Kehilangan di dalam sebuah tali
persahabatan amat sakit kita rasakan. Menguji setiap hati yang sanubari. Jujur
pada diri kita, hakikat ia pahit tetapi ia juga perit. Terlerai sebuah tali
persahabatan yang kita bina sesama insan mampu meretakkan jalan sebuah impian
mampu meroboh tembok harapan.
Kawan, indah bahasa genta jiwanya. Sukar hidup
tanpa teman bahkan sulit hidup bersendirian. Tetapi ia pasti ada keindahan
andai kita masih kenal erti Tuhan. Mengapa perlu kita berteman dan kenapa
penting adanya kawan. Kerana mereka yang akan mengingat dan memberi peringatan.
Mereka juga keluarga buat kita mereka juga amanah untuk kita. Ukhwah atau
talian sahabat yang kita bina haruslah berpaksikan kepada erti kejujuran dan
kesetiaan. Bukan sekadar ada ketika suka dan sirna apabila derita. Itu bukan kawan
itu Syaitan! Haiwan juga tidak bersikap sebegitu rupa.
Terkadang ada di antara kita yang
terperangkap antara kawan dan kekasih. 2K ini menyebabkan kita menjadi dilema
yang mana harus diutamakan. Hendak menjaga hati kawan, kekasih hati pula
merajuk dan begitu juga sebaliknya. Sukar bukan? Tetapi fikirlah yang lebih
dekat dengan kita. Jangan sampai terlalu sayang dan cinta kepada kekasih
sampaikan kita lupa pada insan yang bernama kawan. Siapa yang mula-mula kita
kenal antara kawan dan kekasih? Masalah dengan kekasih juga turut diceritakan
kepada kawan dan masalah dengan kawan juga akan dikongsi dengan kekasih. Begitulah
putaran kehidupan. Namun harus sekali-kali kita ingat, buruk mana pun mereka
aib mereka harus kita jaga. Jangan lupa pada keaiban diri kita yang lebih
banyak. Hargai mereka kerana mereka sudi menerima keaiban kita.
Kita akan merasa kosong apabila mereka
pergi, percayalah kehilangan kawan lebih sakit dari kehilangan kekasih. Mungkin
ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Tetapi bagi siapa yang punya
pengalaman bercinta dan sudah banyak kali kecewa dengan cinta, mereka pasti
tahu siapa yang lebih utama. Sakit dalam berukhwah tidak parah seperti sakit di
dalam berlewah (cinta). Cemburu, marah sedih, kecewa tidak sama. Kekasih itu
mungkin sahaja akan bertemu kembali dengan kita kerana semua itu urusan dari
yang Esa, namun andainya kita hilang kawan sukar untuk kita bertemu lagi. “Boleh
jadi kita membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk kita dan boleh jadi kita
menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kita. Allah maha mengetahui sedangkan
kita tidak mengetahui.” Hebat bukan perancanaan Allah ini?
Bagi yang mempunyai masalah dengan kawan,
berilah mereka kemaafan. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Terkadang gurauan
mereka kasar tetapi itulah yang menjadi garam di dalam menyedapkan rencah
kehidupan mereka. Terkadang mereka sukar untuk memahami kita tetapi kita
sebenarnya yang perlu untuk memahami mereka. Bercinta tidak salah, tetapi
meninggalkan kawan ketika bercinta itu salah! Dengan kawan mungkin kita
terlepas dari melakukan dosa tetapi dengan kekasih kita bagaimana? Bagaimana dengan
hati kita? Bagaimana dengan nafsu kita? Masihkan berada di dalam kawalan?
Pesanku untukmu kawan, jangan pula dikau
membawa aku ke jalan yang tak keruan, jangan kau kata kau bahagia bercinta
sebelum masamu tiba, usah kau bicara cinta itu indah sebelum kau melafaz akad
amanah. Kawan, jangan kau tunjukkan aku jalan yang keliru. Aku tidak mahu
memuji gambarmu dan gambarnya berkepit mesra kerana aku tidak mahu terlibat
sama di dalam saham itu. Jangan kau ungkap kata bahagia, hakikat kau belum
merasa alam berumah tangga. Usah kau campur antara yang haram dan halal kerana
natijahnya akan memakan dirmu sendiri. Kawan aku bicara untuk diriku jua kerana
aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa. Hargailah erti sahabat selagi ia masih
ada di dalam dunia ini. Cintailah mereka. bawalah mereka bersama ke jalan
syurga bukan kita bimbing mereka ke lorong neraka. Sakit.. kawan…jika kau terus
membiarkan aku hanyut di dalam duniaku sendiri.
Kawan, kita punya kisah kita punya sejarah
tetapi usah kita kalah dengan masalah. Kerana masalah itu pembuka untuk kita
berubah. Kita mampu! Ya kita mampu! Kecewa??kita ada DIA..Sedih??? kita ada
DIA..Putus asa??? Kita ada DIA..
2 comments:
kawan yg selalu memberi nasihat lebih baik dr yg menikam dr belakang
senyum je baca entry ni...
suka lagu firman tu..
huu
Post a Comment