Labels

Pages

Followers

Saturday, February 19, 2011

erm...Berilah Saya Masa...

Cinta pada manusia dirasakan begitu indah dan terkadang kita lupa cinta yang mana yang harus kita bawa pada mereka..kekadang kita juga mengagungkan mereka lebih dari segala..terdetik hati ini untuk sekali lagi mencipta diolag perbualan dua jiwa dalam cinta yang menanti bahagia tapi adakah ia berkesudahan seperti yang disangka…

Bermula pertemuan di alam universiti dan mereka saling berharap adakah ia kan kekal sehingga mereka habis belajar nanti dan mampu bersiap untuk ke alam yang lebih mencabar dan akan senantiasa di cabar..bermula dengan kawan biasa mengikat hubungan tanpa perlu dihebahkan kepada semua hanya doa kepada YANG ESA biarlah mereka dan DIA yang mengetahui kerna dialah yang merancang segalanya. Namun ada suatu yang membuat si gadis seakan terhalang untuk meneruskan cinta mulia seakan tersiksa jiwa jika ia dipendam dalam jangka masa yang lama..


PRIA : awak..xsangka kita masih mampu bertahan lagi kan dalam menjaga hubungan kita nie? Saya takut sangat kalau-kalau saya ada hati nak merosakkan awak..

GADIS : erm…awak saya yakin dengan awak..tapi setia dan percaya saya masih xboleh diberi sepenuhnya kepada awak kerna saya masih belum milik awak yang sah..saya berdoa moga kita takkan melanggar segala larangan yang dah ditetapkan oleh agama kita.

PRIA : saya pun rasa bersyukur sangat kerna ada peluang untuk kenal awak..saya jugak yakin yang pilihan saya untuk awak tepat tapi saya terpaksa bersabar dulu..masih banyak tanggungjawab yang perlu saya kotakan..

Tiba-tiba sang gadis meluah bicara seakan menyentap rasa hati sang pria…

GADIS : awak..macamna kalau saya bukan jodoh awak? Macamna kalau hati awak dah berubah dan berminat pada insan lain?

PRIA : kenapa awak cakap macamtue?? Saya tak pernah pinta semua nie berlaku..awak..jangan sesekali ungkap lagi kata-kata tue..saya ikhlas dengan awak xkan sekali-kali berubah ( kata-kata lelaki dalam percintaan namun adakah kata-kata ini benar belaka?)

GADIS : memang awak boleh cakap macamtue sekarang nie..mmg awak syg sya sekarang nie..tapi cinta awak kepda saya bolehke sampai ke akhir hayat kita nanti? Saya takut awak bosan dengan saya..saya banyak kekurangan..awak tahu kan penyakit saya? Awak tahu kan apa yang kan jadi pada saya kalau saya xbergantung pada ubat? Awak saya tahu awak terpikat pada rupa saya..tapi saya takut semua tue..saya takut rupa yang indah ini boleh datangkan fitnah pada semua orang..

PRIA: saya suka awak bukan kerana rupa awak..dan penyakit yang awak ada tue bukan alasan bagi saya untuk menolak rasa hati sya pada awak….awak..saya sentiasa berdoa agar kesembuhan awak nanti cepat…saya tahu banyak air mata awak hadiahkan pda penderitaan awak..saya faham..kesakitan awak hari demi hari..tapi saya jugak nak awak faham..insan ini jugak akan sentiasa berharap agar awak sembuh dan diberi kekuatan untuk terus hidup..awak walau nanti jodoh kita seminit cuma..tapi biarlah sya dapt merasa hidup dengan awak walau seketika andai itu takdirnya..

Takkala sang arjuna meluah rasa…airmata duka menitis dipipi sang wanita..bukan dipinta ihsan dari dia tapi terperangkap antara ajal dan cinta..walau dia tahu semua itu datang dari KETENTUANNYA tapi dia seakan pasti umurnya tidak akan ada bagi masa yang lama untuk ada dengan dia.

GADIS : saya selalu berdoa dengan tuhan ..agar hubungan kita kekal…awak..saban hari saya makin xdapat tahan kesakitan saya nie..tiap detik saya mohon pada tuhan supaya diambil nyawa saya nie…

PRIA : erm…awak kenapa sekarang awak semakin berputus asa? Awak.. kami sentiasa doakan keselamatan awak…awak nak pergi dulu dari sy ker? Awak nak tinggalkan saya? Awak dulu masa saya lemah dan lesu..awak yang bagi harapan dan semangat untuk saya..awak yang sentiasa ceriakan derita saya..tapi sekarang awak dah lupa nasihat awak pada saya dulu..

Air mata yang berjujuran jatuh dipipi sang gadis tidak mampu di hentikan lagi…takdir yang menentukan segalanya…sang pria terhimpit dengan jiwa yang seakan kecewa…datang dengan penuh hati yang lara..

GADIS : awak….kalau saya pergi dulu awak cari gadis lain yang lebih baik dari saya ye….awak janji jangan cari gadis yang ada penyakit macam saya tau? Saya yakin suatu hari nanti awak akan dapat jodoh yang paling awak nanti…..kata pujuk sang gadis walau di hati perit untuk meluahkan seakan di tusuk sembilu yang menghiris..BERSAMBUNG..

p/s: SEKIRANYA ADA PERMINTAAN DARI PEMBACA UNTUK SAMBUNGAN KISAH INI..INSYAALLAH SAYA AKAN MENULISNYA..SEKIRANYA TIADA BIARLAH CERITA INI TERGANTUNG TANPA PENGAKHIRAN..SEDAR DIRI UNTUK CINTA..DEMI BAHAGIA KE ALAM RUMAH TANGGA.CITA-CITA DAN CINTA.

4 comments:

:: Izz :: said...

sila lah mnyambung citer ini, tuan pny belog =)

TheChekJah said...

nak lagi.. nak lagi... eceh, tergedik la pulak..

ana_liyana said...

yup3..he3 bleh smbung lg? ;)

Hanif said...

As salam. sambung, InsyaAllah sy baca. n_n

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...