Hari ini bersaksikan
langit dan bumi
Kau memadam seketika api
derita
Lafazmu menghentikan
segenap jiwa yang kecewa
Jerih mu dulu sudah kau
rasa
Keramat inilah yang
menjadi tanda kau berhenti seketika
Wahai ulama’ ku, aku
tahu kau tidak akan menyerah
Segenap ruang kau
difitnah
Setiap detik kau di
cacah dengan amarah
Amarah kepada golongan
yang ingin terus memerintah
Tapi ku tahu kau
berbakti hanya untuk Allah
Waktu ini, gerimis dari
langit meratapi perjuanganmu
Saatku lahir dikau sudah
mula melangkah
Menapak membina sebuah
negeri gagah
Menukar rosak menjadi indah
Saban purnama kau tidak
henti mencipta sejarah
Hai ulama’ ku ingin
sekali aku bertemu
Bilakah akan
direncanakan oleh yang Maha Satu?
Ingin ku rasa peluk cium
darimu
Inginku harap doamu
buatku
Semoga suatu hari nanti
pasti ada waktu
Aku kan terus menunggu
Sebelum mata dan tubuhku
menjadi kaku
Ku tahu di jagat raya
sana ada yang mercerca
Ditabur kata neraka,
dihambur bicara petaka
Takkan sekali aku
berganjak walau seketika
Kerana aku yakin kau
masih ada
Selagi hayat kau kan
terus berjuang menegak agama
Walau ramai yang
membenci
Tetapi ku yakin
bertambah ramai yang mencintai
Walau ramai yang pasrah
Tetapi ku yakin masih
ramai yang akan terus melangkah
Gagah dalam setiap
dakwah
Teguh dalam setiak
ukhwah
Yakinlah ini adalah
perancangan yang Maha Indah
DIA akan menggantikannya
dengan insan yang tabah
Walau tidak sama tetapi
pasti ada magfirah
Teruskan menitip doa dan
Zikrulllah
Demi sebuah perjuangan
menegakkan agama Allah..
Perjuangan itu
memerlukan kesabaran
Kesabaran itu lahir dari
sebuah keimanan
Keimanan itu lahir dari
segumpal darah yang diciptakan oleh Tuhan
Teruskanlah melakukan perubahan pada diri insan
Kita pasti akan mendapat
kemenangan
Jika bukan hari ini tapi
nanti
Jika bukan nanti, tunggu
di waktu yang kekal abadi
Yakinlah ini adalah
rencana dari Ilahi
Agar kita persiap
keseluruhan jiwa dan nurani
Bukan hanya menang pada
emosi
Tetapi mati pada diri
Kalah pada takdir yang
meniti
Menangis cumalah hatiku
Senyum rasa ku ulir
dijiwa
Ku tahu ada bahagia di
hujung sana
Ada cahaya di sebalik
lorong yang sirna
Ku yakin akan janjiNYA
Akhirul, Ku selimut
gerimis dengan doa
Mudah-mudahan Allah
merahmati kita semua
Allah, panjangkankanlah
umur ulama’ kita
Allah, jagalah negara
kita dari kerosakan dunia
Allah, peliharalah kita
dari azab dan seksaNYA.
Ameen….
No comments:
Post a Comment