Labels

Pages

Followers

Friday, August 10, 2012

LEBIH BAIK ‘KAU’ JADI RUMPUT !

Rumput merupakan tumbuhan hijau yang  melata di serata tempat. Sedap mata memandang mempunyai berjuta hikmah yang ada padanya. Rumput diciptakan Tuhan bukan sekadar untuk menghiasi  dunia dan mencantikkan lanskap panorama sahaja tetapi rumput diciptakan untuk manusia berfikir berkenaan dengan setiap flora dan fauna yang dianugerahkan Tuhan.

Kita pasti pernah melihat tumbuhan yang dinamakan rumput ini. Tapi pernahkah kita terfikir tentang sifat, jasa, dan budinya? Penulisan ini mengajak pembaca untuk sama-sama menghargai, mencontohi dan menghayati flora yang indah dan menghijau ini. Terlebih dahulu marilah kita mengkaji sifat fizikalnya. Bukankah rumput itu bersifat lembut?

Jika anda tidak percaya, anda boleh melakukan eksperimen ini. Pijaklah rumput yang ada berdekatan dengan anda dan kemudian anda berlalu pergi dan lihat apa yang terjadi. Rumput yang dipijak tadi akan kembali bangun dan akan meneruskan hari-harinya untuk menutupi sang tanah. Contohilah sifat rumput ini. Jika kita selalu di hina, dicaci dan kita mudah berputus asa. Kita mesti kembali bangun dan persiapkan diri kita dengan satu kekuatan! Jangan biarkan kita terus jatuh. Lawan musuh kita dengan berhemah jadikan mereka teman! Kutip sifat rumput yang penuh kelembutan. Kelembutan bukan bererti lemah tapi bererti kekuatan! Andai rumput itu keras sifatnya pasti ia akan mudah patah dan mati.

Mari kita merenung sifat tanah dan batu di tepian jalan. Siapa yang membantu mereka? Siapa yang menyebabkan mereka kekal utuh? Mereka keras dan kuat tapi mereka juga perlukan sokongan. Sokongan itu datang daripada sang rumput. Akar rumput yang menguatkan tanah dan batu supaya tanah tidak runtuh. Akarnya mencengkam erat sang tanah yang punya lebih kekuatan. Kita juga harus mencontohi rumput. Rumput menjadi penguat kepada tanah dan batu! Oleh itu, jangan sesekali kita merasa rendah diri dengan apa yang kita ada, dengan wajah yang dikurniakan kepada kita. Cantik paras rupa bukan ukuran untuk ke syurga! Hanya cantik akhlak yang menjadi perhatian oleh yang Maha Esa.

Andai anda dikurniakan wajah yang tampan dan cantik, bersyukurlah. Ia merupakan bonus buat anda. Tetapi ingat! Peribadi dan akhlak haruslah cantik juga. Cantik luar dan cantik dalam. Jika anda mempunyai rupa yang kurang menarik pada pandangan mata, bersyukurlah kerana anda mungkin akan terhindar dari fitnah dunia dan tidak akan menjadi agen penyebar dosa. Bersyukur! Tuhan tidak pernah menciptakan manusia itu hodoh! Tetapi Tuhan menciptakan semua manusia itu berbeza kecantikan. Lihat rumput, walau ia kecil dan menjadi tempat untuk dipijak tapi dia tetap berjasa dan terus menghijaukan bumi Tuhan ini. Apabila dia berada di bawah bukan bermakna dia lemah tetapi hakikatnya dia yang paling kuat dan hebat.

Bagaimanapula jasa-jasa sang rumput kepada makhluk yang bernyawa? Lihat sahaja apa yang dimakan oleh sang kambing, sang kerbau, ulat dan arnab. Rumput menjadi menu kegemaran mereka. Rumput juga berbakti kepada penggemar-penggemar sukan. Padang bola semestinya dilitupi rumput yang cantik. Jika tiada rumput pasti nama seperti Safee Sali, Nazmi Faiz dan Rozaimi tidak akan menjadi pemain bola sepak ternama. Mereka mungkin tidak dapat bermain dengan baik dan pasti tidak mampu untuk menghasilkan jaringan yang menarik sekiranya tiada langsung rumput yang menutupi padang bola. Bahkan pemain import dari Perak seperti Micheal Kubala dan Albert Dominique Ebosso Bodjongo juga tidak mampu untuk menjadi penjaring terbanyak pasukan Perak sekiranya keadaan padang tidak baik. Begitu besar jasa rumput. Menabur jasa tanpa berkira! Kita juga harus begitu. Sifat tolong-menolong dan bantu-membantu harus ada di dalam diri kita. Ketepikan sifat pentingkan diri.  Ayuh! Sama-sama kita bersatu hati dalam setiap pekerjaan kita baik kerja duniawi mahupun ukhrawi.

Perpecahan antara kita boleh meruntuhkan bangsa kita sendiri. Bangsa selain kita mengorak langkah seiring dan sejalan dan hasilnya mereka menjadi penguasa ekonomi di negara kita, segala bidang telah mereka terokai baik di dalam bidang ekonomi, politik dan sosial semuanya telah mereka perolehi. Kita yang ada cuma nama dan bagaimana kita ingin berjaya seandainya bangsa kita sendiri yang merosakkan kita. Mereka harus belajar dari rumput! Lihat rumput tumbuh bersatu, apabila tumbuh melata mereka kuat. Akar menjadi pengerat tanah. Mereka bersatu! Mereka berpadu! Hasilnya keadaan bumi kekal utuh!


P/S: Tulisan ini hanyalah sekadar pandangan penulis sahaja. Di dalam menambahkan perisa kepada penulisan ini, penulis telah menggunakan buku Nota Fikir untuk Zikir karangan Pahrol Mohd Juoi sebagai nota tambahan dan rujukan. Terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi membaca tulisan ini. Salam Ramadhan.

2 comments:

Mister Mirull said...

penulisan enta best. buku apa enta baca?

Husairi Hanafi said...

syukran syeikh buku : Nota Fikir Untuk Zikir, penulis dia Pahrol Mohd Juoi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...