Labels

Pages

Followers

Wednesday, May 28, 2014

Cadbury buatmu kawan...


Saya mulakan penulisan ini dengan memuji Allah S.W.T yang masih lagi memberikan ruang dan peluang untuk kita semua sama-sama merasa nikmat dunia. Subhanallah. Selawat dan salam buat junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W.

Insya Allah bicara kali ini akan mencoretkan perihal tentang kawan. Setiap kita sudah pastinya mempunyai kawan. Selain keluarga terdekat, kawan juga merupakan insan yang paling akrab dengan kita, kawan sepermainan semasa kecil, kawan sepengajian pada zaman sekolah dan universiti dan kawan ketika kita sudah menjangkau usia yakni yang mengajak ke kedai kopi ataupun ke madrasah ilmu.

Ralat rasanya jika ada di antara kita yang tidak punya kawan. Syukur pada Allah kerana mempertemukan saya dengan kawan yang mempunyai pelbagai sikap dan ragam. Terima kasih kawan kerana mewarnai hari-hari saya. Maaf dan ampun jika tulisan ini mengguris hati anda semua. Sesungguhnya bukan niat saya untuk membuka aib apatah lagi menunjukkan kelemahan tetapi jujur dan ikhlas dari hati saya untuk dijadikan pengamalan dan pengalaman dalam hidup.

Kawan, sahabat atau teman satu ejaan perkataan yang berbeza dan termaloginya juga berbeza tetapi ia mempunyai satu maksud yang sama iaitu akrab. Antara ketiga-tiga perkataan itu, sahabatlah yang sukar dan susah kita cari kerana sahabat itu bermakna sahabat yang paling dekat. Ada di antara kita yang sedang dan selesa berteman apabila kita mempunyai nilai RM dan juga hidup yang bahagia. Cuba kita renung pada diri jika kita dipertemukan dua orang insan yakni seorang itu mempunyai jawatan tinggi dan berharta dengan seorang pengemis dijalanan yang busuk dan tengik baunya. Antara kedua-dua insan tersebut saya yakin sudah pasti ada yang ingin menemui orang yang berharta itu. Untung-untung kita mendapat faedah dunia. Tetapi jika ada yang memilih bertemu dengan orang miskin itu. Sudah tentu keuntungan kita akan berganda di akhirat dengan syarat kita ikhlas menolongnya.

Pengalaman hidup bersama dengan kawan yang pelbagai sifat ini telah membuatkan saya berfikir dan terus berfikir. Hebatnya Allah dalam menciptakan manusia. Ada kawan yang penuh santunnya apabila berbicara dan ada juga kawan yang laser tuturnya apabila mengungkapkan kata. Ada juga kawan yang selalu mengambil kesempatan di saat kita menghadapi kesempitan dan ada kawan yang sentiasa memberi pertolongan tanpa kita mengharapkan secebis bantuan. Allahu Akbar, jika kita mendapat kawan yang tidak berkenan di hati kita maka bersyukurlah kerana Allah sedang memberi pahala percuma kepada kita bahkan Allah telah melatih kita untuk sabar.

Sabarlah dalam menghadapi kerenah kawan kita. Jangan fikir mereka sempurna tapi fikirkanlah kesempurnaan yang Allah ciptakan kepada setiap manusia. Kembali pada Allah. Insya Allah, hati kita akan kembali tenang dan aman. Jika kita terguris hati dengan kawan, ingatlah kembali setiap kebaikannya yang diberikan kepada kita dan keburukan kita yang diberikan kepadanya. Astagfirullah. Jika kita bertingkah dengan kawan, jangan ambil masa yang lama untuk memaafkannya kerana mati kita tidak tahu waktunya. Bagaimana jika kita mati sebelum kita sempat meminta maaf atau memberi maaf kepada kawan kita???

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Saya tahu ramai kawan yang kadang-kadang terguris hati dengan perlakuan dan percakapan saya. Mungkin cara saya berlawak dan menegur tidak kena dengan selera anda. Saya memohon keampunan Allah dan anda semua. Maafkan saya kawan. Niat saya cuma satu, saya ingin bersatu kerana yang satu. Saya tidak suka berpecah kerana nanti sukar menuju jalan dakwah. Jangan biarkan saya pergi ke neraka. Saya mohon bantuan anda semua kawan.

Ujian dalam kehidupan sering berkunjung tiba begitu juga ujian dalam persahabatan. Jangan sesekali kita tinggalkan kawan kita apabila kita sudah mempunyai kesenangan. Saya tidak kisah jika anda tidak lagi mahu menegur apatah lagi memberi senyuman yang terpaksa kepada saya. Itu hak anda tetapi sebagai seorang kawan ketahuilah bahawa saya sama sekali tidak suka bersengketa apatah lagi bermasam muka kerana kita diciptakan dari tanah yang sama!

Maaf, saya tidak pandai memujuk kerana anda lelaki saya juga lelaki namun skripnya pasti berbeza jika anda seorang wanita apatah lagi sudah menjadi isteri saya ( nada serius). Ketahuilah bahawa kita bersahabat bukan sehari dua tetapi sudah bertahun lamanya, janganlah disebabkan sedikit kesilapan yang tidak disengajakan kita terus menghukum dan terus mematikan tingkah! Kita bukan Allah! Hanya Allah Tuhan yang selayaknya menjatuhkan hukuman. Subhanallah.

Saya sudah memula bicara tapi disambut hampa. Biarlah itu hak anda. Saya tidak memaksa kerana kita diciptakan dari tanah yang sama. Maafkan saya andai anda kekhilafahan yang telah menggugah rasa anda.

====

            Dalam kehidupan ini kita memerlukan kawan dan pemilihan kawan itu adalah yang paling penting. Kawan juga akan sedikit sebanyak mempengaruhi hidup dan pemikiran kita. Terpulang pada kita yang memilihnya. Jika baik pilihan maka baiklah jadinya. Jika tidak berlakulah sebaliknya. Dalam berdoa juga jangan sesekali kita lupa mendoakan kesejahteraan kawan kita. Biar mereka tidak tahu apa yang didoakan kerana kita sudah punya Allah yang maha mengetahui segala penciptaan buat makhluknya. Allahu Akbar!

            Akhir kalam, mudah-mudahan Allah mempertemukan kita dengan kawan yang senantiasa mengajak kita ke syurga jika tidak berdoalah moga kita senantiasa berada di bawah perlindungan Allah.

==

Kawan Sawan

Tumpang
“Oit nak tumpang ko esok gi kelas boleh?”
“Ok. Boleh je..”
*Esok
“Hoi kenapa lambat nie? Ko ingat kelas pukul berapa?hah?”
“Suka hati akula…sekarang ni kau tumpang sape?” Ko nak naik dengan sape?”
p/s: dah tau menumpang, diam sudah tak perlu cakap banyak. Kesilapan kita rasa diri tu bos dan ada driver. Hampeh!

Longkang
“Bro, esok aku tumpang ko ye..”
“Okey..”
“Ko ni sentiasa lewat…nanti Dr, marah tau”
“Kau nak cepat gi beli motor sendiri”
p/s: menumpang tak salah yang salah mulut kau macam longkang!

Minyak
 “Oit..esok aku tumpang ko lagi ye.”
“Okey..”
“Banyak kali tumpang..hulur-hulur duit minyak sikit” (dalam hati)
“Eh, buatla amal jariah sikit..(bisik kanan)
“Asyik aku je yang buat amal jariah,dia? Mentekadarah je kerja (bisik kiri)
p/s : kita bukan berkira apatah lagi hendak memaksa, tetapi hulur la seiringgit dua buat penyejuk si kuda tua!



Barang
“Bro pinjam barang ko.”
“Ok.ambikla…kang letak balik ye”
“Ok tq bro”
“Hmmm..aku susun cara aku susun,jadi ko hantar barang tu macam aku susun la..bukan macam cara kau susun (dalam hati)”
p/s: barang aku bukan barang kau!

Baju
 “Bro pinjam baju.”
“Ok ambikla”
----------
“Oi, baju yang kau pinjam dulu nak guna lagi ke?”
“Eh aku ada pinjam baju dekat ko ye?
 
p/s: nie spesis hampeh!

Kebulur
Tengah kebuluran…
“Sahabatku aku bawa makanan untuk kau”
“Wah best nie..mana2”
“Nah..”
“Minyak petrol jenama Castrol”
p/s: tahulah baru tukar minyak hitam, tak payahlah nak bawa balik botol tu pastu buat aku kebulur. Kau sedap melahap!

Haus
“Aku mintak sikit ye air ko..macam sedap je..”
“Ok..ambikla..”
“Eh mana air aku tadi”
“Alamak aku dah terhabiskanla”
p/s: nie spesis kawan yang paling ‘rare’!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...