Labels

Pages

Followers

Thursday, March 29, 2012

MADAH BERKATA KALIMAH BERBISA


Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya..begitulah serba sedikit tentang madah ini. Bukan mudah untuk diluah di tinta kecil ini. Tapi dek kerana sudah sekian lama untuk disabari dan di diami. Hati tidak mampu lagi untuk memendam rasa. Kata orang andai tidak mampu diluah dengan kata..muntahkanlah dengan pena..izinkan hati ini meluah bicara…..

Mengenali sahabat itu agak sekian lama…bukan menilai dari pakaian atau sebaliknya. Tapi bila dia berbicara seakan ada hati yang terluka. Segi percakapan melewati rupawan wajahnya. Ntah kenapa bila aku meluah senda bingkas dia mematikan kata. Seakan semua tidak boleh diterima. Adakah terpengaruh dengan sesiapa? Biarkan dia..mungkin diam dan biar bicaraku di hati saja yang tidak akan menyebabkan dia terasa. Aku hairan..bukan sekali dia memati kata padaku bila aku berbicara atau melafaz senda. Tapi seakan berkali-kali. Perlukah aku mendiamkan diri dari berbicara? Perlukah aku bungkamkan rasa? Aku cuba membaiki diri bila berbicara dengannya..tapi bila aku mula lari dari kata..seakan ditusuk sembilu bisa darinya.

Aku juga punya rasa..aku juga punya jiwa. Ku pendam sehingga ke hari ini setiap kata darinya yang menjengah ke telinga ku dulu..sudah lama…tapi hari ini aku sudah tiada daya. Aku tega dan akanku luah juga. Biarlah mereka menyokongnya. Jika perlu aku dan mereka henti berbicara akan ku noktahkan. Ya. Waktu itu akan tiba juga. Tapi sampai bila harus bersemuka, ingin ku pergi menjauh ingin ku bawa hati yang lara. Panahan kata bisa itu ku takut menjadi racun yang tiada penawarnya dalam jiwa dan mindaku. Maaf??? Ya sudah dimaafkan tapi biarlah aku diam dari melafaz senda..nanti bila melakar jauh ada pula yang terasa. Ada pula yang tak kena dan takut berbalah hingga hujung dunia tiba.

Luahan ini bukan mencoret dendam bukan juga melakar pendam tapi ingin menutup peristiwa semalam yang akan ku biarkan pergi dengan hari yang kelam dan suram. Biar ia terpadam hilang dan luput di mata alam..biarlah tidak ku lafaz lagi kata bicara kerana nanti takut ada lagi hati yang terluka. Aku sudah tidak mahu di panah dengan keris kata yang berbisa. Aku tidak mau lagi rebah dengan senjata yang dia cipta.

Jika kamu banyak berkata
Di situ banyak membuat dusta

Jika kamu banyak bercakap
Tanda fikiran kuranglah lengkap

Jika kamu banyak berkata
Kejahilan kamu terang dan nyata

Jika kamu banyak bercakap
Kejahilan kamu mudah tersingkap

Jika kamu banyak berkata
Di situ banyak yang sengketa

Jika kamu banyak bercakap
Kamu sendiri masuk perangkap

Jika kamu banyak berkata
Janji palsu senang dicipta

Jika kamu banyak bercakap
Kata mengata banyak diungkap

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...