Kerna hati masih bertakhta…..
Aku cuba untuk setia
Aku cuba memusnah segala dugaan durja
Aku tepis semua kesangsian yang menggila
Kerna hati masih bertakhta……….
Aku simpan memori duka
Aku singkap kenangan bahgia
Akan ku lupa semua hiba
Akan ku datangi imbasan mulia
Kerna hati masih bertakhta………
Ku biarkan kau hadir menerima
Ku biarkan kau buka setia
Takkan sekali ku beri kau duka
Kerna hati masih bertakhta…….
Izinkan jiwa ini merindu gembira
Izinkan hati ini punya secebis ceria
Bukan untuk menagih cinta semata
Tapi untuk peringatan alam bahgia
Kerna hati masih bertakhta…..
Ingin sekali aku luah segala
Ingin sekali aku cerita semua
Tapi aku terhalang dengan kata
Andai di seloka jua
Kan hilang bahgia yang ingin kita damba
Kerna hati masih bertakhta……….
Kerana DIA yang merencana segala
Kita berjanji berharap setia
Tapi takdir yang akan menentukannya
Biarlah ia terus dibuai ombak yang senada
Dan jangan dipinta takdir yang merana
Kerna kelak kan terasa duka
Dalam jiwa yang kan merakam sengsara hiba……
4 comments:
tesentuh sungguh hati dengan bait2 puisi tuh :)
so sweet !
sungguh puisi dan bermakna isi nya
baek punye.....
Post a Comment