Labels

Pages

Followers

Wednesday, October 24, 2012

♥ KISAH ABANG DAN SAYANG –(AIDILADHA) ♥



Lelaki : Assalamualaikum cik adik manis, sihat ker? Macam mana dengan kuliah ok? Eh, Ustazah kita dah nak raya Aidiladha nie. Ustazah tak balik kampung ke? Ooo beraya dekat kampus ae? Hehehe..

Perempuan : Waalaikumssalam wahai kumbang hitam, Hehehe..Alhamdulillah, Ustaz sihat ke? Eh, ape pulak tak balik mesti la balik kampung, Ustaz takpela, Ustaz kan kuat berdakwah.

Lelaki : Aik, macam perli jer, berdakwah-berdakwah juga tapi usrati tak boleh lupe wahai Ustazah, mestila balik kampung untuk urusankan kisah kita nie..

Perempuan : Gulp….errrrr

Lelaki : Gapo pulok buat muke cenggitu? Saya bergurau je Ustazah, InsyaAllah jodoh tue kan rahsia Allah.

Perempuan : Ha tau pun, siapa berani jumpa mak ayah saya dulu diala yang akan berjaya ke peringkat seterusnya. Faham Ustaz??

Lelaki : Er..baiklah Ustazah..serius nampak!

Perempuan : Off course serius, ini bukan cubaan ini berul-betul, ini soal hati dan perasaan, ini soal taqwa dan iman. Perkahwinan harus disemai atas dasar tanggungjawab bukan atas cinta semata.

Lelaki : Fuh! Saya kena dengar tazkirah nie ae? Heee

Perempuan : Ye! Ustaz saya nak tanya beberapa soalan boleh?

Lelaki : Boleh, tanyalah tapi kalau soalan tentang tue..err saya berani jawab saya masih single dan belum berpunya lagi.Hee

Perempuan : Ish, bukan itulah. Mohon Ustaz ceritakan tentang peristiwa Aidiladha boleh? Saya teringin sangat nak tahu kisah ni. Ustaz kan hebat boleh buat ayat berbunga-bunga boleh cerita soal politik, ekonomi dalam negara takkan kisah hari raya Aidiladha nie tak boleh. Small matter jer kan..Lelaki nie kena tahu ilmu agama. Kalau tak macamane nak didik isteri dia nanti. Betul tak Ustaz? Heee..

Lelaki : Emm..tiba-tiba saya rasa bagai ada pisau yang menghiris kalbu saya. Pedih jugak. Hehehe. InsyaAllah saya cuba ye. Kisah dia berbunyi macamni..Ehem-ehem, dengar ye kawan-kawan..Hehehe.. Pada suatu hari nabi Allah Ibrahim telah bermimpi bahawa Allah telah menyuruh baginda untuk menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas mendapat mimpi tue, Nabi Ismail pun terus memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Mereka berbincang. Lalu Siti Hajar berkata “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur sahaja, tetapi jika mimpi itu merupakan wahyu Allah maka wajiblah dikau turuti” Apabila mendengar kata-kata itu Ismail terus berkata “Wahai ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Perempuan :Owh..lepas tue apa jadi? Agak-agak kalau kita la kan Allah uji untuk menyembelih sendiri anak kita mampu tak kita buat Ustaz? Yakin tak kita dengan Allah kan?

Lelaki : Anak kita? Er…ok fine..Allahuakbar Allah maha besar, Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Apabila persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa Ismail untuk disembelih. Orang ramai yang mengetahui berita penyembelihan ini begitu terkejut dan menganggap nabi Ibrahim gila. Tetapi apa pun kata orang, nabi Ibrahim tidak langsung menghiraukannya. Baginda setia menurut perintah penciptanya. Setelah mereka sampai ke tempat yang hendak dituju puteranya itu terus berkata “ Wahai ayahku, aku fikir cara yang terbaik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah mestilah ditutup. Ayah, ayah mesti tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat pada leherku.”

Lalu nabi Allah Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah yang hadir di dalam mimpinya itu. Baginda mengucap kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher puteranya itu. Maka terperciklah darah dan mengenai badan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim menggeletar seluruh tubuhnya dan terus membuka penutup matanya. Alangkah terkejutnya Nabi Allah itu apabila melihat benda yang disembelihnya itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas! Dengan memuji kebesaran Allah SWT, baginda dan puteranya itu berpeluk seeratnya dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan kekuatan sehingga mereka mampu melaksanakan amanah Allah yang berat ini

Perempuan : Allah, hebatnya ujian Allah pada nabi kan Ustaz, kita nie bila diuji sedikit mesti mengeluh mesti mudah putus asa. Nabi pun diuji dengan ujian nyawa dari keluarga tercinta. Kita wajib ambil pengiktibaran dari cerita nie kan Ustaz? Syukran ye kerana sudi berkongsi. Nak tanya lagi boleh?

Lelaki : Insyaallah boleh, tanyalah takda tol pun.Hehehe.. Bila ntah tol kat Malaysia ni nak dihapuskan. Pemimpin makin kaya tapi rakyat miskinnya melata!

Perempuan : Hehehe.ke situ pulak. Ok tuan Ustaz, saya nak tanya nie boleh Ustaz ceritakan berkenaan dengan hari raya Aidiladha?

Lelaki : InsyaAllah, di dalam bahasa arab Hari raya Haji atau Aidiladha nie disebut sebagai ‘Eid Ul-Adha. Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13 bulan Zulhijjah pada setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah dan sambutan ini diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10 atau 11 atau 12 atau 13 Zulhijjah.

Perempuan : Owh, maknanya Ustaz, cerita kisah penyembelihan anak nabi Ibrahim ni ada kaitan la dengan Hari raya Aidiladha?

Lelaki : Ya benar bu, Hehe..Aidiladha merupakan satu perayaan umat Islam yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran dan ketabahan baginda untuk memenuhi perintah Allah.

Perempuan : Owh, korban pulak?

Lelaki : Upacara korban akan dilakukan selepas sembahyang. Antara binatang yang boleh dikorbankan seperti lembu, kambing, dan biri-biri. Para jemaah akan bergotong royong di dalam majlis ini. Daging-daging sembelihan itu akan diagih-agihkan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Perempuan : Owh. Hebat ilmu Ustaz ye.

Lelaki : Ish takdala Ustazah oi. Itulah pentingnya kita menuntut ilmu. Ilmu ini jambatan untuk kita menuju iman. Dengan cara apa kita memperoleh ilmu. Dengan belajar di sekolah, universiti, mendengar kuliah-kuliah agama dan membaca buku-buku ilmiah dan agama. Kita kena rajin membaca. Saya teringat kata-kata hukama ~Siapa diri kamu pada masa akan datang akan dicorakkan dengan buku apa yang kamu baca sekarang!~

Perempuan : Ermm..macam perli jer nie..

Lelaki : Ish takdela, peringatan untuk diri saya jugak. Kita boleh habiskan masa dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah tetapi kenapa kita tidak boleh luangkan masa untuk menbaca dan menghayati surat cinta dari Allah dan membaca buku-buku ilmiah.

Perempuan : Syukran Ustaz, di atas nasihat tu ye. Ni lah ciri suami mithali.

Lelaki : Ye ke?

Perempuan : Ye kere..Hehehe..gurau jelah.. jangan marah ye. Kita persiapkan diri ye! Jadilah soleh dan solehah pasti datang untuk kita solehah dan soleh.

Lelaki : Ye! Moga Allah rahmati ukhwah kita ini. Selamat menyambut hari raya Aidiladha ye Ustazah. Maaf zahir dan batin

Perempuan : saya pun, mohon maaf ye. Selamat menyambut hari raya Aidiladha jugak. =)

p/s : sedikit dialog santai dari penulis. Mohon maaf sekiranya secangkirbicara telah membuat banyak kesilapan sepanjang menulis ini. Terima kasih kepada pembaca setia. Pohon doa dari kalian semua moga penulis dapat terus menulis dan memberikan ilmua yang berguna buat bekal penulis di sana nanti. Ameen. Selamat menyambut hari raya Aidiladha ye, Maaf zahir dan batin


3 comments:

Alynn Nyzaa said...

Selamat menyambut Aidiladha :)
thanks singgah..sy follow blog Secangkir bicara..

Zati Novelis said...

Hehe.. Best pulak tengok Ustaz tu bercerita sambil mengusik..

Salam EidulAdha :)

qanaah said...

assalamualaikum^^ huhu. sangat best ayantnya. suke... huhu... macam perbualan real ;) hee.,... btw. semoga sentiasa menulisssssss :) iA.keranaNya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...