Tulisan ini untuk koreksi diri
sendiri. Titipan ini peringatan tegas buat diri. Coretan ini juga bukan
memperli tetapi sekadar memberi erti. Erti sebuah hamba seorang abdi. Mari
sama-sama kita mencari ibrah di sebalik apa yang surahkan ini. Mudah-mudahan
ada sedikit jentikan hati dan secebis naluri ispirasi di dalam meraih redha
Ilahi.
“Awak, awak sayang saya banyak
mana?”
“Erm..saya sayang awak lebih dari
segala-galanya..”
“Betulke?”
“Mestila.. saya dah kenal awak,
saya taknak langsung awak berada dalam kesakitan atau disakiti. Saya sayangkan
awak”
“Awak.sekadar itu sahaja awak
sayangkan saya?”
“Kenapa”
“Saya cuba menjadi yang terbaik
untuk awak. Saya takkan ulangi kesilapan saya seperti cinta saya yang lalu.”
“Cinta awak yang lalu? Erm..awak
pernah bercinta ye sebelum dengan saya ni?”
“Erm..pernah..tapi semua itu
berakhir dengan kegagalan.”
“Awak curang ae dengan ex2 awak?”
“Ish ..xdala..mungkin Allah belum
izinkan.”
“Habis dengan saya. Allah sudah
izinkan ke?”
“Awak..saya cuba jadi yang
terbaik, saya nak buktikan pada diri saya. Saya taknak lagi ulangi kesilapan
yang sama. Saya nak bawa awak bersama-sama dengan saya berubah.”
“Kenapa awak pilih saya? Sebab
rupa saya kan? Saya harap awak tak tipu diri awak dan saya.”
“Ikhlas saya cakap, saya jatuh
cinta dengan sifat yang ada pada diri awak. Pemalu awak. Sopan awak dan tegas
awak. Rupa soal kedua.”
“Kan..saya dah kata..mesti
berkaitan rupa.”
“Awak, kalau akhlak saya baik
tetapi muka saya tak..awak masih cintakan saya tak?”
“Erm..mungkin..”
“Mungkin??”
“Hehe..xdala saya gurau je..”
“Awak, saya pilih awak pun sebab
saya nak berubah, saya nak berubah jadi solehah. Tapi memang Allah izinkan kita
berubah…tapi…kita dan semakin jauh dari arah sebenar kita..Ermm…
“Saya yang salah”
“Erm…bukan awak tapi kita. Kita
dah melanggar batas-batas pergaulan. Bercakap dalam telefon berjam-jam, mesej
sampai lewat malam dan macam-macam lagi yang kita lakukan kadang-kadang lupa kita
hanya kawan yang ada talian ‘hubungan.” Emm..boleh saya tanya awak satu
soalan?”
Mestila..boleh..silakan
“Emm..maaf awak..awak rasa apa
yang kita buat semua ni Allah redha tak?”
“……………………………………………………..”
*****************************
Saya tinggalkan dialog akhir ini
untuk di jawab oleh pasangan yang sedang asyik di lamun cinta. Saya bukan
mengkeji apatah lagi membenci pada mereka yang sedang mengalami situasi ini
tetapi saya sekadar memberi peringatan buat diri dan anda yang saya anggap
sebagai insani dan hamba pada Ilahi.
Mari kita menyoal kembali diri
kita dan pasangan kita. Sejauh mana Allah redha dengan perhubungan kita dengan
pasangan kita.? Mengapa setiap kali bercinta kita mengalami kegagalan dan
banyak perkara yang kita lakukan semasa bercinta tidak menjadi kenyataan dan
akhirnya menemui kegagalan. Saya ingin membuat kajian berkenaan dengan peratus
kejayaan akademik kepada pelajar yang bercinta. Mungkin berjaya dalam kertas
jawapan tetapi bagaimana kejayaan untuk aplikasi kehidupan,
Ada yang merasa sudah serasi
bersama tetapi hancur apabila bertemu dengan orang ‘ketiga’. Adakah sang
kekasih sudah berubah hati atau jemu dan ingin mencari ‘pemandangan’ yang
baru?. Kita lakukan perkara yang baik pasti akan mendapat hasil yang baik
tetapi seandainya kita lakukan perkara yang buruk adakah Allah akan memberikan
hasil yang baik buat kita. Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Kita
sebagai hamba harus tahu apa yang Allah larang dan apa yang Allah perintahkan
bahkan semuanya sudah termaktub di dalam Al-Quran dan kita sahaja yang seakan
memandang sepi suruhan dan larangan Allah itu.
Sejauh mana Allah redha dengan
perhubungan kita. Mari kita bermain kira-kira. Seandainya kita sudah bercouple
dalam masa 5 tahun dan sepanjang tempoh percintaan kita itu pula bagaimana kita
menjaga batasan hubungan dengan pasangan kita. Mungkin ada sebahagiannya lulus
zina mata, kemaluan, kaki dan tangan tapi persoalannya bagaimana pula dengan
memelihara diri kita dari Zina Hati dan Telinga! Ya. Zina Hati dan Telinga.
Zina hati itu apa? Jawapannya RINDU. Dapatkah anda mengawal perasaan ini. Tanya
diri anda sekarang. Perasaan ini yang amat sukar untuk dibuang pada insan yang
sedang bercinta. Ini hakikat.
Rindu itu satu racun yang perlu
diubat dan dari rindu itu boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak
sepatutnya. Seminit tidak bermesej dengan kekasih anda diri seakan sepi dan
kosong. Ibarat kata Najwa Latip “kosong..kosong..”.Sehari tidak mendengar
suaranya dalam telefon telinga seakan pekak dan tuli! Bila suara dia hadir diri
dan semangat kembali gagah. Senyum menjadi indah dan hati pula hilang dari
keluh dan kesah.
Bagaimana dengan Zina Telinga?
Adakah anda kaki bergayut? Tempoh bercinta ini anda seakan percaya bahawa semua
perkara perlu diceritakan pada pasangan anda. Bahkan wajib..”Awak, kita dah
jadi kekasih jadi jangan ada apa-apa rahsia di antara kita ye?” Awak..janji
dengan saya ye setiap masalah yang kita hadapi kita harungi bersama ye”
Begitulah ayat yang sering diungkapkan
oleh spesis ini..bunyinya “macam comel je…macam cantik je” tapi
hakikatnya “macam bahaya je..” “macam Allah tak redha je”. Bahaya! Bagaimana
jika anda sudah putus dan ex anda itu menjaja keburukan yang ada pada diri anda
kepada kawan-kawannya atau kekasihnya yang baru. Aib dan aib. Awas dan awas.
Saya menasihati diri saya dan
anda semua. Moga apa yang kita lakukan di dunia ini mendapat keredaan Allah.
Bayangkan jika apa yang kita usahakan itu mendapat keredaan ALLAH..Rezeki
semakin bertambah, hidup sentiasa indah dan akan lahir keluarga yang mawaddah
dan rahmah!
1 comment:
Done read...
Post a Comment