Kau Di sayangi kerana Menyayangi
Nukilan : Husairi Hanafi
“Ya Allah dikau rahmatilah kehidupan kami
sekeluarga, Ampunilah dosa kami, ampunilah dosa kami, Ya Allah kau sayangi
keluarga kami sebagaimana kau mencintai nabi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
hamba mu ini merintih sayu meminta cinta padaMu. Ya Allah hati ini kuat kerana Mu
Ya Allah. Ya Allah ujian ini akan ku hadapi dengan tenang akan ku harungi walau
jalan yang ku beri ini panjang. Dikaulah sebaik-baik perancana Ya Allah. Ameen
Ya Rabbal Alamin.”
Tenangnya malam itu meresap ke dalam jiwa
Puan Solehah. Saban malam dia meminta sesuatu pada penciptanya agar dikurniakan
kehidupan yang lebih sempurna. Dia redha dengan segala pemberian dari
Tuhannya. Puan Solehah mempunyai seorang
suami yang istimewa fizikalnya dan seorang anak lelaki yang semakin meningkat
remaja
Kediaman mereka jauh di hujung kampung.
Rumah papan yang kecil dan menunggu masa untuk menyembah bumi menjadi syurga
pada mereka. Andai langit menangis, kesejukan akan mereka rasa dan jika
matahari memerhati, kepanasan yang mereka perolehi. Bagi mereka cukuplah ada
sebuah kediaman untuk berteduh. Rumah usang itu diberikan oleh penghulu
kampung.
Akibat kesempitan hidup, Puan Solehah
terpaksa menggunakan sepenuh keringatnya untuk menyara keluarganya yang tercinta.
Dia tidak pernah rasa sesal dan kesal di atas takdir yang menimpa dirinya dan
keluarganya.
********
“Ibu, ibu dah selesai solat malam ye.” Soal Rahman kepada ibunya.
“Ye nak, kenapa sayang? Rahman nak makan
ke? Ibu minta maaf nak, makanan petang tadi ibu dah berikan kepada ayah nak.”
Jawab Puan Solehah.
“Eh, tak lah ibu. Rahman dah kenyanglah.
Rahman tak boleh tidurla malam nie. Rahman nak berbual dengan ibu boleh?”
“Boleh nak. Ayah Rahman dah tidur ke?”
“Sudah ibu..”
Keheningan malam itu membuka lembaran
antara seorang insan yang bergelar anak dan seorang mawar yang bergelar ibu.
Hanya pelita menjadi peneman setia mereka dan di sambut dengan nyanyian unggas
dan cengkerik. Mereka sekeluarga sudah lali dengan bunyi itu. Bagi mereka ia
satu indahan. Satu zikir pada Tuhan.
“Ibu, Rahman dah tak sanggup lihat ibu bekerja
terlampau keras. Rahman dah menjadi beban ibu kan? Ibu sepatutnya menjaga ayah
je. Tapi Rahman menambahkan beban ibu. Rahman rasa bersalah ibu.”
“Sayang, sayang tak pernah langsung
menyusahkan ibu. Sayang lahir dari rahim ibu. Ibu bertanggungjawab atas Rahman.
Selagi daya ibu akan ibu jaga Rahman dan ayah dengan sebaik mungkin. Ibu sayang
kamu. Ibu sayang keluarga ibu nak.
“Tapi ibu, kenape Allah tarik kudrat Ayah?
Allah nak menyusahkan ibu ye? Allah tak sayang keluarga kita ye ibu?”
“Astagfirullahalazim, sayang jangan kata
macam tue nak. Allah sayang pada kita. Allah bagi ujian buat kita supaya kita
sentiasa dekat pada Allah nak. Allah nak bagi ibu pahala yang banyak. Allah pun
nak bahagi pahala dekat Rahman. Kesabaran kita akan pasti Allah balas satu hari
nanti sayang”
“Uhuk…uhuk..uhuk..” Suara Pak Rahim suami
kepada Puan Solehah tiba-tiba memecah perbualan mereka.
“Rahman, ayah batuk tue. Jom kita tengok
ayah.”
“Baik mak.”
“Ayah, ayah sakit ke?”
“Abang, biar Solehah urut abang ye?”
Pak Rahim seorang suami yang begitu
penyayang. Dulu beliau yang menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga. Pak Rahim
melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarganya yang tercinta. Mengambil
upah menoreh getah, membuat rumah dan mencari bahan-bahan terbuang semua telah
dilakukannya.
Dalam kegigihannya mencari rezeki. Allah
telah memberikan suatu ujian yang hampir meragut nyawanya. Pak Rahim telah
terlibat di dalam kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mencari bahan yang
terbuang. Sebuah kereta mewah telah melanggarnya. Kejadian itu telah
mengakibatkannya lumpuh kedua kakinya. Kini dia hanya mampu melakukan
tugas-tugas yang ringan sahaja. Segala pergerakannya terbatas.
“Takpe Rahman, ayah batuk sikit je.
Biasalah umur dah meningkat nie. Pak Rahim menyandar di dinding rumah papannya
sambil di urut oleh isterinya.
“Ayah, Man risau tengok ayah. Ayah, Man
sayangkan ayah. Man tak pernah rasa menyesal dengan keadaan ayah ni.”
“Ye man, ayah pun begitu. Man, boleh janji
sesuatu dengan ayah tak?”
“InsyaAllah yah.”
“Man, nanti bile ayah dah takde kau jaga
mak kau baik-baik ye? Jangan menyusahkan mak tau? Ayah selalu menyusahkan mak.
Ayah suami yang tak berguna man.”
“Abang, tak baik abang cakap macam tue.
Solehah redha bang dengan keadaan abang nie. Solehah bahagia ada abang di sisi.
Selagi Solehah terdaya, Solehah akan jaga abang sebaik mungkin.” Solehah terus
mencium pipi suaminya itu
“Mak, ayah..Man selalu berdoa pada Allah
untuk murahkan rezeki kita. Supaya kita dapat keluar dari kehidupan kita
sekarang. Man bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi man nak mak dan ayah
hidup dalam keadaan selesa. Tapi Allah masih tak makbulkan doa man. Kenapa mak?”
Soal Rahman kepada ibunya.
“Man, ajal, jodoh dan rezeki tue semua
milik Allah. Allah yang memberi dan Allah yang berhak menarik balik. Allah
menguji kesabaran seorang hamba kepada Penciptanya. Man kita kena terus berdoa
dan berharap pada Allah. Rezeki Allah kurniakan kepada setiap manusia cuma
bezanya dari segi waktu dan masa. Ada orang Allah kurniakan rezeki yang cepat
di dalam waktu yang singkat ada orang Allah kurniakan rezeki yang lambat di
dalam waktu yang lewat. Semua itu ujian buat kita Man.” Pujuk ibunya.
“Ayah yakin dengan janji Allah man. Man
ingat ayat Allah ni ye`~ berdoalah nescaya akanKU perkenankan~. Man, kita
jangan putus berdoa dan berusaha. Mungkin nanti bila ayah dah tiada rezeki mak
dan man bertambah. Tapi man jangan lupakan ayah sekali ye. Man hadiahkan doa
buat ayah juga ye man?”
“Abang…” Puan Solehah merayu kata.
######
“Solehah, ajal maut tu kan di tangan Allah.
Siapa abang nak menghalang ajal abang. Solehah, awak kena tabah hadapi ye andai
abang tiada nanti. Abang bukan nak lari dari tanggungjawab sebagai seorang suami
tapi abang terpaksa pergi untuk menghadap Ilahi.”
Air mata Puan Solehah dan Rahman mula
jatuh.
“Ibu, ayah, Rahman sayang sangat-sangat
pada ibu dan ayah. Ibu, Man berjanji Man akan menjadi orang yang baik. Man
takkan jadi anak derhaka. Man akan bahagiakan mak dan ayah sehingga akhir hayat
man. Ibu, Man dah yakin harta yang paling bernilai buat Man bukan wang ringgit
tapi ibu dan bapa Man yang Man tatap sekarang nie. Ibu, ayah terima kasih
kerana sudi melahirkan dan menjaga Man.
Rahman memeluk dan mencium permatanya yang
tercinta itu. Saban malam mereka berbicara sehingga tertidur lena. Menanti esok
hadir rezeki tiba..
********
“Sayang dah subuh nie… bangun nak..” Pintu
diketuk berulang kali oleh Puan Solehah untuk mengejutkan anaknya itu.
“Ye ibu ” Sahut Rahman.
Rahman bingkas bangun dan menuju ke perigi
rumahnya untuk mengambil wudhuk. Air perigi yang sejuk itu membaluti tubuhnya
yang kasar. Terketar-ketar dia. Kedinginan pagi itu sentiasa di rasainya hari
demi hari. Rahman menyiapkan dirinya untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba
Allah. Ibu dan ayahnya setia menjadi makmun padanya.
Seusai solat subuh, Rahman mempersiapkan
dirinya untuk ke sekolah. Pukul 6 pagi lagi dia sudah bergerak ke sekolah.
Dengan menaiki basikal tua pemberian ayahnya, dia gigih mengayuh basikal itu
untuk mencedok ilmu dunia. Dia yakin pesan kedua ayah dan bondanya hanya dengan
ilmu yang akan mengubah kehidupan mereka. Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil
masa selama 30 minit. Rahman hanya dibekalkan dengan air kosong dan juga nasi
yang dibungkus olehnya. Lauk hanyalah ikan kering dan ulam-ulam yang di ambil
di hutan. Mereka bersyukur dengan apa yang ada.
Setibanya Rahman ke sekolah dia terus berlari
ke kelasnya. Mengulang kaji mata pelajaran yang tidak dapat di habiskan di rumahnya.
Begitulah kebiasaan yang dilakukan oleh Rahman kerana di rumahnya hanya
bergantung pada lampu pelita sahaja. Dia tidak mampu untuk mengulang kaji
pelajaran sehingga lewat malam. Apabila lampu itu terpadam dia akan terus
tidur. Mereka sekeluarga terpaksa berjimat.
“ Assalamualaikum, Rahman.” Ucap Badrul
kawan baik Rahman.
“Waalaikumsalam Rul, Eh..awal pulak kau
sampai hari nie?” Soal Rahman.
“Hehehe..aku dah insaf la Man, kau la nie
yang berjaya mempengaruhi pemikiran aku. Kau guna jampi apa ye? Ooo..kau dah
calit minyak dagu dekat aku ye? Takpun kau dah bagi aku makan nasi kangkang? Hehehe...”
Usik Badrul.
“Amboi, amboi, amboi, banyaklah kau punya
minyak dagu dan nasi kangkang. Hehehe..kan ibu aku ada cakap, kita kenala
bangun awal. Rezeki mudah sangat datang bila kita bangun awal pagi. Kita solat
subuh berjemaah bersama keluarga lepas tue cium tangan mak ayah kemudian baru
kita pergi sekolah.”
“Erm..ye Man..tapi aku tak beruntung macam
kau. Mak ayah kau sentiasa ada di sisi. Hari-hari kau dapat tatap wajah
diorang. Aku cemburu dengan kau Man.”
“Aku sebenarnya yang patut cemburu dengan
kau Rul, keluarga kau kan berada. Pergi sekolah pun ada yang menghantar aku nie
hanya ada basikal tua jer.”
“Kalau aku berada tapi tak bahagia tak ke
mana jugak jiwa aku Man. Mak ayah aku selalu keluar bekerja. Bila ayah aku
balik kerja, mak aku pulak pergi kerja nanti bila mak aku balik kerja ayah aku
pula pergi kerja. Hai, bilalah aku nak bersama dengan mereka berdua. Dahla aku
nie anak tunggal Man”
“Rul, kau jangan fikir macam tue Rul, mak
dan ayah kau cari rezeki untuk kau jugak. Diorang bersengkang mata untuk
bahagiakan hidup kau. Kau kena bersabar ye? Jangan nanti kau salah guna
kebebasan yang mak ayah kau berikan. Kau masih beruntung kerana Atuk dan Nenek
kau ada di rumah. Bersyukur ye Rul. Allah itu maha adil. Ingat tue.”
“Ye Man, Man boleh aku tanya sesuatu?”
“Boleh,”
“Macamane dengan keadaan ayah kau
sekarang?”
“Alhamdulillah ayah aku sihat jer, Cuma
kadang-kadang dia selalu batuk. Ayah tak boleh nak duduk diam di rumah. Ada je
kerja yang dia nak buat. Aku dan mak selalu nasihatkan supaya ayah berehat.”
Man, aku..aku minta maaf ye…
Eh kenapa pulak dengan kau nie? Kau takda
salah ape-apela Rul
********
Musim persekolahan telah bermula Rahman
kini sudah berada di tingkatan 1. Dia masih terkial-kial mencari kawan yang
baru. Ramai kawan baiknya sudah berjaya ke sekolah yang berasrama kerana
keputusan UPSR mereka yang cemerlang. Rahman juga berhajat ingin ke sekolah
berasrama penuh. Keputusannya setanding dengan rakan-rakannya yang lain. Tetapi
memikirkan kedua-dua ibu bapanya yang tercinta dia terpaksa mengorbankan
hasratnya itu. Sebuah harga yang mahal yang beliau pertaruhkan. Sudah berapa
kali di desak oleh ibu dan ayahnya supaya berhijrah ke sekolah bersarama penuh
dan soal kewangan tidak perlu dirisaukannya. Mereka akan cuba sedaya upaya
untuk memberikannya duit untuk menyambung pelajarannya.
Memikirkan
soal diri sendiri, Rahman yakin belajar di mana-mana sahaja adalah sama sahaja
yang penting dirinya sendiri. Dia harus bersemangat dan cekal dalam mengharungi
alam pelajaran. Dia akan membuktikan kepada rakan-rakannya bahawa belajar di
sekolah biasa juga mampu memberikan keputusan yang cemerlang. Rahman di
tempatkan di kelas yang pertama. Perwatakannya yang pendiam tetapi rajin begitu
menyenangkan hati rakan-rakannya dan guru-gurunya. Rahman juga kadang-kadang
menjadi aktif di kelas. Dia banyak membantu rakan-rakannya di dalam mata
pelajaran yang sukar. Walau status keluarga yang membezakan mereka, tetapi itu
bukan menjadi halangan buat Rahman untuk membantu rakannya.
Sifatnya
yang mudah didekati oleh guru dan rakan-rakannya yang lain tidak menyenangkan
segelintir pelajar kelas 2. Mereka begitu cemburu dengan sifatnya itu. Bagi
mereka, Rahman hanyalah sekadar menginginkan belas ikhsan daripada guru-guru
dan tindakannya itu hanyalah berpura-pura. Badrul merupakan ketua kepada
kumpulan pelajar lelaki di kelasnya itu. Walau baru berusia 13 tahun, tetapi
perwatakannya seperti orang dewasa. Hal ini kerana pengaruh persekitaran yang
menyebabkan ramai kawan-kawannya dalam kalangan orang dewasa.
#######
“Rul, aku tengok budak Rahman tue semakin
menjadi-jadi lagak dia. Dengan awek kau pun dia nak tunjuk baik.” Kata Dojot
kawan kepada Badrul.
“A’ah Rul, aku pun pernah tengok diorang
berjalan berdua.” Tambah Botan yang juga merupakan kawan Badrul.
Usia mereka baru setahun jagung tapi sudah
pandai bermain dengan cinta
“ Kau nie biar betul, dahla kawasan aku dia
langgar takkan awek aku dia nak rembat.” Gaya bercakap seperti seorang samseng
besar!
“Aku dah lama aim budak nie, hari
tue lalu depan aku dia boleh buat tak tahu jer, semua form 1 takut
dengan aku!” Sergah Badrul. Mungkin lengkap packagenya sebagai seorang
samseng. Mempunyai suara yang garau dan tubuh yang agak gempal tetapi tegap
badannya.
“Apa kata kita ajar dia Rul.” Hasut Botan.
“Okay, kita tunggu nanti.”
“Kringg…” Loceng tanda waktu sekolah sudah
tamat!
Rahman berjalan berseorangan dan menuju
pulang ke rumahnya. Ketika itu basikal tua ayahnya masih digunakan oleh ibunya.
Dia seperti biasa berjalan kaki sambil menyepak batu-batu kecil. Tiba-tiba
“Woi, kau berenti jap.” Satu sergahan buat
Rahman.
Badrul, Botan dan Dojot mendekati Rahman.
Rahman terpinga-pinga kehairanan.
“Err..Assalamualaikum, ada apa awak panggil
saya yer?” soal Rahman sambil menghulurkan tangannya.
“Kau tanya aku kenape? Kau buat apa dengan
Sakinah semalam hah?”
“Eh, saya tak buat apa dengan dia, saya
sekadar membantu dia sahaja.”
Kau tak payah nak berbohong
“Dush..” satu tumbukan hinggap di pipi
Rahman.
“ Sekali lagi aku dengar kau cuba kacau
Sakinah nahas kau aku kerjakan.”
Rahman terduduk dan belum sempat di
berbicara mereka pergi meninggalkannya.
“Ya Allah dosa apakah yang aku lakukan
untuk hari ini dan semalam. Astagfirullahalazim. Siapa budak lelaki tue. ” Soal Rahman.
Rahman berjalan sambil fikirannya melayang
entah ke mana. Lama masa perjalanannya sehinggalah dia sampai ke rumah.
“Man kenapa dengan pipi kau nie, lebam ni
nak?”
Err..takde apa-apalah mak, mak terjatuh
tadi masa di sekolah. Man kan nak jadi jaguh untuk mewakili sekolah masa Man
lari tiba-tiba man tak dapat nak kawal mak. Hehehe
“Mari sini mak letakkan ubat.” Puan Solehah
seakan meragui jawapan anaknya itu.
Keesokan harinya Rahman seperti biasa berjalan kaki ke
sekolah. Dia antara pelajar yang awal datang ke sekolah. Dia agak kehairanan
kerana tiga orang pelajar yang memukulnya semalam juga berada di situ. Rahman
memasuki kelasnya dan terus bertanya dengan rakan-rakan kelasnya.
“Shuib, kau kenal tak tiga orang pelajar
lelaki yang macam samseng tue, sorang gempal badan dia, sorang hitam macam men
in black dan sorang lagi gigi rongak.”
“Apa pulak tak kenal, diorang tue geng
samseng lah. Tapi macam samseng taik kucing jer. Yang gempal tue nama dia
Badrul, sorang lagi Dojot dan Botan. Eh kenapa kau tanya?”
“Takdela semalam diorang tiba-tiba tahan
aku, kemudian ugut aku jangan ganggu Sakinah. Diorang ada apa-apa ke dengan Sakinah
tue.?”
“Setahu aku, Sakinah tue awek Rahman yang
badan gempal tue.”
“Hah? Patutlah semalam beria dia ugut aku.
Aku tak takut pun Allah ada dengan aku. Tapi dalam tak takut kena juga aku
sebijik penumbuk dia.”
“Eh, Man kau kena pukul dengan dia? Jom
kita buat report dekat Cikgu Din.”
“Tak payahlah Shuib, biarlah dia.”
Waktu rehat bermula..
Rahman membawa bekal yang diberikan oleh
ibunya ke kantin. Sakinah dan Shuib mengajaknya makan sekali di bawah sepohon
pokok berdekatan dengan kantin sekolah dan berkongsi lauk dengan mereka. Pada
mulanya Rahman agak keberatan tetapi setelah dipujuk dia akur juga.
“Maaflah kawan, lauk aku tak sehebat korang
hanya nasi kosong dan telur rebus je. Tapi aku syukur.”
Suasana menjadi sayu
“Man, awak ambikla lauk saya ni ye. Jangan
risau kita kongsi ye?” Pujuk Sakinah.
Sedang Rahman ingin mengambil lauk dari
Sakinah. Badrul meluru pantas ke arahnya
“Woi, aku dah cakap dengan kau semalam kan?
Kau dah mencurah minyak tanah dekat api yang tengah membakar. Marah Badrul
seakan berfalsafah.
“Apa yang aku dah buat Badrul?”
“Kau nak jadi pelakon ye? Nah ambik
nie..Badrul terus merampas nasi yang dipegang Rahman dan terus membuangnya
“Rahman..” Jerit Sakinah.
“Kau tak layak makan makanan perempuan
seperti dia. Sedar sikit diri kau tu siapa.” Ungkap Badrul. Dia terus berlalu
pergi.
“Man, sabar ye.” Kata Shuib dan Sakinah
“Iye, shuib, aku sedih bukan sebab apa. Aku
sedih nasi yang mak aku masak nie terbuang. Kalau mak aku tahu dia pasti sedih.
Bukan senang kami nak cari duit untuk membeli beras. Kami keluarga susah
Shuib.”
“Awak, awak ambik duit nie ye. Nanti awak
beli nasi”. Kata Sakinah
“Eh tak payahlah awak. Erm..tapi boleh tak
saya nak tanya awak satu soalan?”
“Ambik jerla. Saya sedekah untuk awak. Ye
awak, boleh..”
“Erm..awak ada ape-ape ke dengan Badrul
tue? Maaf ye menyibuk pulak.”
“Eh, takda ape-apela. Dia tue yang
terhegeh-hegeh dengan saya. Kalau saya selalu balik sekolah dia mesti kacau
saya.”
“Owh..”
“Sakinah, Man, loceng dah berbunyi jom kita
masuk ke kelas.” Walau Sakinah di kelas yang lain tetapi hubungan mereka
sebagai kawan tetap akrab.
*******
Tuhan maha mengetahui. Perancangan dicatur
untuk mempertemukan Rahman dan Badrul di dalam tali persahabatan. Petang itu
hujan agak lebat. Rahman basah kuyup. Dia terpaksa pulang ke rumah dan beg
sekolahnya ditinggalkan di dalam mejanya. Mujurlah tiada kerja sekolah yang
diberikan. Dalam perjalanan ke luar pintu pagar dia melihat seoarang pelajar
yang terbaring.
Rahman
terus berlari mendapatkan pelajar itu, rupa-rupanya Badrul! Dia terbaring.
Badannya kaku dan berlumuran darah. Rahman terus menjerit meminta tolong.
Mujurlah ada Pak Cik Mahmud yang menjadi menjaga di situ. Mereka terus
membawanya ke hospital. Badrul dilanggar oleh seseorang penunggang motosikal yang
tidak dikenali. Hujan lebat menjadi kesempatan buat lelaki itu melarikan diri.
Di
hospital Badrul masih tidak sedarkan diri. Segala laporan telah dibuat. Ini
semua hasil bantuan dari Pak Cik Mahmud dan Rahman. Keluarga Badrul pun turut
sama berada di hospital. Mujurlah keadaan Badrul tidak begitu teruk.
Rahman dan keluarga Badrul sentiasa berada
di sisinya.
“Mama, papa, Badrul ada di mana ni ma?”
Sayang, sayang kena langgar tadi dan sayang
pengsan. Mujurlah Rahman dan Pak Cik Mahmud menolong sayang.
“Erm..ma, di mana Rahman”
Rahman baru je balik nak, Pak Cik Mahmud
hantar dia.
Sehari sahaja Badrul di tahan di wad
kemudian dia dibolehkan untuk pulang ke rumah.
“Mama, boleh tak ajak papa bawa Badrul
pergi rumah Rahman. Badrul nak ucapkan terima kasih kepada dia.”
“Baik sayang”
Mereka akhirnya sampai ke rumah Rahman dengan
bantuan penduduk kampung. Setibanya di teratak usang Rahman, tidak semena-mena
air mata Badrul tumpah. Ya Allah apa yang aku telah buat kepada dia sebelum
ini.”
Kedengaran bunyi hon kereta. Rahman terus
melihat dari jendela tingkap
Siapa pula yang datang nie.” Bisik hati
Rahman.
Badrul dan keluarganya keluar dari kereta.
Rahman terus menyambut mereka.
“Mak, ada orang datang, kawan Badrul.”
“Ye, Nak, ajak mereka masuk”
“Badrul, awak sihat? Mak cik, Pak cik
jemputlah masuk. Maaf mak cik rumah saya tak cantik maaf jugak kalau nanti
m.cik tak selesa.”
“Tak ape nak..”
Mereka bersalaman tanda perkenalan dua buah
keluarga.
“Sebenarnya kak, tujuan kami datang nie nak
mengucapkan terima kasih kepada Rahman. Dia yang menolong anak kami dari
kemalangan. Mak cik ucapkan terima kasih ye Man. Kalau takde Rahman taktaula
apa nak jadi dengan Badrul.”
“Man, aku minta maaf ye banyak menyusahkan
kau sebelum nie. Aku minta maaf. Ni balasan yang Allah bagi kepada Aku man.
Maafkan aku man”
“Takda apala Badrul. Mungkin Allah dah
tetapkan cerita kita macam nie. Kita kawan kan Badrul?”
“Oklah kak, kami terpaksa minta diri dulu
ye sebab petang nie saya kena keluar ke Kuala Lumpur. Rahman ambil nie ye.
Hadiah dari mak cik dan Mak cik.”
“Eh mak cik, saya tak minta balasan pun
m.cik.”
“Belum sempat rahman menyerahkan kembali
ayah Badrul meletakkan sampul itu ke dalam kocek Rahman.”
“Kami pulang dulu ya. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Peristiwa itu menjadikan mereka akrab.
Sehinggalah Badrul berjaya menaiki kelas pertama. Persahabatan mereka
sehinggalah ke tingkatan 5.
*********
“Badrul…. Oi…kenapa nie termenung nie?Aku
dah lama maafkan kau la..sudah, perkara lepas tue kita jadikan pengajaran ye.
Lagipun dah lama dah.”
“Terima kasih ye man. Kau sahabat kau
teman. Eh dah macam pantun pulak.” Kata Badrul
Waktu pembelajaran berjalan seperti biasa.
Mereka tekun pada setiap mata pelajaran yang di ajar. Mereka ingin berjaya bersama.
Moga impian mereka tercapai.
“Badrul, kau pulang dulu ya? Aku terpaksa
pulang lewat sebab ada sedikit urusan yang aku kena buat.”
“Baiklah, nanti sampaikan salam aku kepada
keluarga kau ya?”
“InsyaAllah.”
Selepas tamat waktu persekolahan, Rahman akan
pergi ke Warung Pak Samad untuk mengambil upah membasuh pinggan. Dia melakukan
kerja tersebut untuk meringankan tugas ibunya dan untuk membantu ayahnya. Walau
upah yang diberikan tidak seberapa tetapi cukuplah untuknya membuat belanja
sekolah dan membeli sedikit keperluan di rumah.
Dia tidak langsung merasa kesusahan kerana
dirinya sudah terdidik sedari kecil lagi. Baginya setiap kejayaan mestilah
bermula dengan kesusahan!. Rahman seorang anak yang baik dan sentiasa menolong
ibu dan bapanya. Setelah selesai bekerja, Rahman bergegas ke rumah. Rezeki
Rahman amat murah kerana setiap kali pulang ke rumah Pak Samad akan
membekalkannya dengan lauk dan nasi untuk santapan dia dan keluarganya. Dia
bersyukur mempunyai majikan yang baik dan pemurah.
Tiba di rumah, Rahman terus memanggil
ibunya..
“Mak, mak.. Alhamdulillah mak, hari nie
rezeki kita murah lagi. Ayah mana mak?
“Alhamdulillah ayah kau tidur”
“Man, mak nak bagitahu kau ni, tadi ada
pegawai kebajikan masyarakat bagi tahu. Ada hamba Allah nak tolong ayah kau nak
berikan kaki palsu.”
“Ya Allah, betulke nie mak? Syukur. Allahu
Akbar. Mak , Allah dah makbulkan doa kita dan ayah kan mak?”
“Ye nak. Allah sayang kita. Dah pergi mandi
nanti kita makan sama-sama ye.”
“Baik mak.”
Tamat.
1 comment:
cerpen yang bagus.. ^^
Post a Comment