Labels

Pages

Followers

Friday, May 10, 2013

Aku Terima Cintanya ^_^



Dalam makalah ada disebut sebuah perasaan yang indah, terkadang perasaan ini hadir tanpa kita rasa dan tanpa kita paksa. Ia mengalir bak air sungai yang mencari muaranya. Mengalir dan terus mengalir. Lihat air sungai yang jernih, sejuk dan mendamaikan. Begitu jugalah perasaan cinta kita yang ada pada diri makhluk. Perasaan ini akan menjadi indah seperti sungai yang jernih andai tidak kita kotorkan dengan nama ‘pencemaran’. Bahaya jika air sungai sudah tercemar. Habitat alam akan musnah bahkan akan menjadi punah. Perasaan cinta ini harus ada kawalan dan harus ada piawaian yang telah kita tetapkan. Andai kita memilih hanya untuk bersuka bukan untuk selamanya maka perasaan itu tidak kekal dan ia hanya sementara.

            Bagaimana mengawal perasaan ini? Sememangnya ia fitrah tetapi fitrah ini harus dilapik dengan sifat mahmudah bukan ditutup dengan sifat mazmumah. Payah bukan? Tidak..bukan payah tetapi kita yang tidak mahu mencari jalan yang mudah. Bagaimana mencari jalan yang mudah itu? Jawapannya kembali kepada fitrah kita..kembali kepada agama kita. Islam itu kan mudah. Segala hukum dalam kehidupan kita semua berkait dengan agama termasuklah perasaan cinta yang kita rasa ini. Islam itu apa? Islam itu cara hidup kita, the way of life. Maknanya semua berkaitan dengan agama. Perihal cinta ini sudah dirakamankan di dalam kita Allah yakni Al-Quran tetapi cinta itu didasarkan pada Ilahi barulah kepada hakikat insan yang bernama manusia. Terakam sebuah kisah cinta nan indah yang bermula di Syurga dan akhirnya berakhir di syurga. Alangkah indahnya jika kita juga begitu. Kisah cinta Adam dan Hawa bermula dengan bahagia disulami dengan ujian dari NYA terpisah di dunia akhirnya kembali juga di syurga.

            Tidakkah kita cemburu dengan cinta para nabi ini. Ya kita bukan nabi juga bukan rasul tetapi tidak salah kita mencontohi akhlak dan peribadi nabi bahkan itu yang disuruhkan oleh Tuhan. Fanatik kita terhadap artis melebihi fanatik kita terhadap para rasul dan nabi. Kita lebih cemburu melihat artis kita bahagia cinta dengan pasangan mereka bahkan mereka masih belum berkahwin dan hanya sekadar bercinta!! Mengapa tidak kita menjadi kan kisah para nabi sebagai teladan dalam percintaan. Allah itu yang utama kemudian baru makhluknya. Hendakkan bunga itu tumbuh subur mewangi di jambangan seri mestilah perlu dibaja dan dijaga rapi bukan hanya menanam dan terus membiarkannya meniti hari. Ia pasti akan gugur layu dan terus mati!. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia, hendakkan pasangan yang baik dan terdidik, kita juga harus mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang patuh dan setia pada Sang Maha Khaliq. Muhasabah diri kita, layakkah kita mendapat jodoh yang baik jika diri kita masih belum menjadi baik? Mungkin ada yang mengambil jawapan selamat. “jika kita tidak baik, Allah mungkin akan memberikan jodoh yang baik untuk kita dan dia mungkin akan membantu kita ke arah kebaikan.” Saya akui, memang ada tetapi selama mana dia boleh membantu kita jika kita sendiri tidak mahu membantu diri kita sendiri.

            Fahamkan maksud kalam Allah ini “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat”. Masa itu ada untuk kita berubah tetapi kita yang selalu menghilangkannya. Alangkah ruginya kita andai satu perasaan cinta yang dikurniakan kepada kita ini tidak dijaga dengan sebaiknya. Kita membiarkannya rosak dan terus menerus mengizinkan nafsu kita yang mengawal cinta kita itu. Bahaya dan amat bahaya. Apabila ia rosak syaitan yang kita persalahkan. Ini bukan soal syaitan tetapi soal diri kita sendiri. Kita yang tidak mahu dan tidak cuba untuk mengawal perasaan yang bukan-bukan itu. Bercampur dengan nafsu, zina dan noda akhirnya cinta yang kita bawa itu hanyut di lautan kebuasan cinta yang tiada batasnya. Sebelum perkara ini terjadi marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah agama dan perasaan ini. Cinta itu bukan sekatan tetapi harus ada kawalan!!
            

1 comment:

9n0L4 said...

bercintalah slps kawen. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...