Labels

Pages

Followers

Thursday, June 14, 2012

Apa Khabar Hati Kita Hari INI??

  Salam semua..bagaimana iman anda hari ni? Sihat? Moga-moga kita tabah menghitung hari-hari yang berlalu yer..pesan ana buat sahabat semua dalam sibuk kita hidup jangan kita lupa yer rawat hati kita..sedar atau tidak dalam sehari berapa dosa yang kita telah buat? Sedar atau tidak dalam sehari berapa banyak pahala yang kita dapat? Allah itu kan maha adil walau amal sebesar zarah sekalipun. DIA tetap akan memberikan ganjaran pada hambanya.

HATI yang mati sukar untuk dikembali
Hati yang pergi akan diganti
Dan hati yang lesu akan terkedu
Tapi hati yang suci akan dapat nikmat ilahi
Hati yang bersih akan diikat dengan kasih
Dan hati yang penuh ilmu akan disimbah dengan mawar bermadu

  Bahaya yer sahabat kalau hati kita sudah rosak..terlalu bahaya..HATI itu bisu jiwanya tapi hikmah kalamnya. Sekali terluka berpaut sengsara tapi sekali merasa bahgia sentiasa akan mekar dijiwa. Kan ada lagu nasyid dari Indonesia~ jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup ini, jagalah hati jangan kau nodai jagalah hati cahaya ilahi~

  Moga-moga hati kita terpelihara dari sebarang kerosakan hati. Hati ini juga ada rasa ada deria dan ada semua. Tersimpan 1001 satu rahsia. Jika kita sukar untuk mengamalnya maka tergolonglah dari hamba-hambanya rugi.

  Soal cinta semestinya berkait dengan hati. Sampaikan ada lagu yang mengalunkan lirik semacam ini ~patahlah hati..patahlah hati~ wah bahaya bila berkait soal cinta dengan hati ini.  Hati boleh jadi lembut dengan penangan cinta dan hati boleh jadi keras dengan panahan cinta. Segumpal darah yang bernama hati ini perlu dijaga. Pernahkah kita berbicara dengan hati kita? Apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi Allah ini?? Jika pernah Alhamdulillah..

  Kita menilai kecantikan seseorang itu juga bukan sekadar menilai dengan pandangan mata sahaja. Kata orang bila melihat dengan mata hanya kecantikan yang kita dapat. Tapi tidak kekal kerana wajah yang mulus itu akan terpancar juga kedutannya bila hampir penghujung usia. Gunalah suntikan atau herba apa pun tapi kita tidak boleh melawan ciptaan Allah. Pada wanita kalau nak cantik biarlah secantik BIDADARI SYURGA. Ish payah tue..contohilah akhlak Fatimah Az-Zahra, hiasilah sifat Khadijah dan teguhlah seteguh kasih Aisyah r.a pada baginda Rasulullah SAW.

  Pandanglah seseorang itu dengan pandangan hati. Jangan kita silap menilainya. Kelak merana diri sengsara menimpa sendiri. Bahaya-bahaya! Jadi sebagai khalifah di muka bumi Allah ini, jagalah hati kita dan bantulah menjaga hati-hati mereka sahabat kesayangan kita ke Syurga..Ameen..Salam mawaddah =)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...