pun kau dah tak dapat bezakan? Takkan nama mak cik pun kau tulis my love jugak???” Usik Makcik Sufiah ibu saudara Saiful.

“Alamak mak cik, hehehe malunya saya. Mak cik, saya minta maaf ye? Mak cik doakan ye moga semuanya berjalan lancar. Assalamualaikum mak cik.”

“Kali nie mesti betul! Sabar Saiful..” Bisik hati Saiful.

Belum sempat Saiful mencari nama Sofea di telefon bimbitnya, tiba-tiba nama itu tertera dan dia terus menekan punat terima panggilan.

“Allah, mudahnya untukmu mendekatkan jodoh hambamu ini.” Bisik hati Saiful

“Assalamualaikum awak, sebenarnya ada perkara penting yang saya perlu beritahu awak.”

“Waalaikumussalam, saya pun ada perkara untuk saya sampaikan kepada awak. takpela awak cakap dulu ye?”

“Erm baiklah, awak family saya nak jumpa awak la”

“Gullp..er….awak bergurau ae?”

“Ish takla awak, saya serius nie. Esok awak free tak?”

“Ya Allah, Sofea sebenarnya perkara itu jugak yang saya nak sampaikan kepada awak.”

“Awak, datang ye esok saya dan keluarga tunggu awak.”

“Erm..awak, awak dah jelaskan ke tentang saya dan family saya?”

“Sudah awak, awak jangan risau ye.”

Pucuk dicita ulam mendatang dan seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal begitulah bidalan tepat untuk diri Saiful. Dia bertekad, walau apa pun yang terjadi dia akan berusaha untuk memenangi hati ayah dan ibu Sofea. Dia berusaha, dan selebihnya dia hanya mampu berdoa pada yang Esa.

Hari itu bagai hari yang paling bersejarah buatnya. Dia kini berada di hadapan sebuah rumah banglo. Ketinggian pagar melepasi ketinggian dirinya. Dia kaget! Benarkah ini rumah Sofea. Dia memberanikan diri menekan loceng rumah itu.

“Assalamualaikum, Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam” Mak Cik Salmah yang merupakan orang gaji di rumah Sofea itu menjawab salam Saiful.

“Anak nie Saiful kan? Masuklah nak, tuan dan puan dah tunggu kamu nak”

Suara dan lenggok gaya bahasa Mak Cik Salmah persis ibunya. Saiful terus mendapat kekuatan apabila terbayang wajah ibunya.

“Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusanku ini untuk memetik setangkai mawar cintaku ya Allah.” Doa Saiful.

“Tuk..tuk..tuk.. Assalamualaikum pak cik, mak cik”

“Waalaikumsalam awak nie Saiful ke?” Soal ibu Sofea

“Ye Mak Cik” Jawab Saiful ringkas sambil menghulurkan tangan kepada ayah Sofea.
“Duduklah Saiful”

“Terima kasih pakcik, makcik.”

“Mak cik, sebenarnya saya membawa hajat besar datang ke sini.”

“Kalau kau ada hajat pergilah dekat tandas belakang tue. Minta mak cik Salmah tunjukkan.” Jawab Dato Salleh selamba sambil membelek akhbar Kosmo

“Ish abang nie, bergurau tak kena tempat. Mak cik minta maaf ye Saiful, biasalah pak cik kau nie memang selalu bergurau. Sofea selalu jadi mangsa dia mal cik pun sama.”

“Eh, takda apa-apala mak cik, mak cik…pak cik..er…se..se…se..be..be..narnya..sebenarnya..”

“Kau nie kenapa Saiful gagap je. Cakap jer. Pakcik tak pekak lagi la.”  Nada Dato’ Salleh tegas kali ini.

Saiful begitu gugup apabila berhadapan dengan kedua orang tua Sofea. Pada kebiasaannya, Dato Salleh dan Datin Sarifah lebih selesa dengan gelaran Auntie dan Uncle. Panggilan moden! Tetapi lidah Saiful seakan sukar untuk menyebut perkataan Inggeris itu. Dia memanggil mereka dengan gelaran pak cik dan mak cik sahaja. Panggilan kampung!

Mereka sebenarnya sudah tahu hajat Saiful itu. Walaupun  hanya pertemuan pertama mereka tetapi mereka sudah dapat membaca apa yang bermain di kotak fikiran Saiful.

“Kau nak melamar anak kami?” Suara Datin Sarifah memecah kebuntuan Saiful.

Sofea yang masih berada di bilik sambil mencuri dengar perbualan antara Saiful dan kedua orang tuanya ketawa di dalam biliknya. Sengaja dia membiarkan Saiful berseorangan.

Saiful terdiam.

“Mak cik, saya tahu saya tidak layak untuk anak mak cik saya mengaku mak cik saya hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci sahaja. Siapa saya jika nak dibandingkan dengan keluarga mak cik. Mak cik saya akan cuba sedaya upaya membahagiakan Sofea seadanya saya dan sehingga akhir hayat saya mak cik. Pak Cik, Mak cik saya tahu mak cik dan pak cik mesti ragu-ragu dengan saya tapi saya akan buktikan pada makcik dan pak cik. Saya tiada harta yang boleh buat Sofea bahagia tapi saya ada Allah yang akan menolong saya untuk membahagiakan Sofea.” Jelas Saiful

Dato’ Salleh dan Datin Saripah berpandangan sesama mereka. Mereka bagai seia dalam memberi jawapan.

“Kamu betul-betul ingin melamar Sofea? Kamu boleh turuti permintaan kami ini?”

“InyaAllah mak cik saya akan cuba sedaya upaya saya”

“Selalunya beginilah jawapan pemuda yang datang untuk melamar Sofea.” Jawab Dato’ Salleh ringkas.
“Mak cik, saya akan cuba usahakan apa yang pak cik dan mak cik hajati itu.”

“Baiklah kalau begitu, sediakan kami 7 dulang hati nyamuk, 8 mangkuk limpa kuman dan 7 kolam air mata ikan duyung!” Muka Dato’ Salleh serius!

“Ape abangnie, abang nie dah giler ke?” Marah Datin Sarifah

Sofea yang berada di dalam bilik terus ketawa. Mahu sahaja mengeluarkan suaranya tetapi dia tidak terdaya

“Bergurau pulak orang tua nie…” Bisik hati Saiful

“Kau ada RM100,000 tak?”

“Astagfirullahalazim, banyaknya pak cik, mana saya ada duit sebanyak tue, gaji saya pun belum cukup nak kumpul wang sebanyak tue.”

“Habis tue macam mana kau nak kahwin dengan anak aku? Ni bukan soal jual anak tapi kau tahu kan Sofea tue satu- satunya anak kami.”

“Pak Cik, Mak Cik kalau duit yang  diimpikan saya pohon maaf, saya tak mampu nak tunaikan hasrat saya itu. Saya mendoakan Sofea mendapat jodoh yang terbaik dari saya.”

            Sofea terkejut dengan kata-kata Saiful itu. Air matanya tiba-tiba menitis. Tergamak ayahnya berbuat begitu. Mengapa harta yang ayahnya pentingkan, mengapa tidak kebahagiaan dirinya.

            Mungkin jodoh mereka tidak mampu lagi diteruskan. Perbedaan status tidak dapat lagi dielakkan. Siapa Saiful untuk menandingi Sofea. Cinta yang dulunya indah kini menjadi parah. Harapan yang diimpikan mekar kini bertukar warna yang pudar!

“Mak Cik, pak cik izinkan saya mengundur diri. Saya mengucapkan terima kasih kerana mak cik sudi berjumpa dengan orang hina seperti saya. Assalamualaikum.”

Saiful berlalu pergi tanpa berpaling lagi. Harapan yang diimpikannya sejak sekian lama dibiarkan terbang menggapai langit biru Ilahi. Pudar segala angan. Luntur setiap apa yang menjadi pandangan..Sepi menyelubungi diri. Langkahnya longlai meninggalkan pintu rumah Dato’ Salleh.

********

BERSAMBUNG DA….

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...