“Kenapa ya..cinta kita tidak pernah kekal?”
“sebab kita tidak menjaga fitrah dan membiarkannya menjadi fitnah”
“Maksudnya apa?”
“Fitrah itu cinta. Fitnah itu perkara yang melalaikan kita apabila kita
bercinta seperti wujud rasa rindu, membawa kepada perkara yang melalaikan
akhirnya membuka jalan untuk menuju penzinaan”
“Salahkah untuk manusia mempunyai rasa cinta?”
“Rasa cinta itu tidak salah kerana Allah juga punya cinta kepada
hambanya yang senantiasa mengingatinya tetapi apa yang membuatkan ia salah
apabila si pencinta itu menyalahgunakannya”
“Maksudnya tidak memahami erti cinta.
Cinta tidak semestinya bersua muka cinta tidak semestinya saling berdua
dan cinta tidak semestinya ada pelbagai rasa. Cinta itu cukup dengan doa,
istiqarah dan istiqamah”
“Betul. Dari mana datangnya perasaan cinta ini. Ia datang dari segumpal
darah yang bernama hati. Hati ini Raja dalam diri kita. Pancaindera kita hamba
dalam menurut perintah raja kita. Apabila pandangan mata bertentangan dengan
pandangan hati maka akan berlaku konflik dalam menilai cinta. Konflik adakah
dia cantik hanya sekadar rupa atau cantik dari segi akhlaknya.”
“Putus cinta..erm.. adakah kita tidak layak dengan dia?”
“Bukan tidak layak tetapi kita belum layak untuk merasainya lagi. Fahamkan
perkataan tidak dan belum”
“Jadi mengapa perlu gusar? Sudah terdesak sangatkah mencari cinta
manusia yang belum halal? Jika tiada cinta sesama manusia tidak mengapa bukan? Adakah
ia boleh membawa kematian sekiranya kita tidak mendapatkannya”
*****
“ Sabar kunci orang beriman dan tahu erti sebuah ganjaran. Benar, rasa
cemburu dan bahagia melihat ramai sahabat kita yang sudah mendirikan rumah
tangga.”
“Kita? Bersabarlah dahulu..nanti akan tiba masanya. Allah telah
merancang sesuatu untuk kita. Ingat. Ibu bapa kita membela kita sedari kecil
dan masih rindu dengan kita mungkin Allah hendak mengatur rencana supaya cinta
kita masih setia kepada ibu dan bapa kita lagi dan tidak perlu di kongsi dengan
siapa-siapa lagi. Allah maha mengetahui. Bina perancangan untuk kita dan dia.
Antara amanah dan fitrah pilihlah yang perlu kita utamakan. Jika mampu tidak
mengapa tetapi jika tidak laksanakan segala apa yang belum dilaksana”
“Kan..bagus kalau ramai yang faham erti cinta itu. Bukan untuk memenuhi
tuntutan nafsu tetapi harus
berlandaskan ilmu dan pengetahuan. Meluah rasa
cinta kepada seseorang cukup MUDAH tetapi menjaga hubungan cinta
dengan seseorang itu cukup PAYAH”
“”
1 comment:
Semoga bertemu jodoh y baik
Post a Comment