Tanyalah
pada dirimu…
Jika
Allah kita pinggirkan siapa lagi yang akan memberikan harapan dan kesempatan?
Allah
sahaja tempat kita bergantung harapan. Jangan putus harapan teruskan walau kita
berada dalam kesusahan kerana kita ada Allah yang senantiasa memberi harapan
Jika kita
semakin jauh dengan Allah siapa lagi yang akan kita cari sebagai teman?
Allah
tidak pernah jauh dengan kita. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah senantiasa
memerhati hambanya walau tidak kita pinta tetapi DIA sentiasa Allah
Jika
solat kita sudah tinggalkan bermakna kita semakin jauh dari Tuhan
Bagaimana
kita hendak minta belas dan kasihan andainya kita menjauh dari rahmat Tuhan
Jika hati
kita sudah mati dari mengingati mati bagaimana kita hendak melakukan persiapan
selepas kematian?
Mati itu
syarat bertemu Tuhan. Persiapan semasa hidup perlu berakhir dengan kebahagiaan
di syurga. Dunia itu tempat kita berpenat dan akhirat itu tempat kita berehat
Jika
sudah melakukan kebaikan tinggalkanlah daripada melakukan keburukan
Hidup ini
memerlukan orang yang baik dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.
Jika sukar memberi jangan selalu meminta pada orang
lain
Pintalah
pada Allah dengan banyak memberi. Sesungguhnnya Allah itu maha pengasih dan
penyayang.
No comments:
Post a Comment