Labels

Pages

Followers

Tuesday, August 14, 2012

Abby Abadi bergaduh dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI)?


Saya sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan untuk berziarah ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersempena dengan majlis Santai Anak Muda Bersama Selebriti Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus. Mujur ada sedikit rakaman di you tube untuk mengubat kekecewaan saya ini.

UAI sememangnya seorang tokoh ilmuan yang tidak asing lagi di bumi Malaysia. Penyampaian yang penuh kreatif, padat dengan penjelasan hukum agama dan disampaikan mengikut rentak semasa telah menarik minat ribuan anak muda. Tahniah ustaz. Ana salut enta! Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat entry berkenaan dengan UAI ini tetapi seakan hilang idea. Moga ada titipan untuk UAI nanti. Walau saya bukan penulis buku tetapi saya juga ingin sama berdakwah !

Majlis santai anak muda ini telah mempertemukan artis dan juga golangan ulama. Saya begitu tertarik dengan ucapan mereka. Mohon doa semua moga kita mereka mampu berubah kepada yang lebih terbaik. Abby abadi nama yang begitu popular sekiranya kita melihat rancangan Gerak Khas. Rancangan ini memaparkan kehebatan polis di Malaysia. Lihat sahaja tidak sampai beberapa minit penjenayah sudah dapat diberkas. Hebat!

Apa yang mengejutkan saya apabila melihat sedutan video rakaman program ini ialah apabila Abby bertanyakan berkenaan dengan caranya berbalah dan menegur rakannya yang masih belum memahami Islam. UAI dengan tenang menjawab, “Tahniah kepada artis yang berhijrah dan teruskan perjalanan…”bak kata UAI.. “NOMBOR SATU YANG KITA JAGA, JANGAN KITA HENTAM KAWAN-KAWAN YANG SAMA-SAMA DENGAN KITA SEKARANG MASIH BELUM BERHIJRAH.” Kata UAI lagi.

Tiba-tiba Abby seakan rasa diri diperli dan difitnah dan terus berkata “Ustaz nak fitnah saya ae? Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz, itu tuduhan.”

UAI dengan tenang menjawab “Tak..tak..tak..ini bukan untuk Inspektor, eh silap ini untuk umum..siapa sahaja…bukan bermakna artis nie hanya penyanyi atau pelakon..”

Bagi saya, tidak perlulah kita cepat melatah. Hormatilah pandangan ulama. Kita sebagai public figure harus tunjukkan perubahan kita. Berubah bukan kerana glamour, bukan kerana rezeki di sana sudah tiada dan berhijrah ke rezeki di sini. Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada semua artis yang berubah kerana Allah, bukan kerana nama atau popular.

Anda nilailah sendiri…

3 comments:

Unknown said...

huhu....
nie pendapat sy,kalau kita dah berhijrah,xperlulah 'serang' rakan2 kita yg masih blom berhijrah.sepatutnya kita slow2 tarik mereka supaya menuju ke arah kebaikan..

Husairi Hanafi said...

yep betul tue cik didiey. dakwah itu kena kreatif caranya.bijak mengajak pandai beramah dan santun dalam berbicara.=)

bibi_89 said...

Btul tu..sy seorang mualaf..Saya masih nak pelajari beberapa perkara dalam Islam, tapi kebanyakkan rakan-rakan saya terus perlakukan saya seperti saya dah lama Islam. Padahal kebanyakkannya lagi saya tak bersedia lagi uuntuk lakukan. Saya ibarat bayi yang baru hendak pandai berjalan, saya minta bimbingan, bukan terus kena lakukan semua sekaligus..huhu.. -Hanya Luahan-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...