Labels

Pages

Followers

Saturday, August 11, 2012

Suara dari Kubur !


Kubur akan menjadi jendela untuk mengetahui dua kemungkinan rumah abadi buat diri kita kelak, iaitu Syurga ataupun Neraka. Orang yang beriman akan diperlihatkan jendela masa depannya yang menggembirakan dan sebaliknya, orang yang derhaka akan diperlihatkan melalui jendela berupa masa depan yang suram dan menyedihkan.

 Rasulullah s.a.w bersabda mengenai perkara ini : “Apabila seseorang itu mati, maka akan diperlihatkan baginya akan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia termasuk ahli syurga, dia melihat syurga dan apabila dia termasuk ahli neraka, maka dia pun melihat neraka. Kemudian dikatakan, “Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya di hari Akhirat.~Hadis Riwayat Muslim~.

Apabila manusia hendak ditanam ke dalam liang lahad, maka ada dua kemungkinan yang akan diterimanya. Kemungkinan pertama kubur akan menyambutnya dengan ucapan “Marhaban wa ahlan wasahlan, memang bagi kamulah bagiku orang yang lebih aku sukai berjalan di belakangku. Ketika aku telah menguasai hari ini dan dirimu telah kembali kepadaku, maka dirimu akan menyaksikan apa yang dilakukan kepada dirimu.” Kubur lalu diperluas seluas jauh mata memandang dan dibukakan pintu syurga untuknya.

Tetapi jika orang kafir yang dikebumikan maka kubur itu akan menyambutnya dengan ucapan, “La marhaban wa ahlan wasahlan, ketahuilah bahawa dirimu adalah merupakan orang yang amat aku benci yang berjalan di atas belakangku. Di kalau dikau sudah aku kuasai pada hari ini, dikau telah berada di dalam perutku. Maka, dikau akan mengetahui apa yang akan dilakukan kepada dirimu.” Kubur akan menghimpit dan menindihnya sehingga tulang rusuknya patah.

Kita yang memilihnya sama ada kita hendak ruang kubur kita sempit ataupan luas. Semua ini bergantung pada amalan kita di dunia. Kembaralah kita mencari redha Ilahi dan jangan sesekali kita meninggi diri, riak dan takbur. Siapa kita di dunia bukan jaminan untuk kehidupan kita ‘ di sana’ kelak. Dengan nyawa yang masih ada ini, gunakanlah ia sebaiknya. Moga kita menjadi orang yan bertaqwa dan beriman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...